Monday, October 20, 2008

Satu lagi angin "Sakhti"

1. belum reda ribut "makkal sakthi", jumaat lepas mucul pula satu lagi angin kecil...angin yang betiup di UKM pada tanggal 17 oktober itu pak yob namakan "student sakhti"....tiupannya belum tentu mampu "meruntuhkan" sri perdana....namun manakan tahu...bisanya makan tahun baru terasa. Segerombolan aktivis pelajar dari seluruh institusi di Malaysia bergabung dalam perhimpunan "menzahirkan perasaan" menuntut tarikh muktamad pilihanraya kampus seluruh negara diadakan serentak serta penghapusan sistem undi elektronik yang dianggap boleh diaragui ketelusannya.

2. Memorandum yang dibawa mahu disampaikan kepada memanda menteri pengajian tinggi yang dalam jadul merasmikan karnival kerjaya antarabangsa, kebetulan pak yob terlibat "sedikit" dalam menyumbang karya kreatif untuk booth ukm. Perhimpunan sebegini mana mungkin akan "aman" bila masing-masing "terlebih" emosi, maka berlakulah "percakaran" kecil antara kedua pihak yang "terbabit".


3. Pak Yob tak berani nak komen lebih, takut kalau "tersentuh" orang yang berkuasa besar..silap hari bulan senasib dengan "si putera raja". Maka lebih elok jika kita renungkan bersama, dengar maklumbalas kedua pihak, kemudian kita rumuskan sendiri dimana pendirian kita, biarpun pendirian kita tidak "terkesan" pun pada mana-mana sistem, tapi sebagai insan yang berakal, tidak salah kita melatih akal untuk berfikir lebih dari apa yang kita fikirkan seharian, manalah tahu....dari akal kita itu akan "membuah" penyelesaian yang akan merungkai simpulan polemik yang ada.

3 comments:

McBudu said...

Yang teman tak gemo student sekarang majoritinya mempunyai "God Father" di belakang mereka. Baik kumpulan A atau B, mereka hanya menyuarakan pendapat atau pandangan bagi pihak orang lain.

Alangkah baiknya jika mereka berjuang atas landasan sendiri, mempunyai pemikiran sendiri dan berwawasan sendiri demi kebaikan mereka dan generasi akan datang.

Harith Faruqi Sidek said...

he..he.. god father..terbayang sonny (Robert De Niro).

indica said...

god father tu rasanya mmg ada..mother theresa ada tak?