Monday, October 16, 2006

bila termakan cili....

Baru-baru ni Pakyob ada terbaca satu artikel wawancara seorang "bekas" hero numero uno Malaysia, isunya tentang betapa terguris hati beliau dengan kenyataan seorang artis SMS numero uno Malaysia yang mengatakan kesanggunpan berlakon dengan syarat asalkan dia tidak bersentuhan dengan artis-artis wanita. Cukup melenting pelakon senior ni...kononnya artis tadi seolah menyindir rakan-rakan artis yang lain. Tambah artis senior itu lagi, dirinya sudah 21 tahun dalam industri, sedangkan artis sms tadi baru 2 tahun...dia lebih masak dan tahu mana dosa dan mana pahala. Tambahnya lagi, segala "sentuhan" yang berlaku semasa beliau berlakon bukan untuk keseronokkan, tapi hanya menjalankan tanggungjawab dan ada mesej tertentu..contohnya lakonannya dengan seorang pelakon wanita veteran...beliau sebagai anak takkan tak memeluk ibunya, tatkala ibunya ditimpa kemalangan. Bagi PakYob, yang salah tetap salah..haram is haram (meminjam kata-kata Amy Search bila diaju isu Botox). Tak salah kalau artis SMS tu nak nyatakan prinsip dia...dan artis senior tu tak perlu "menggelabah" respon pada kenyataan yang bersifat peribadi itu..akhirnya segala hujahnya seolah memakan diri sendiri. PakYob memang minat kat dua-dua artis ni, tapi sekadar minat saja..tak sampai fanatik.seorang PakYob kagum dengan suara dan auranya, seorang lagi pakyob kagum dengan kegigihannya dari seorang budak pejabat beliau meniti sehingga menjadi artis tersohor negara...tapi itulah....sapa makan cili akan terasa pedasnya..walaupun cili tadi bukan dalam hidangan si pemakan

5 comments:

indica said...

aku rasa aku tau saper mereka..hehe

Makan cili banyak tak elok esp bulan puasa ni..boleh sakit perut dan buasir. Pehtu selalu nak ruihh.

McBudu said...

Aku memang tak leh makan cili padi(capsicum annum)banyak-banyak dah la ni sbb aku ada gastrik. Tapi aku memang suka cili, sbb tu sekarang bila orang lain makan cili aku pulak terasa pedasnya....

Harith Faruqi Sidek said...

mcbudu: ko patut rasa cili bangi..mintak kat mizi kot dia ada stok lagi..

Anonymous said...

Masa siti mula-mula naik dulu pun dia buat syarat macam tu juga..ramai juga yang bising..okey je siti tu, yang penting si artis sms tu kena berpegang teguh pada prinsip dia..jangan sekejab nak gadis yang bertudung...sejap kalau pakai tudung pun satu bonus...
Bonus..bonus..bonus..emm

McBudu said...

Pak Yob: Mizi pernah bagi banyak seeds cili bangi dulu, tapi bila aku tanam, sikit je hidup, itu pun jadi cili lain... Cili Shah Alam.