Bedak Sam Fong |
Sam Fong Hoi Tong Face Powder
atau ‘bedak nyonya’ adalah bahan kosmetik yang sangat popular zaman berzaman,
tentu ramai yang ingat dengan bedak muka berbuku yang diletakkan dalam bekas
empat segi berwarna kuning, diluarnya dihiasi dengan paparan wajah wanita cina.
Bedak ini telah diasaskan pada tahun 1889 oleh Chan Chow Tong yang berasal dari
wilayah Canton, China dan mula dikilangkan secara meluas melalui kilangnya di
Kowloon, Hong Kong.
versi yang mempunyai tulisan Hoi Tong Talcum Powder untuk dieksport ke eropah (NSUT, 23 Oktober 1988 |
Menurut laporan akhbar New Sunday Times bertarikh
23 Oktober 1988, ‘bedak nyonya’ ini telah memasuki pasaran negara sejak perang
dunia kedua lagi (NSUT, 23 Oktober 1988). Di Malaysia, ianya dikeluarkan oleh syarikat Sam Fong (M) Sdn.
Bhd mulai tahun 1965. Pada zaman
kegemilangannya sekitar tahun 80an, syarikat ini mengeluarkan kira-kira 12,000
unit ‘bedak nyonya’ sebulan, dan ianya juga dieksport ke luar negara seperti
Sri Lanka, timur tengah dan eropah.
Rujukan:
Azman Ahmad. Powder Power. New Sunday Times, 23 Oktober 1988.
Face on/off. Today, 10 Jun 2005.
More Cosmetics from Hong Kong due
soon. The Straits Times, 6 March 1959
No comments:
Post a Comment