Saturday, June 27, 2009

Pasca matinya Raja Jacko: Siapa bakal naik takhta?

Pagi semalam hampir seluruh jagat raya menerima perkhabaran akan kematian “Raja Pop” dunia, (Allahyarham?) Michael (Mikhaeel) Jackson akibat serangan jantung mengejut. Dari corong radio berebut-rebut dan berulang-ulang petugasnya membacakan berita besar ini. Sebuah bekas stesyen radio nombor satu negara pun dengan terkehadapannya membuat siaran penghargaan kepada MJ itu, begitu juga dengan saluran khas pop dan muzik dari syarikat tv berbayar….berulang-ulang “Tribute to Michael Jackson” dimainkan.

Manusia yang mencatatkan sejarah sebagai orang kulit hitam pertama yang berjaya menjadi “Putih” dengan jayanya…malah lebih putih dari orang putih pula. Walau apapun tanggapan insan terhadap MJ, beliau telah pun menobatkan dirinya sebagai IKON dan sentiasa dalam radar masyarakat biarpun atas isu yang negatif.

Sekarang aku menantikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai penggantikan beliau, adakah Raja Pop yang baru akan dilantik dari kalangan Raja Pop yang berasal dari negara blok eropah? Atau akan ada Raja Pop dunia yang dilantik dari kalangan Raja Pop Asia terutamanya dari negara matahari terbit dan canto pop yang sangat besar arus fanatismanya?

Malaysia sendiri mungkin ada nama yang boleh dibawa untuk pencalonan bagi takhta tersebut, orangnya tidak lain dari;


Raja Jamal Abdillah – Raja Pop Malaysia

Peluangnya mungkin lebih cerah jika ada usaha mengantarabangsakan lagu-lagunya atau setidaknya menyadurkan satu dua dari lagu-lagu itu dalam bahasa inggeris. Apapun segalanya terletak kepada keputusan Majlis Raja-Raja Pop Dunia untuk menentukannya.

1 comment:

McBudu said...

Seorang yang hilang identiti dan terlalu ingin nampak white untuk diterima oleh white yang lain, tetapi akhirnya dia sedar white tidak akan menerima black sebagai sebahagian drp mereka walau berapa hebatnya orang itu.

Akhirnya dia juga sedar agama yang di anutinya tetap membezakan black dgn white, hinggalah dia menemui Islam. Lagu black n white, adalah ratapan ikhlas hatinya.Semoga Allah menerima MJ.