Dunia tinju negara mula mendapat perhatian setelah kejayaan
Zulkifli Yaakob memenangi pingat emas pada Sukan Sea tahun 1989 di Kuala
Lumpur. Namun, kejayaan yang paling membanggakan arena tinju Negara pastinya
pencapaian pingat emas yang diraih oleh Sapok Biki pada temasya sukan Komanwel
di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pencapaian emas itu walaubgaimanapun gagal
diteruskan oleh Sapok pada temasya Sukan
Sea ke-XXI di Kuala Lumpur, beliau hanya mampu meraih pingat perak, namun kem
negara telah dimeriahkan oleh Adnan Yusoh dan Mohd Zainuddin Sidi yang
memenangi emas bagi kategori 60 kg dan 63.5 kg pada temasya tersebut.
Zaman emas arena tinju tanahair
Meskipun pernah mencapai kejayaan tertinggi di peringkat asia dan komanwel, Zulkifli, Sapok, Adnan dan Zainuddin tidak melangkah menjadi peninju professional, dan sehingga kini ramai yang bertanggapan negara ketandusan peninju-peninju professional. Fenomena ini ternyata berbeza dengan senario yang berlaku sekitar era 40an, 50an dan 60an, dimana ramai peninju profesional negara mewarnai arena tinju tempatan dan antarabangsa, antaranya Murgess Stephen@Young Jackson, M.Suppiah, K.Govinda@Fighting Kid, S Sinniah @`Felix Boy', Mok Kai Khoon @`Battling Khoon', Tan Teng Kee @ `Battling Key' , Jabba Ja'afar dan beberapa peninju lain yang menggunakan nama samaran seperti Kid Tan, Golden Boy,Battling Sima dan Kid Cabanella.
Arena tinju sekitar tahun 40an hingga 60an ternyata lebih dikuasai oleh peninju dari keturunan bukan melayu, namun terdapat juga beberapa peninju berketurunan melayu yang berjaya bersaing, antaranya ialah Tiger Aman, Boy Karim, Samee Hussein, Abu Bakar Ismail @Bakar The KO King, dan Mohd Noor Bahiek @ Mr. Defense.
Tiger Aman yang terbaik
Dikalangan peninju berketurunan melayu, Tiger Aman atau nama sebenarnya Aman bin Hamid, dipercayai anak melayu pertama yang menjadi peninju professional, malah beliau begitu dominan dalam arena tinju tanahair sekitar tahun 40an. Tiger Aman berasal dari Ipoh, Perak,selain menggunakan nama samaran "Tiger", beliau turut menggunakan nama samaran yang lain, iaitu Joe Diamond. Tiger Aman juga pernah menjadi Juara Malaya bagi kategori Featherweight, Lightweight dan Bantamweight. Sebelum terlibat dalam dunia tinju, Aman merupakan salah seorang penyanyi latar bagi persembahan opera melayu dengan upah 3 sen setiap persembahan. Beliau mula berjinak-jinak dengan sukan tinju selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang kenalan ketika berusia 14 tahun, menyedari beliau mempunyai bakat yang semulajadi, Aman terus serius dengan sukan ini.( The Strait Times, 10 November 1946: 4).
Berdasarkan rekod pertarungan yang dicatatkan dalam BoxRec Boxing Records, Tiger Aman telah bertarung sebanyak 43 kali dengan rekod 29 kali menang (9 daripadanya TKO), tewas 12 dan seri 2. Menariknya, meskipun tewas dalam 12 pertarungan, tiada satu pun yang TKO, ini menunjukkan betapa tingginya keupayaan Tiger Aman betinju di gelanggang. Dalam laporan The Strait Times (18 Ogos 1961), Tiger Aman dikatakan telah bertarung lebih dari 80 perlawanan tinju.
Meskipun pernah mencapai kejayaan tertinggi di peringkat asia dan komanwel, Zulkifli, Sapok, Adnan dan Zainuddin tidak melangkah menjadi peninju professional, dan sehingga kini ramai yang bertanggapan negara ketandusan peninju-peninju professional. Fenomena ini ternyata berbeza dengan senario yang berlaku sekitar era 40an, 50an dan 60an, dimana ramai peninju profesional negara mewarnai arena tinju tempatan dan antarabangsa, antaranya Murgess Stephen@Young Jackson, M.Suppiah, K.Govinda@Fighting Kid, S Sinniah @`Felix Boy', Mok Kai Khoon @`Battling Khoon', Tan Teng Kee @ `Battling Key' , Jabba Ja'afar dan beberapa peninju lain yang menggunakan nama samaran seperti Kid Tan, Golden Boy,Battling Sima dan Kid Cabanella.
Arena tinju sekitar tahun 40an hingga 60an ternyata lebih dikuasai oleh peninju dari keturunan bukan melayu, namun terdapat juga beberapa peninju berketurunan melayu yang berjaya bersaing, antaranya ialah Tiger Aman, Boy Karim, Samee Hussein, Abu Bakar Ismail @Bakar The KO King, dan Mohd Noor Bahiek @ Mr. Defense.
Tiger Aman yang terbaik
Dikalangan peninju berketurunan melayu, Tiger Aman atau nama sebenarnya Aman bin Hamid, dipercayai anak melayu pertama yang menjadi peninju professional, malah beliau begitu dominan dalam arena tinju tanahair sekitar tahun 40an. Tiger Aman berasal dari Ipoh, Perak,
"Terbaik pernah dilahirkan..", antara pengiktirafan yang diterima oleh Tiger Aman (NST, 29 Mac 1981) |
Berdasarkan rekod pertarungan yang dicatatkan dalam BoxRec Boxing Records, Tiger Aman telah bertarung sebanyak 43 kali dengan rekod 29 kali menang (9 daripadanya TKO), tewas 12 dan seri 2. Menariknya, meskipun tewas dalam 12 pertarungan, tiada satu pun yang TKO, ini menunjukkan betapa tingginya keupayaan Tiger Aman betinju di gelanggang. Dalam laporan The Strait Times (18 Ogos 1961), Tiger Aman dikatakan telah bertarung lebih dari 80 perlawanan tinju.
Pertarungan professional beliau yang pertama adalah dalam
tahun 1937 dengan menewaskan K.S Low dengan kiraan mata di City Park Stadium,
Melaka. Berikut adalah rekod pertarungan beliau,
Bil
|
Tarikh
|
Pencabar
|
Tempat
|
Keputusan
|
Kaedah keputusan
|
1
|
15 Jun 1937
|
K.S Low
|
City Park Stadium Melaka
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
2
|
25 Julai 1937
|
Kid Tan
|
City Park Stadium Melaka
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
3
|
22 Ogos 1937
|
Kid Gabo
|
City Park Stadium Melaka
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
4
|
7 Oktober 1937
|
Rudy Lim
|
Bukit Bintang Amusement Park, Kuala Lumpur
|
Kalah
|
KIraan Mata
|
5
|
16 Oktober 1937
|
M. Suppiah
|
Wembley Park, Pulau Pinang
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
6
|
9 Januari 1938
|
Speedy Pancho
|
Wembley Park, Pulau Pinang
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
7
|
12 Jun 1938
|
Speedy Pancho
|
Malaysia
|
Menang
|
KIraan Mata
|
8
|
30 Jun 1939
|
Little Herman
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KIraan Mata
|
9
|
1 September 1939
|
Little Roberts
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Dibatalkan
|
10
|
22 Disember 1939
|
Al Brown
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
TKO
|
11
|
16 Februari 1940
|
Mohamed Dass
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KO
|
12
|
23 Januari 1943
|
Little Bernal
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
13
|
7 Mac 1943
|
Johnny Mortell
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
14
|
26 Jun 1943
|
Frankie Weber
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
15
|
24 Julai 1943
|
Frankie Weber
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
16
|
11 Disember 1943
|
Golden Boy
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
17
|
1 Januari 1944
|
Kid Carpentier
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KO
|
18
|
15 Januari 1944
|
Johnny Mortell
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
19
|
18 Mac 1944
|
Kid Cabanela
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Dibatalkan
|
20
|
25 Mac 1944
|
Little Abayan
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
21
|
1 April 1944
|
Johnny Mortell
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KO
|
22
|
29 Aoril 1944
|
Kid Cabanela
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KO
|
23
|
20 Mei 1944
|
Golden Boy
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
24
|
10 Jun 1944
|
Battling Sima
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
25
|
8 Julai 1944
|
Battling Sima
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
26
|
29 Julai 1944
|
Golden Boy
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
27
|
15 Disember 1944
|
Kid Cabanela
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
28
|
2 Mac 1945
|
Battling Sima
|
Happy World Arena, Singapura
|
Seri
|
Kiraan Mata
|
29
|
21 April 1945
|
Kid Cabanela
|
Happy World Arena, Singapura
|
Seri
|
Kiraan Mata
|
30
|
16 November 1945
|
Ronnie Burr
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
31
|
20 Januari 1946
|
Jagior Singh
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
32
|
20 Mac 1946
|
Kid Pancho
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Dibatalkan
|
33
|
31 Mac 1946
|
Kid Pancho
|
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
34
|
21 April 1946
|
Kid Cabanela
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
KO
|
35
|
24 Mei 1946
|
Kid Pancho
|
Happy World Arena, Singapura
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
36
|
6 Julai 1946
|
Mickey McKay
|
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
37
|
17 Ogos 1946
|
Mickey Carr
|
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
|
Menang
|
KO
|
38
|
12 September 1946
|
Ken Hatcher
|
Leichhardt Stadium, Sydney, Australia
|
Menang
|
TKO
|
39
|
21 September 1946
|
Bernie Dunne
|
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
|
Menang
|
TKO
|
40
|
26 Oktober 1946
|
Frank Flannery
|
West Melbourne Stadium, Melbourne, Australia
|
Kalah
|
Kiraan Mata
|
41
|
29 Disember 1946
|
Mickey McKay
|
Happy World Arena, Singapura
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
42
|
4 Januari 1947
|
Mickey McKay
|
Kuala Lumpur, Malaysia
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
43
|
18 Ogos 1947
|
Little Bernal
|
Lucky World Park, Kuala Lumpur, Malaysia
|
Menang
|
Kiraan Mata
|
Sumber : BoxRec Boxing Records,
Diantara peninju antarabangsa yang pernah beradu tenaga dengan beliau ialah Kid Gabo, Little Bernal dan Little Abayan (Filipina), Johnny Mortell (USA), Ronnie Burr (United Kingdom), Jagior Singh (India), Mickey McKay (Afrika Selatan) dan barisan peninju dari Australia seperti Mickey Carr, Ken Hatcher, Bernie Dunne dan Flank Flannery.
Diantara peninju antarabangsa yang pernah beradu tenaga dengan beliau ialah Kid Gabo, Little Bernal dan Little Abayan (Filipina), Johnny Mortell (USA), Ronnie Burr (United Kingdom), Jagior Singh (India), Mickey McKay (Afrika Selatan) dan barisan peninju dari Australia seperti Mickey Carr, Ken Hatcher, Bernie Dunne dan Flank Flannery.
Laporan akhbar NST tentang kekalahan Tiger Aman ditangan Mickey McKay dalam pertarungan pada 6 Julai 1946. (TST, 7 Julai 1946) |
Tiger Aman berjaya menjatuhkan Mickey Carr, Peninju dari Australia. Beliau menang dengan TKO dalam pertarungan pada 17 Ogos1946 (TST, 25 Ogos 1946) |
Berita kemenangan Tiger Aman keatas Mickey Carr yang dilaporkan dalam Akhbar The Age bertarikh 19 Ogos 1946. |
Tiger Aman ketika menumbangkan Bernie Dunn...(TST, 29 Disember 1946) |
Laporan kemenangan Tiger Aman keatas Ken Hatcher dari Australia dengan TKO pada 12 September 1946. (The Singapore Free Press, 13 September 1946) |
laporan ketibaan Tiger Aman dan beberapa orang peninju dari Malaya di Sydney pada tahun 1946 (TST, 11 Jun 1946) |
Berita kemenangan Tiger Aman keatas Mick McKay di Kuala Lumpur pada 4 Januari 1947. (Singapore Free Press, 6 Januari 1947) |
Laporan tentang kemenangan Tiger Aman keatas K.S Low pada 15 Jun 1937. |
Antara poster pertarungan yang membabitkan Tiger Aman (NST, 28 Disember 1946) |
Poster pertarungan Tiger Aman dengan peninju Filipina, Kid Pancho (The Singapore Free Press, 22 May 1946) |
Tiger Aman dan pasukan tinju yang dibawa dari Malaya untuk pertandingan di Australia. (The Straits Times, 19 jun 1946) |
Pengakhiran yang trajis
Meskipun sewaktu aktif, beliau dianugerahi tubuh yang sasa serta lincah, namun beliau telah ditakdirkan diserang penyakit kusta. Penyakit yang melemahkan otot dan saraf ini telah menyebabkan Tiger Aman menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Pusat
Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh sejak tahun 1950an lagi. Mungkin pengakhiran yang trajis ini menyebabkan beliau terpinggir dari masyarakat luar, lalu kisah kehebatan Tiger Aman tidak sampai ke generasi kini, meskipun nama beliau dicatatkan dalam "Malaysian Hall of Fame" bagi kalangan ahli sukan, namun ramai yang tidak dapat mengulas lanjut tentang perihal siapa Tiger Aman. Sesungguhnya bersempena pencapaian gemilang serta nama "Tiger" yang digunakan oleh Aman bin Hamid, beliau bolehlah dianggap sebgai Harimau Malaya dalam arena tinju.
*Ralat: Joe Diamond adalah nama samaran bagi Mohammed Noor Bahiek yang turut dikenali sebagai Mr. Defense. Tiger Aman tidak pernah menggunakan nama samaran tersebut.
Rujukan :
$600 surprise packet for an ex-champion. (18 August
1961). The Straits Times, p. 18.
. Boxer.com.
Retrieved 25 september 2012, from http://boxrec.com/list_bouts.php?human_id=129673&cat=boxer
Aman wins again. (6 januari 1947). The Singapore Free
Press, p. 7.
AUSTRALIAN LINKS WITH MALAYA. (10 November 1946). The Straits Times, p.4.
BOXING. ( 1 August 1937). The Straits Times, p.
22.
BOXING'S GOLDEN YEARs (29 March 1981). The Straits
Times, p. 24.
Disappointed fans boo Aman-Pancho fight. (25 May 1946).
The Singapore Free Press, p. 7.
Fast fists of the Tiger... (29 March 1981). The
Straits Times, p. 24.
Hall may test Hatcher. (30 Oktober 1946). The Sydney
Morning Herald.
KEEN FIGHTS AT MALACCA. (16 June 1937). The Straits
Times, p. 15.
Lagenda peninju profesional semakin pupus. (29 oktober
2006). Berita Minggu, p. 2.
Malay Boxer Wins. (13 September 1946). The Singapore
Free Press, p. 5.
MALAYAN BOXERS ARRIVE IN AUSTRALIA. (11 June 1946).
The Straits Times, p. 8.
Nasron Sira Rahim. (29 0ktober 2009). Nostalgia tinju
professional, Berita Minggu.
NEW PROMOTING TEAM IN COLONY. (2 July 1950). The
Straits Times.
Tiger Aman knocks Carr out. (19 Ogos 1946). The Age.
Williams not definite. (11 September 1946). The Sydney
Morning Herald.
Williams, M. (25 August 1946). AMAN SHOWED THE TIGER' IN
HIMvCARR, The Straits Times, p. 6.
15 comments:
Menarik sungguh kisah Tiger Aman anak harimau Malaya ni. Saya sungguh bangga atas kebolehan beliau. Lebih membanggakan saya tentang kitab sejarah tuan sungguh terperinci dengan bahan-bahan buktinya sekali. Inilah kitab Tawarikh yang saya cari-cari.
O YA.. ada seorang lelaki india beritahu saya semasa dia kecil dulu selalu dia ikut bapak dia datang ke PKKN Sg. Buloh bertemu dengan Tiger Aman. Rupa-rupanya peninju negara juga pernah mrnghidap kusta.. seperti seorang penyair negara J.M. Aziz ! betul ke cerita ini Yang Arif !
Terima Kasih Saudara Hashim kerana sudi jengok blog saya...benar, J.M Aziz juga mangsa Kusta sepertimana Tiger Aman.
Tiger Aman is my Uncle.
He was Eurasian but masuk Islam and changed his name.
dear perkinsonline,
Thank you for the information..
Ibu saya adalah anak arwah Tiger tetapi tidak pernah dikenalinya. Menetap di Singapura sejak kecil, beliau ingin menemui waris arwah.
salam,
Semoga usaha keluarga saudara mencari semula waris Tiger Aman akan menemui jayanya.
Arwah Tiger Aman .. sepupu tok wan saya..
Mohon semua sedekahkan Al Fatihah..
Sekrang tok wan sy pun dah tua.. semalam dok sembang2 dgn tok fasal tiger aman..
Assalamualaikum..
Siti Nur Azani adalah anak saya,Bapa adalah sepupu Allahyarham Aman @ Tiger Aman, anak sulung sy juga peninju tentera. Sebelum meninggal, arwah dan kakak beliau telah datang menziarahi tok saya dan saya sempat berjumpa dgn arwah, ketika itu saya berusia 15th.. dan saya gembira sekiranya saya dpt berjumpa dengan keluarga Allahyarham.. semula.. skrg hanya tinggal bapa saya shj dlm keluarga emak saudara Tiger Amam yg tinggal d Kg. Permatang Sintok dekat Kepala Batas Pulau Pinang.. usianya dah lanjut ..
Tkasih pd admin blog, kerana bercerita kisah benar nii.. semoga Allah menemukan keluarga Arwah dgn keluarga kami semula .. dulu2 tk ada kemudahan nk cari keluarga.. skrg agak mudah utk berhubung semula ..semoga d temukan.. Alfatehah.. Amin.
Al- Fatihah khusus buat Aman bin Hamid, Harimau Malaya yang tiada tandingnya.
Setahu saya kubur beliau berada di tanah perkuburan Islam di PKKN Sungai Buloh. Tiada usaha dibuat bagi mengenalpasti dan melabel nama beliau buat tatapan generasi kini. Harap ada phak tampil demi menyelamatkan warisan sejarah dan jatidiri
bangsa Malaysia ! Amin.
perkinsonline
Tiger aman is ur uncle? Thats good news!! Ive been long tracing Tiger Aman Relative to interview for the purpose of writing books
Here is my email drseijiseimura84@gmail.com
Please contact me
pernah kah tuan mendengar nama peninju heavyweight malaysia...nama nya ialah adbul kadir pv abdu...kalo tk silap saya satu2nya peninju heavyweight yang ada di malaysia...tapi beliau sudah meninggal dunia...kalo tak silap era 70an.
Saya adalah cucu tiger aman,harap dapat mencari saudara mara. And Perkins online, you're right, his last name was perkins. Can you please contact me at nadiastraub1007@gmail.com
saya pércaya saya adalah cucu kepada tiger aman di mana ibu saya masih sihat di singapura.sila add saya di facebook.Rayzid
Tiger Aman mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Selangor. Jika sesiapa ingin berhubung dengan waris Tiger Aman sila email saya azin.amant@gmail.com
Saya pernah bertugas di PKKN mulai 1.10.1976 hingga 1.5.1979. Saya pernah berurut dengan isteri seorang pesakit kusta Mak Jah berbangsa Jawa( tak ingat nama penuhnya), semasa berbual-bual dengan suaminya, dialah yang digelar Tiger Man, Juara Tinju Malaya pernah Juara Asia, dia bercerita ada terlanggar pantang sehingga terkena sakit kusta, dia membuat soalan teki teki kepada saya dengan dua soalan :1. Sekiranya ibu, isteri dan anak kita termasuk sungai siapakah yang akan kita tolong (seorang sahaja) dan soalan kedua:Dalam hutan saya berjalan sendirian bertemu empat persimpangan 1 jika teruskan ada harimau 2. belok kanan ada buaya 3. belok kiri ada singa 4. patah balik ada orang batak memang makan orang.Jalan mana yang saya akan pilih (pilih satu sahaja) setiap jawapan ada hubungkait dengan keperibadian kita. Kemana sahaja Tiger Man keluar rumah akan sentiasa pakai cermin mata hitam dan topi ala Jefriden,beliau ada mengajar tinju anak-anak muda di PKKN ketika itu, antara penuntutnya ialah rakan saya En Saleh ( tulang besi urat dawai)begitulah gelarannya, kini telah hampir 40 tahun berlalu, tiada khabar berita mengenai Tiger Man
Post a Comment