Wednesday, August 19, 2009

Siapa yang jadi mata-mata ni?...

Seperti yang dinasihatkan oleh Pihak Bank Islam, maka kami pun buat susulan pada pegawai penyiasat yang menerima aduan kecurian Kad kredit tempoh hari...maka jawab pegawai berpangkat inspektor itu adalah lebih kurang begini...secara ringkasannya.

Inspektor S: Berapa Kerugian Puan?

Nadia : dalam lima ribu ringgit.

Inspektor S : Macam ni la puan, puan dapatkan salinan CCTV dari kedai berkenaan, kalau nak surat kebenaran polis saya boleh cetakkan.

Nadia: oo..ye ke?

Inspektor S: Biasanya kalau kami buat siasatan pun, lepas tengok CCTV tu kami akan panggil puan untuk buat pengecaman pada suspek.

Nadia: oo..ok..terima kasih Tuan.

Apa jadi pada nasihat pegawai meja hadapan yang rakamkan aduan kami supaya tidak masuk campur dalam penyiasatan meraka. Mujur juga pihak Bank Islam telah lebih awal buat siasatan atas kes ini, lalu rakaman itu kemungkinan masih tersimpan lagi. Persoalannya apa langkah seterusnya? aku kah yang perlu cari penjenyah berkenaan kemudian heret ke rumah pasung ? apa hal pula dengan transaksi yang dilakukan? sedangkan pihak bank mahukan siasatan dari mata-mata....bukannya orang awam atau pengadu....pening..pening...

Nampaknya kami terpaksa jadi "Remington Steele" atau "Starsky & Hutch" petang ini.

4 comments:

indica said...

Mmg pening dibuatnya kalu pengadu pula yg terpaksa menjejak dan menyiasat..mungkin perkara ini perlu diadu kpd ketua rumah pasung.

McBudu said...

Setan yang mencuri tu buat kerja last kopek kot, kan esoknya dah puasa....setan semua kena ikat....

warikh said...

Apa nak heran Yob...

Tahun 2007. Seorang malaun membuat resit palsu atas nama perniagaan aku. Membuat marketing dan mengutip beribu RM di sekitar Nilai dan Sepang. Maka berbakul juga maki hamun yang aku terima. Cari, dapat & confirm suspect! Nama, Muka, Tempat keje. Buat laporan di Balai Polis *****.

HASILNYA: Pencuri Kenyang & Selamat, Aku kerugian & Tension.

Report aku tu... "Abah! macamana nak buat roket??".

Pak Yob said...

skang masih menanti apo cerita kes tu...sonyappp ajo.