Saturday, September 29, 2012

Shariff Dol : Samseng Kampung Dusun dalam kenangan.

Oleh : Harith Faruqi Sidek



'Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun'...tagline yang disebut orang hingga ke hari ini, begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem 'Seniman Bujang Lapok' arahan P.Ramlee pada tahun 1961. Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol Asnawi adalah generasi 'zaman emas' Shaw Brothers di Studio Jalan Ampas, iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P.Ramlee,  S Roomai Noor, Jins Shamsuddin, Jamil Sulong, Aziz Sattar, S Shamsuddin, Haji Mahadi, AR Tompel, M Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S Kadarisman, Omar Rojik, Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, HM Busra dan Omar Suwita.

Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem,  antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa protagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.



Filem Gerak Kilat (BH, 8 Julai 1979)

Filem Lela Manja (BH, 8 Julai 1979)


Shariff Dol meninggal dunia  diusia 53 tahun pada hari jumaat, 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura,beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu deman dan cirit- birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura. Alfatihah.....



Berita kematian Shariff Dol (Berita Harian, 29 April 1979)

Rujukan :

Seniman Shariff Dol Meninggal. (29 April 1979). Berita Harian. p.8.

Studio Jalan Ampas Berlumut di Kota Singa. (14 Jun 2009). Berita Minggu.

Wednesday, September 26, 2012

Tiger Aman "Juara Malaya" : Peninju profesional melayu yang pertama.

Oleh : Harith Faruqi Sidek




Dunia tinju negara mula mendapat perhatian setelah kejayaan Zulkifli Yaakob memenangi pingat emas pada Sukan Sea tahun 1989 di Kuala Lumpur. Namun, kejayaan yang paling membanggakan arena tinju Negara pastinya pencapaian pingat emas yang diraih oleh Sapok Biki pada temasya sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pencapaian emas itu walaubgaimanapun gagal diteruskan oleh Sapok  pada temasya Sukan Sea ke-XXI di Kuala Lumpur, beliau hanya mampu meraih pingat perak, namun kem negara telah dimeriahkan oleh Adnan Yusoh dan Mohd Zainuddin Sidi yang memenangi emas bagi  kategori  60 kg dan 63.5 kg pada temasya tersebut. 

Zaman emas arena tinju tanahair
Meskipun pernah mencapai kejayaan tertinggi di peringkat asia dan komanwel, Zulkifli, Sapok, Adnan dan Zainuddin tidak melangkah menjadi peninju professional, dan sehingga kini ramai yang bertanggapan negara ketandusan peninju-peninju professional. Fenomena ini ternyata berbeza dengan senario yang berlaku sekitar era 40an, 50an dan 60an, dimana ramai peninju profesional negara mewarnai arena tinju tempatan dan antarabangsa, antaranya Murgess Stephen@Young Jackson, M.Suppiah, K.Govinda@Fighting Kid,  S Sinniah @`Felix Boy', Mok Kai Khoon @`Battling Khoon', Tan Teng Kee @ `Battling Key' , Jabba Ja'afar dan beberapa peninju lain yang menggunakan nama samaran seperti Kid Tan, Golden Boy,Battling Sima dan Kid Cabanella.

Arena tinju sekitar tahun 40an hingga 60an ternyata lebih dikuasai oleh peninju dari keturunan bukan melayu, namun terdapat juga beberapa peninju berketurunan melayu yang berjaya bersaing, antaranya ialah Tiger Aman, Boy Karim, Samee Hussein, Abu Bakar Ismail @Bakar The KO King, dan Mohd Noor Bahiek @ Mr. Defense.

Tiger Aman yang terbaik
Dikalangan peninju berketurunan melayu, Tiger Aman atau nama sebenarnya Aman bin Hamid, dipercayai  anak melayu pertama yang menjadi peninju professional, malah beliau begitu dominan dalam arena tinju tanahair sekitar tahun 40an. Tiger Aman berasal dari Ipoh, Perak, selain menggunakan nama samaran "Tiger", beliau turut menggunakan nama samaran yang lain, iaitu Joe Diamond. Tiger Aman  juga pernah menjadi Juara Malaya bagi  kategori Featherweight, Lightweight dan Bantamweight. Sebelum terlibat dalam dunia tinju, Aman merupakan salah seorang  penyanyi latar bagi persembahan opera melayu dengan upah 3 sen setiap persembahan. Beliau mula berjinak-jinak dengan sukan tinju selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang kenalan ketika berusia 14 tahun, menyedari beliau mempunyai bakat yang semulajadi, Aman terus serius dengan sukan ini.( The Strait Times, 10 November 1946: 4).

"Terbaik pernah dilahirkan..", antara pengiktirafan yang diterima oleh Tiger Aman (NST, 29 Mac 1981)

Berdasarkan rekod pertarungan yang dicatatkan dalam BoxRec Boxing Records, Tiger Aman telah bertarung sebanyak 43 kali dengan rekod 29 kali menang (9 daripadanya TKO), tewas 12 dan seri 2. Menariknya, meskipun tewas dalam 12 pertarungan, tiada satu pun yang TKO, ini menunjukkan betapa tingginya keupayaan Tiger Aman betinju di gelanggang. Dalam laporan The Strait Times (18 Ogos 1961), Tiger Aman dikatakan telah bertarung lebih dari 80 perlawanan tinju.

Pertarungan professional beliau yang pertama adalah dalam tahun 1937 dengan menewaskan K.S Low dengan kiraan mata di City Park Stadium, Melaka. Berikut adalah rekod pertarungan beliau,

Bil
Tarikh
Pencabar
Tempat
Keputusan
Kaedah keputusan
1
15 Jun 1937
K.S Low
City Park Stadium Melaka
Menang
Kiraan Mata
2
25 Julai 1937
Kid Tan
City Park Stadium Melaka
Menang
Kiraan Mata
3
22 Ogos 1937
Kid Gabo
City Park Stadium Melaka
Menang
Kiraan Mata
4
7 Oktober 1937
Rudy Lim
Bukit Bintang Amusement Park, Kuala Lumpur
Kalah
KIraan Mata
5
16 Oktober 1937
M. Suppiah
Wembley Park, Pulau Pinang
Menang
Kiraan Mata
6
9 Januari 1938
Speedy Pancho
Wembley Park, Pulau Pinang
Menang
Kiraan Mata
7
12 Jun 1938
Speedy Pancho
Malaysia
Menang
KIraan Mata
8
30 Jun 1939
Little Herman
Happy World Arena, Singapura
Menang
KIraan Mata
9
1 September 1939
Little Roberts
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Dibatalkan
10
22 Disember 1939
Al Brown
Happy World Arena, Singapura
Menang
TKO
11
16 Februari 1940
Mohamed Dass


Happy World Arena, Singapura
Menang
KO
12
23 Januari 1943
Little Bernal
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
13
7 Mac 1943
Johnny Mortell
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
14
26 Jun 1943
Frankie Weber
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
15
24 Julai 1943
Frankie Weber
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
16
11 Disember 1943
Golden Boy
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
17
1 Januari 1944
Kid Carpentier
Happy World Arena, Singapura
Menang
KO
18
15 Januari 1944
Johnny Mortell
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
19
18 Mac 1944
Kid Cabanela
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Dibatalkan
20
25 Mac 1944
Little Abayan
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
21
1 April 1944
Johnny Mortell
Happy World Arena, Singapura
Menang
KO
22
29 Aoril 1944
Kid Cabanela
Happy World Arena, Singapura
Menang
KO
23
20 Mei 1944
Golden Boy
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
24
10 Jun 1944
Battling Sima
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
25
8 Julai 1944
Battling Sima
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
26
29 Julai 1944
Golden Boy
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
27
15 Disember 1944
Kid Cabanela
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
28
2 Mac 1945
Battling Sima
Happy World Arena, Singapura
Seri
Kiraan Mata
29
21 April 1945
Kid Cabanela
Happy World Arena, Singapura
Seri
Kiraan Mata
30
16 November 1945
Ronnie Burr
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
31
20 Januari 1946
Jagior Singh
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
32
20 Mac 1946
Kid Pancho
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Dibatalkan
33
31 Mac 1946
Kid Pancho
Kuala Lumpur, Malaysia
Menang
Kiraan Mata
34
21 April 1946
Kid Cabanela
Happy World Arena, Singapura
Menang
KO
35
24 Mei 1946
Kid Pancho
Happy World Arena, Singapura
Kalah
Kiraan Mata
36
6 Julai 1946
Mickey McKay
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
Kalah
Kiraan Mata
37
17 Ogos 1946
Mickey Carr
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
Menang
KO
38
12 September 1946
Ken Hatcher
Leichhardt Stadium, Sydney, Australia
Menang
TKO
39
21 September 1946
Bernie Dunne
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
Menang
TKO
40
26 Oktober 1946
Frank Flannery
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
Kalah
Kiraan Mata
41
29 Disember 1946
Mickey McKay
Happy World Arena, Singapura
Menang
Kiraan Mata
42
4 Januari 1947
Mickey McKay
Kuala Lumpur, Malaysia
Menang
Kiraan Mata
43
18 Ogos 1947
Little Bernal
Lucky World Park, Kuala Lumpur, Malaysia
Menang
Kiraan Mata

Sumber :  BoxRec Boxing Records,


Diantara peninju antarabangsa yang pernah beradu tenaga dengan beliau ialah Kid Gabo,  Little Bernal dan Little Abayan (Filipina), Johnny Mortell (USA), Ronnie Burr (United Kingdom), Jagior Singh (India), Mickey McKay (Afrika Selatan) dan barisan peninju dari Australia seperti Mickey Carr, Ken Hatcher, Bernie Dunne dan Flank Flannery.

Laporan akhbar NST tentang kekalahan Tiger Aman ditangan Mickey McKay dalam pertarungan pada 6 Julai 1946. (TST, 7 Julai 1946)

Tiger Aman berjaya menjatuhkan Mickey Carr, Peninju dari Australia. Beliau menang dengan TKO dalam pertarungan pada 17 Ogos1946 (TST, 25 Ogos 1946)

Berita kemenangan Tiger Aman keatas Mickey Carr yang dilaporkan dalam Akhbar The Age bertarikh 19 Ogos 1946.


Tiger Aman ketika menumbangkan Bernie Dunn...(TST, 29 Disember 1946)


Laporan kemenangan Tiger Aman keatas Ken Hatcher dari Australia dengan TKO pada 12 September 1946. (The Singapore Free Press, 13 September 1946)

laporan ketibaan Tiger Aman dan beberapa orang peninju dari Malaya di Sydney pada tahun 1946 (TST, 11 Jun 1946)


Berita kemenangan Tiger Aman keatas Mick McKay di Kuala Lumpur pada 4 Januari 1947. (Singapore Free Press, 6 Januari 1947)


Laporan tentang kemenangan Tiger Aman keatas K.S Low pada 15 Jun 1937.

Antara poster pertarungan yang membabitkan Tiger Aman (NST, 28 Disember 1946)

Poster pertarungan Tiger Aman dengan peninju Filipina, Kid Pancho (The Singapore Free Press, 22 May 1946)

Tiger Aman dan pasukan tinju yang dibawa dari Malaya untuk pertandingan di Australia. (The Straits Times, 19 jun 1946)


Pengakhiran yang trajis
Meskipun sewaktu aktif, beliau dianugerahi tubuh yang sasa serta lincah, namun beliau telah ditakdirkan diserang  penyakit kusta. Penyakit yang melemahkan otot dan saraf ini telah menyebabkan Tiger Aman menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh sejak tahun 1950an lagi. Mungkin pengakhiran yang trajis ini menyebabkan beliau terpinggir dari masyarakat luar, lalu kisah kehebatan Tiger Aman tidak sampai ke generasi kini, meskipun nama beliau dicatatkan dalam "Malaysian Hall of Fame" bagi kalangan ahli sukan, namun ramai yang tidak dapat mengulas lanjut tentang perihal siapa Tiger Aman. Sesungguhnya bersempena pencapaian gemilang serta nama "Tiger" yang digunakan oleh Aman bin Hamid, beliau bolehlah dianggap sebgai Harimau Malaya dalam arena tinju.

Tiger Aman sewaktu menerima sumbangan daripada pegawai Persatuan Tinju Selangor, sumbangan yang bernilai RM608.93 itu merupakan baki akhir akaun persatuan tersebut yang telah dibubarkan. (TST, 18 Ogos 1961)

*Ralat: Joe Diamond adalah nama samaran bagi Mohammed Noor Bahiek yang turut dikenali sebagai Mr. Defense. Tiger Aman tidak pernah menggunakan nama samaran tersebut.


Rujukan :



$600 surprise packet for an ex-champion. (18 August 1961). The Straits Times, p. 18.

. Boxer.com.   Retrieved 25 september 2012, from http://boxrec.com/list_bouts.php?human_id=129673&cat=boxer 

Aman wins again. (6 januari 1947). The Singapore Free Press, p. 7.

AUSTRALIAN LINKS WITH MALAYA. (10 November 1946). The Straits Times, p.4.

BOXING. ( 1 August 1937). The Straits Times, p. 22.

BOXING'S GOLDEN YEARs (29 March 1981). The Straits Times, p. 24.

Disappointed fans boo Aman-Pancho fight. (25 May 1946). The Singapore Free Press, p. 7.

Fast fists of the Tiger... (29 March 1981). The Straits Times, p. 24.

Hall may test Hatcher. (30 Oktober 1946). The Sydney Morning Herald.

KEEN FIGHTS AT MALACCA. (16 June 1937). The Straits Times, p. 15.

Lagenda peninju profesional semakin pupus. (29 oktober 2006). Berita Minggu, p. 2.

Malay Boxer Wins. (13 September 1946). The Singapore Free Press, p. 5.

MALAYAN BOXERS ARRIVE IN AUSTRALIA. (11 June 1946). The Straits Times, p. 8.

Nasron Sira Rahim. (29 0ktober 2009). Nostalgia tinju professional, Berita Minggu.

NEW PROMOTING TEAM IN COLONY. (2 July 1950). The Straits Times.

Tiger Aman knocks Carr out. (19 Ogos 1946). The Age.

Williams not definite. (11 September 1946). The Sydney Morning Herald.

Williams, M. (25 August 1946). AMAN SHOWED THE TIGER' IN HIMvCARR, The Straits Times, p. 6.