Wednesday, August 19, 2009

Awas...Pencuri sentiasa memerhatikan anda.

Pelik? tidak rasanya.itulah hakikat hari ini.....dari sebesar -besar perompak bank sehinggalah peragut kecil kecilan....mereka senantiasa memerhatikan manusia-manusia yang mahu dijadikan mangsa. Sabtu lepas isteri aku jadi mangsa kecurian, kejadian ini berlaku disiang hari, dikala kami semua sedang sibuk melayan tetamu...tanpa disedari....ada insan yang tidak dikenali menyusup masuk kerumah lalu mencuri dompet dari salah satu bilik yang ketika itu dihuni seorang anak saudaraku yang berusia 2 tahun, dia nyenyak tidur rasanya ketika kejadian berlaku.

Hasilnya? transaksi sebanyak lima ribu lebih telah sempat dilakukan oleh penjenyah berkenaan...dengan menggunakan dua kad kredit, CIMB dan Bank Islam...itupun setelah sempat aku sedari dari sms yang dihantar oleh pihak Bank Islam kerana mereka meragui transaksi yang dilakukan ...lalu sempat isteriku "block" kad tersebut..disusuli dengan kad CIMB...perbezaan ketara perkhidmatan dua bank ini, Bank Islam mempunyai perkhidmatan layanan pelanggan yang sangat menyenangkan dan sangat membantu...sementara bank satu lagi lebih menyakitkan hati..dalam situasi tertekan itu..apa yang acap diulang oleh pegawai khidmat pelanggan mereka ialah...."Puan tetap perlu bertanggungjawab atas bil ini ya"....tidak kurang dari 3 kali.

Dari maklumat sms berkenaan aku dapati transaksi tersebut dilakukan di sebuah premis menjual komputer di Jalan Reko...sekitar jam 6.30 aku bergegas kesana....malangnya premis berkenaan telah menamatkan operasi mereka sekitar jam 6.00 lagi....tapi aku dapat melihat premis berkenaan dilengkapi dengan CCTV.

Selepas solat maghrib kami bergegas ke Balai Polis Kajang untuk buat laporan....satu laporan kecurian dan satu lagi laporan untuk menafikan penanggungjawaban atas bil yang bukan milik isteriku....pihak polis ada beri nasihat agar kami tidak lagi pergi ke presmis perniagaan terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan penyiasatan mereka kelak. Lalu rancangan untuk bertemu pengurusan perniagaan berkenaan aku batalkan.

Semalam kami buat laporan ke Bank CIMB dan Bank Islam....sekali lagi dua senario berbeza dalam menangani aduan pelanggan berlaku....satu sangat positif dan menyenangkan sementara satu lagi seolah-olah mereka baru pertama kali berhadapan dengan kes sebegini...

Petang tadi Bank Islam maklumkan bahawa mereka telah mengenalpasti barangan yang dibeli melalui transaksi haram ini....sebuah laptop Benq!, mereka juga telah berunding dengan pemilik perniagaan agar tidak memadamkan rakaman CCTV sementra menunggu pegawai penyiasat datang membuat siasatan...Bank Islam maklumkan jika sahih bukan kami yang membuat transaksi berkenaan berdasarkan rekod CCTV, maka isteriku tak perlu bertanggungjawab atas bil berkenaan....lega rasanya....sementara bank yang lagi satu....terus membisu....kesal kami dibuatnya dengan reaksi mereka...

Kami masih menunggu apa keputusan atas bil transaksi berkenaan.....namun apa yang pastinya ada iktibar dari kejadian ini...sentiasa beringat akan kemungkinan anda menjadi mangsa curi ketika keramaian ....serta selidik dan dapatkan maklumat sebaiknya sebelum memilih bank yang menawarkan perkhidmatan kad kredit....kerana mulut mereka biasanya lebih manis sewaktu menjaja kad berkenaan...tetapi "langit tidak lagi cerah" biarpun anda adalah mangsa aniaya.

3 comments:

ueya said...

Time kenduri ke pencuri tu buat kerja?But memang betul pun Pak yob..time2 gini le dia lagi berkuasa.Sebab tu kami time kenduri semua beg2 simpan dlm satu bilik and kunci...takut kes camni le.Boleh le ueya ambik kad kredit bank islam coz memang tgh berkira2 nak pakai akd kredit ni..

Pak Yob said...

itula...masa mesyuarat kenduri, caterer tu (Pak Brahim UBE) ada nasihatkan tentang hal ni...katanya pernah ada satu kenduri tu..semua saudara mara pakat letak beg dalam satu bilik..entah macam mana...pencuri dapat akses ke bilik tu...maka lesaplah segala-galanya.

As@Aza :) said...

kejadian yang sungguh tak diingini...ditambah pulak di saat2 keberangkatan ni kaaann??? :( macam-macam hal lah..

bawak banyak bersabarlah yeeerrr....