Tuesday, May 07, 2013

Sekilas Kenangan: Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955.

Oleh : Harith Faruqi Sidek


Muka hadapan yang melaporkan kemenangan Perikatan ( TST, 28 Julai 1955)

Malaysia baru sahaja melalui proses pilihanraya yang ke-13, satu sistem pemilihan kerajaan sepertimana yang dituntut bagi sebuah negara demokrasi. Dalam PRU pertama tahun 1955, gabungan parti Perikatan ( Gabungan UMNO, MCA dan MIC) telah memperoleh kemenangan yang hampir bersih, iaitu dengan memenangi 51 kerusi parlimen, hanya satu kerusi dimenangi oleh pihak lawan, iaitu dari  Parti Islam SeMalaya yang dikenali sebagai PMIP pada ketika itu. Kerusi tunggal yang dimenangi oleh PMIP itu ialah bagi kawasan Krian, Perak, dan calon mereka yang bertanding disitu ialah Haji Ahmad Tuan Hussain.

Keyakinan yang dizahirkan oleh Dato' Onn Jaafar ( Parti  Negara) dan Tengku Abdul Rahman ( Perikatan) . ( TST , 27 Julai 1955)

Keputusan pilihanraya 1955 yang disiarkan dalam The Straits Times, 29 Julai 1955.

Kemenangan tunggal PMIP (kemudiannya dikenali  sebagai PAS)  di kawasan Krian,  menerusi calon mereka , Haji Ahmad Tuan Hussain ( Sumber : TST, 29 Julai 1955)

Ulasan Dato Onn tentang kegagalan parti pimpinannya dalam PRU 1955 ( TST, 29 Julai 1955)


Kerusi Parlimen Perdana Menteri

Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama yang dilantik selepas PRU 1955 telah bertanding di kawasan Sungai Muda, Kedah. Beliau telah menewaskan lawannya Syed Jan Al Jefri yang bertanding diatas tiket bebas dengan majorit undi sebanyak 20,987 undi.

Kawasan Sungei Muda yang dimenangi oleh Tengku Abdul Rahman (TST,  29 Julai 1955)


Tumbangnya tokoh -tokoh besar

Dalam PRU tahun 1955, kejutan terbesar yang  berlaku ialah apabila Datuk Onn Jaafar yang bertanding atas tiket Parti Negara telah tewas di kawasan yang beliau tandingi, Johor Bahru. Tokoh lain yang tewas ialah;

- Datuk Nik Ahmad Kamel ( Bekas Menteri Besar Kelantan - Parti Negara - Kelantan Selatan)

- Dato' Haji Syed A. Kadir (Bekas Menteri Besar Johor - Parti Negara- Batu Pahat)

- Dr. R. Seenivasagam ( PPP - Ipoh - Menglembu)

- Hassan Adli Haji Hassan (PIMP - Telok Anson)

- Mohamed Asri Haji Muda (PIMP - Kelantan Timor)

Kekalahan Dato Onn Ja'afar di kawasan Johor Bahru ( TST, 29 Julai 1955)
Kekalahan teruk Dato Onn Jaafar seperti yang dilaporkan dalam The Straits Times bertarikh 28 July 1955

Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Ahmed Kamil 'gugur' di kawasan Kelantan Selatan ( TST, 29 Julai 1955)


Pekerja dihalang keluar mengundi

Antara isu menarik dan kontroversi yang berlaku sewaktu pilihanraya 1955 ialah, kontroversi yang berlaku keatas pekerja syarikat Keretapi Tanah Melayu ( Malaya Railways). Para pekerja tidak diberi kelepasan untuk keluar mengundi oleh pihak pengurusan, keadaan ini menyebabkan wakil pekerja telah menyampaikan aduan kepada ibupejabat parti Perikatan. Akhirnya arahan telah dikeluarkan kepada pihak pengurusan agar memberi pelepasan khas untuk mengundi, arahan tersebut dipatuhi dan pada pekerja diberi pelepasan selama dua jam untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi. 

Hujan lebat di Bangi

Sementara itu di Bangi, hujan lebat telah turun, lalu ramai pengundi terperangkap dan gagal ke pusat pembuangan undi. Satu peristiwa menarik yang berlaku ialah, parti perikatan yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pengundi telah menawarkan perkhidmatan mereka kepada sekumpulan pengundi, namun tawaran mereka ditolak dengan alasan mereka adalah pengundi Parti Negara. ( TST, 28 Julai 1955)


Onn Jaafar dan Eisenhower berbeza nasib

Dato Onn Jaafar yang mengetuai Parti Negara telah menyatakan hasrat untuk mengikut jejak Presiden Amerika Syarikat, Eisenhower iaitu tidur ketika undian dikira. Beliau juga berseloroh agar kemenangan yang dikecapi oleh Eisenhower turut berlaku keatas dirinya, malangnya perkara itu tidak berlaku, Dato Onn tewas dengan majoriti agak besar di kawasan Johor Bahru.


Wartawan The Straits Times dihalau

Kejadian wartawan diarahkan meninggalkan premis Parti yang bertanding turut berlaku pada pilihanraya 1955, wartawan The Straits Times telah dihalau dari premis Parti UMNO yang bertanding dibawah gabungan Perikatan oleh seorang petugas parti, mereka turut dilabel sebagai musuh Perikatan. Namun kontroversi ini kembali tenang apabila seorang tokoh Perikatan, iaitu Datuk Suleiman Abdul Rahman telah memohon maaf bagi pihak temannya itu, dan menyatakan halangan yang dikenakan keatas wartawan The Straits Times itu bukan pendirian parti, sebaliknya adalah pertimbangan individu terbabit.( TST, 28 Julai 1955)

Taktik meraih undi

Parti Negara Negeri Sembilan telah mendakwa kemenangan parti Perikatan di negeri itu adalah disebabkan parti tersebut menggunakan khidmat wanita cantik untuk meraih undi. ( TST, 29 Julai 1955). 




Rujukan:


How the people voted  ( 29 July 1955) The Straits Times.
Missing Tengku Mystery ( 28 July 1955) The Straits Times.
'Self-Rule come first, my plan- by the Tengku ( 29 July 1955) The Straits Times.
The glory of not being even the second best  ( 29 July 1955) The Straits Times.
They celebrate the moment of victory ( 29 July 1955) The Straits Times.

4 comments:

Anonymous said...

blog saudara ni memang gempak, menyiarkan berita2 atau info2 dahulu kala yang tidak ernah saya ketahui. harap dapat diteruskan lagi untuk bacaan generasi sekarang dan akan dtg, saya kagumi usaha saudara!

Harith Faruqi Sidek said...

Terima kasih atas sokongan saudara...insyaAllah semoga ia memberi manfaat..

ushe said...

Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523


BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523

max william said...

Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182