Tuesday, October 21, 2008

nasi lemak sepinggan, minyak segelen

1. petang semalam pakyob sekeluarga makan malam di sebuah medan selera sebuah pusat membeli belah utama di putrajaya. seleranya tidaklah hebat, pakyob sekadar mengidamkan nasi lemak sahaja, lalu pesanan dibuat di salah satu gerai yang ada menu tersebut....nasi lemak biasa, cuma tambah lauk sotong dan tempe sedikit, harganya RM7.50....untuk nasik lemak telur goreng pulak RM3.50. Masa dompet tengah tebal ni memang tak terasa sangat tapi bila dah dua tiga detik berfikir, rasa tak patut pulak harganya...bayangkan dengan RM7.50 tu, paling tidak boleh dapat 4 bungkus nasik lemak yang dijual digerai biasa.

2. Kebetulan masa tengah menyuap nasik tu, berita perdana bersiaran....ahli parlimen sedang bertekak balas soal bajet, maka ada seorang ahli parlimen yang sedang baran ni menghamburkan kata seperti berikut lebih kurang " kalau YB asyik nak pertikai harga sepinggan nasi...lebih baik makan sahaja dirumah....", tiba-tiba pakyob rasa darah naik ke muka....mahu saja dilempar pinggan naik lemak rm7.50 tu kemuka YB tersebut. Aduhai YB, larat ke setiap masa balik makan di rumah....takkan kalau pejabat di Kuala Lumput, rumah di nilai....nak balik makan tengahari di rumah jugak ke? lalu pakyob nak sampaikan secebis pantun buat penyokong dan pengundi YB tersebut;



3. Bercakap soal minyak pulak, beberapa hari mendatang ni pastinya seluruh rakyat jelata menanti dengan senyum...berapa gamaknya kadar penurunan harga minyak seperti yang dibayangkan oleh pak menteri. Beberapa hari lalu pak menteri ada bisikkan, kemungkinan ada penurunan hujung bulan ni.Tapi iyelah...segalanya berkemungkinan. Bab minyak ni pak yob tidak la begitu "kalkulatif" seperti sebilangan orang, bagi insan yang "buta" matematik ni pengiraan pakyob ringkas dan mudah sahaja....berapa ringgit untuk berapa hari....bagi yang bijak pandai mungkin akan lebih tepat dengan angka-angka mengikut pengiraan liter dan kilometer. Alangkah baiknya kalau kalau turun serentak dengan barang-barang lain....maka YB yang tadi itu tak perlu balik makan tengahari kat rumah...tak gitu YB.


5 comments:

indica said...

Sabo pak yob sabo..tapi mmg setuju ko baling pinggan nasi lemak tu...hehe. Walupun dia sekampong dgn aku, oldboy sekolah rendah...
aku mmg tak pekenan sbb eksen semcm pulak,berkokok lebih2 pulak kat parlimen

Harith Faruqi Sidek said...

berkokok kosong buat apa...nak glamer masa "airtime" je tu...baik jadi pelakon sitkom...

ueya said...

Pak Yob...
sini minyak kat Nizilan dah berapa kali turun...now the lowest is 1.60..ada gaya nak turun lagi ni...nampak gayanya x balik le ueya..ha.ha
nasi lemak jangan baling wei esp bungkus daun pisang..kami sini ngidam nak makan..baling kat sini takpe...huhu...

McBudu said...

Memang sesak nafas mengenangkan semua barangan naik harga, tapi apabila kita menemui mereka yang lebih malang nasib daripada kita, aku rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang masih aku ada dan lupakan seketika apa yang aku idamkan tapi belum ada. Ada hikmahnya di sebalik semua ujian ini....nikmati hikmah itu!

Harith Faruqi Sidek said...

ueya: jauh tu nak baling....hantor gambor je buleh tak?

mcbdu: hikmah..macam tajuk cite indon yang kat astro je tu..tapi betulla...setiap ujian itu ada hikmahnya...sekurang-kurangnya seluruh isi rumah dah mengamalkan berbelanja secara berhemah.