Thursday, July 09, 2009

Amanah dari Dato' Johari Salleh


Dato' Mokhzani, jasa beliau dengan sudi menghibahkan iringan muzik dan penyanyi dari angkatan RTM.


Dato' Johari Salleh dan Pak Yusnor Ef.


Rancak, Dato' Jo cuba memahamkan teman-teman akan hasrat beliau.


Dari kejauhan aku rakamkan detik pertemuan ini.

Pagi semalam aku dimohon hadir satu mesyuarat bagi menjayakan majlis pelancaran buku biografi Dato' Johari Salleh, panggilan disaat akhir itu memang menggusarkan kerana banyak agenda semasa yang terpaksa dikompromi, ibarat "teori domino" maka berderet lagi kerja yang sedang diusahakan tertangguh.

Hasil mesyuarat aku diamanahkan di devisi pameran, resah juga dibuatnya kerana sepanjang memahami hasrat dan visi Dato' Johari, aku bergelut dengan pemahaman taburan jargon-jargon muzika yang berbutir dari mulut beliau. Belum pernah aku mengusahakan pameran yang berteras muzika, pasti akan ada nuansa antara aku yang "buta" muzik dengan adiguru muzika seperti Dato' Johari.

Dalam mesyuarat yang sama aku berpeluang mengenali dengan dekat seorang watak besar dalam landskap muzik sezaman dengan seniman P.Ramlee, Pak Yusnor Ef yang merupakan seorang penulis lirik, skrip dan penerbit muzik veteran. Orang kuat bahagian muzik RTM, Dato' Mukhzani turut hadir.

Acara ini akan diadakan pada 14 Julai 2009.

4 comments:

Anonymous said...

Salam pak yob. caya la ...dato mokzani tu cucu menantu almarhum raja perlis kalau tak silap. beliau adalah anak guru besar sekolah teman dulu di jejawi. pak din

Harith Faruqi Sidek said...

Pak Din: Amboi siap hapai salsilah Dato' Mokhzani...ni Pak Din ni ada kena mengena dengan keturunan "Sirajuddin" ka?

warikh said...

...Melintas dengan laju meninjau kawan lama... ZAAAASSSSS!!

Anonymous said...

Tumpang tanye...Dato' Johari Salleh ne pegang jawatan apa ye dlm kerajaa...