Monday, March 13, 2006

Musafir ke Bagan Datoh

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku tak menjejakkan kaki di Bagan Datoh, tanah kelahiran ayahandaku. Ahad lalu aku berkesempatan pulang kesana demi memenuhi jemputan walimatul-urus sepupuku. Dari Kajang aku bertolak jam 9.00 melalui lebuhraya persekutuan yang agak lengang…suatu perjalanan yang membosankan…lebuhraya yang seolah-olah tiada penghujungnya…akhirnya jiwa bosanku terpujuk dengan kelibat papan tanda simpang keluar ke Bidor. Bidor sebuah pekan lama yang pada pengamatanku agak menyerupai pekan Semenyih (turut mendapat jolokkan Pekan Koboi)…perjalananku ke ke Bagan Datoh ditemani dengan deretan ladang-ladang kelapa sawit yang entah berapa luas ekarnya…terfikir juga aku, alangkah bagusnya kalau keretaku dapat digerakkan dengan minyak hasil dari jutaan pohon kelapa sawit itu. Namun apa yang menariknya ialah nama-nama ladang kelapa sawit di Daerah Hilir Perak itu …ada Ladang Nova Scotia, Jenderata, Flemington, New Coconut, Strathmachie dan Sussex. Tatkala kereta hinggap di muka lorong rumah sepupuku jam telah menunjukkan hampir pukul 12.30. Bila berada di Kampung Sungai Tiang, Dagan Datoh…aku berdepan dengan satu masalah…pertanyaan warga kampung jarang dapat aku jawab dengan kata-kata…kebanyakkannya dengan senyuman atau jawapan balas akan diberikan oleh ayahandaku..kenapa begitu? Kerana mereka semua mengajukan soalan dalam bahasa jawa yang tidak aku ketahui maksudnya…kecuali waras, wes, orak…isim bukak pintu gua Ali Baba pun aku tahu juga maksudnya. Bagan Datoh, bumi yang kaya dengan hasil kelapa…meskipun harganya tidak selebat harga besi buruk..namun ramai cerdik pandai, tokoh politik, tokoh korporat, seniman serta ulama lahir dari hasil titik peluh mengerjakan hasil kelapa. Bagi peminat muzik mereka kenal Datuk M. Daud Kilau itu bermastautin dan bermukim di Bagan Datoh, ahli politik tahu Datuk Ahmad Zahid Hamidi punya keluarga dan waris di Bagan Datoh, beliau kini Pengurus Pasukan Bolasepak Perak yang baru. Jam 2.30 petang aku mohon undur diri mahu pulang ke laman sendiri…memandangkan ramai rakan taulan yang “mempromosikan” jalan Sabak Bernam sebagai jalan pulang maka aku pun akur..ditambah pula dengan rasa bimbang akan mengantuk andai memilih lebuhraya. Memang suatu pengalaman yang berbeza, jika dulu sebolehnya aku hindari dari melalui jalan ini tapi kini ianya amat selesa dan lancar dengan jalan yang kemas berturap mungkin atas bakti Menteri Besar yang berasal dari kawasan Kuala Selangor.

3 comments:

McBudu said...

Aku tak pernah ke Bagan Datoh, tapi dari pengamatan aku, Bagan Datoh ni dipenuhi pokok kelapa je... semua gambar yang ko letak gambar pokok kelapa je....

indica said...

Bagan Datoh (atau datok) bagi aku "dekat tapi jauh". Walaopun kampong aku tak jauh dari Bagan Datok, seumur hidup aku tak pernah menjejakkan kaki ke bandar kembar frankfurt ni..
Cuma dengar cerita byk pokok kelapa, rumah M Daud Kilau, ada jeti etc.

Tak tau bila aku akan sampai di sana.....orak tahuu..

Harith Faruqi Sidek said...

aku pun tak tau nak cite apa pasal bagan datoh ni...ibaratnya kalau ada bendera, mesti pokok kelapak jadi simbol punya. M