Friday, March 15, 2013

Kenang - Kenangan Kolej Kediaman Pertama Universiti Kebangsaan Malaysia 1970 - 1977.


Oleh :  Harith Faruqi Sidek


Kolej Kediaman Pertama UKM.  (Sumber: Semesta, 1977/78)

Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 18 Mei 1970, dan dalam tahun yang sama, ia telah memulakan tahun akademiknya pada 20 Mei 1970 dengan 190 orang orang mahasiswa sulung. ( Kalyubi Ghazali, 1971). Antara kemudahan yang melengkapkan kampus sementara UKM di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur ialah kediaman mahasiswa yang dikenali dengan nama Kolej Kediaman Pertama. Kolej kediaman ini mempunyai 11 blok yang dinamakan mengikut abjad, iaitu Blok A sehingga Blok K.

Ikrar Mahasiswa sulung......( Sumber: Semesta, 1970)

Memulakan kuliah dalam tahun pertama penubuhannya......(Sumber: Semesta, 1970)
Tinggal Kenangan....(Sumber: Semesta, 1977/78)

Suatu ketika dahulu...(Sumber: Semesta, 1977/78)

Pengurusan Kolej

Pengetua pertama kolej kediaman pertama UKM ialah Zakaria Awang Soh (Prof. Dr.) yang turut menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Dewan Tinggi atau JKDT yang dianggotai oleh kakitangan universiti. Kakitangan terawal yang pernah menganggotai JKDT kolej pertama ini ialah, Cik Norsham Muslim (Mantan Ketua Pustakawan UKM), Dr. Noramly Muslim ( Prof. Datuk Dr.), Ustaz Mohd Hj. Abu Bakar, Puan Kamariah Janor, Ismail Md. Noor dan Ahmad Jantan.

Prof. Dr. Zakaria Awang Soh...Pengetua pertama Kolej Kediaman Pertama UKM.


Kempimpinan Mahasiswa Kolej Pertama UKM

Dibawah JKDT, wujud satu jawatankuasa yang dianggotai oleh mahasiswa, jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Dewan Rendah Kolej atau JKDRK. Ahli jawatankuasa JKDRK yang pertama ialah,


Pengerusi
: Che Uda Che Nik
PenolongPengerusi
: Mohd. Nor Hj. Manutty ( Dr.)
Setiausaha
: Md. Roshidi Hj. Osman
PenolongSetiausaha
: Rahimah Abdul Aziz (Prof. Dr.)
Bendahari
: Hasnah Hj. Hassan
AhliJawatankuasa
: Bustamam Yahya ( Sosial)
  Md. Yusof  Zainol ( Sukan)
  Innum Rahiman ( Penerangan)


Ahli Jawatankuasa JKDRK yang pertama. ( Sumber : Semesta, 1970)

Antara tokoh akademik yang pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa JKDRK ini ialah Prof. Dr. Rosnah Baharudin, Datuk Azmi Hj. Abdullah ( 1971/1972), Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo, YB. Dr. Rosli Che Mat (1972/1973) dan Prof. Dr. Awang Sariyan (1973/194). JKDRK ini kemudiannya dikenali sebagai JAKSA (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa).

JKDRK 1973/74. ....( Sumber : Semesta, 1973/74 )
JKDRK 1973/74 telah mewujudkan sebuah kedai siswa....kelihatan salah seorang ahli jawatankuasa yang bertugas, Awang Sariyan ( Prof. Dr.)...( Sumber : Semesta, 1973/74 )


Majalah Rasmi Kolej

Kolej Pertama UKM telah menerbitkan majalah rasminya yang pertama pada tahun 1971, Majalah ini dinamakan SEMESTA. Sidang redaksi pertama majalah SEMESTA ini diketuai oleh Chamhuri Siwar 
(Prof. Emeritus) sambil dibantu oleh Sabariah Ibrahim, Asiah Sarji ( Prof. Dr.), Mohd Kalyubi Ghazali, Abdullah Man dan Jamilah Jaafar. Penerbitan ini bukan sahaja memuatkan berita tentang aktiviti mahasiswa, tetapi turut memuatkan karya yang dihasilkan oleh ahli akademik, antara yang menyumbang ialah Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas (pada masa itu Dekan Fakulti Sastera yang pertama), Prof. Achmad Amirudin, Prof. Dr. Khoo Kay Kim, sidang redaksi yang sememangnya mempunyai bakat yang bukan sebarangan turut menyumbangkan penulisan dalam majalah ini.

Kulit keluaran pertama majalah Semesta 1970, kelihatan logo pertama UKM hasil ciptaan Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas.

Sidang redaksi majalah Semesta yang pertama, Ketua Pengarangnya ialah Chamhuri Siwar (Prof. Emeritus).
Redaksi 1972/1973 dipimpin oleh Shafie Abu Bakar (YB. Dr.). (Sumber: Semesta, 1972)
Awang Sariyan (Prof. Dr.) memimpin sidang redaksi Semesta bagi tahun 1973/1974 . (Sumber: Semesta, 1973/74)

Majalah ini diteruskan penerbitannya buat beberapa ketika, malah selepas perpindahan ke Kampus Bangi, dimana kolej pertama ini bertukar nama ke KOMSIS A dan kemudiannya menjadi Kamsis A sebelum kini dikenali sebagai Kolej Dato' Onn. Antara tokoh dan ahli akademik yang pernah menganggotai sidang redaksi majalah ini ialah, Awang Sariyan ( Prof. Dr.), Shafie Abu Bakar (Dr.), Zainuddin Ayip, Nik Marzuki Sidek (Dr.) dan lain-lain.


Aktiviti Penghuni Kolej

Sepertimana kebiasaan mana-mana kolej kediaman mahasiswa, pastinya ia tidak sunyi dengan aktivti yang melibatkan penghuninya, begitu juga halnya dengan kolej kediaman pertama ini. Pelbagai aktivti telah dianjurkan oleh pengurusan kolej bersama-sama dengan JKDRK, antaranya sukan, hiburan, akademik dan sebagainya.

AJK Sukan 1971/1972.....antaranya Allahyarham  Iran Herman (Kiri hujung, berkata mata gelap)
Adakah Pasukan Bolasepak tahun 1970/1971 ini merupakan pasukan bolasepak UKM yang pertama?...Berdiri dari Kiri: Latiff Deris (Ketua Pasukan), Mat Sulaiman, Ramli Hamzah, Mohd. Hamid, Salleh Hj. Mohd, Mohd Kalyubi Ghazali. Bertenggong dari kiri: Mat Daud, Zaki Manan, Fajri Ujang, Yusof Zainol, Salleh Deni....(Sumber : Semesta, 1970)

Pasukan Tenis Meja 1971.

Pasukan Blok K, Juara Sepaktakraw antara Blok, 1971
Ruang santai di salah satu Blok di Kolej Kediaman Pertama UKM.

Riadah santai...berkain pelikat dan singlet..


Dari Kuala Lumpur ke Bangi

Pada November 1977, kampus UKM secara beransur telah berpindah ke kampus tetapnya di Bangi. Dengan perpindahan ini, Kolej pertama turut terlibat sama. Di Bangi, nama kediaman mahasiswa telah ditukar dari Kolej kepada KOMSIS iaitu kependekan dari Kompleksiswa, menurut laporan tahunan pengetua kompleksiswa A, seramai 1,374 mahasiswa yang dahulunya merupakan penghuni Kolej Pertama telah menjadi warga sulung KOMSIS A. Namun tidak semua mahasiswa di Kolej pertama dahulu dipindahkan ke Bangi, kira-kira 375 orang mahasiswa Sains dan perubatan masih dikekalkan di Asrama yang terletak di Jalan Pantai Baru. Pengurusan tertinggi KOMSIS A dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Kolej, ahli jawatankuasanya yang pertama adalah:


Pengerusi
: Ahmad Mohd. Yusof
Timbalan Pengerusi
: M.A Fauzi Mohd Basri ( Allahyarham Prof. Datuk Dr.)
Setiausaha
: Yahya Abu Bakar
Bendahari
: Kamariah Janor


Ahli
: Tuan Haji Muhammad Abu Bakar
  Ismail Hamid
  Takiah Mohd Iskandar ( Prof. Dr)


Sementara pengurusan KOMSIS A pula ialah;


Pengetua
: Ahmad Mohd. Yusof
Timbalan Pengetua
: M.A Fauzi Mohd Basri ( Allahyarham Prof. Datuk Dr.)
Pengurus
: Rosmah Latif
Kerani Am
: Abdul Malik Zajuli
Jurutaip
: Siti Hawa Abu Samah
Pengawas
: Ali Mohidin


Kepimpinan mahasiswa di peringkat kolej kediaman atau dikenali dengan nama JAKSA yang pertama di KOMSIS A adalah lantikan semula dari jawatankuasa terakhir di Kolej Kediaman Pertama. Mahasiswa yang mengganggotai JAKSA terakhir Kolej Pertama dan pada masa yang sama merupakan JAKSA sulung KOMSIS A 1977/1978 ialah;


Yang Di Pertua
: Jamaludin Arbain
Naib Yang Di Pertua
: Jamaludin Mat
Setiausaha Kehormat
: Othman Desa ( Datuk)
Pen. S/U Kehormat
: Afifi Haji Ahmad
Bendahari
: Che Hashim Che Said
AhliJawatankuasa
:Alkharib Shah Alang Osman ( Penerangan dan Penerbitan)
 Abdul Karim Noor ( Ugama)
 Abdul Moin Aieni ( Kebudayaan)
 Hamlud Shafie (Sukan)
 Muhammad Abu Bakar (Pelajaran)
 Abu Bakar Khamis ( Kebajikan )
 Mohd Nistah Kabul ( Rencam)

JAKSA terakhir Kolej Kediaman Pertama UKM yang dilantik semula sebagai JAKSA Pertama KOMSIS A.
Aksi acara 'Malam Perpisahan K.Lumpur - Bangi'.  (Sumber: Semesta, 1977/78)

Penghasilan penulisan ini adalah sebagai satu usaha untuk melestarikan maklumat yang berkaitan dengan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini telah memanjat usianya yang ke 43 tahun. Mungkin ada maklumat yang disampaikan tidak jelas atau kurang tepat, pembaca dialu-alukan untuk memberi teguran dan pembetulan pada mana-mana bahagian penulisan ini.



Rujukan:


Lemporian. (1977). Dari Pantai Baru ke Kampus Bangi. Semesta, 57.

Semesta, (1970).Jilid.I.

Semesta, (1971/72).Jilid.II.

Semesta, (1972/73).Jilid.III.

Semesta, (1973/74).Jilid.4.

Semesta, (1977/78).Vol. VIII.



7 comments:

Kembara Bahasa said...

Terima kasih banyak atas pemaparan kisah bergambar yang cukup nostalgik. Pada satu waktu ingin saya memperoleh gambar-gambar lama itu. E-mel saya awsr@yahoo.com dan Facebook saya ialah Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa dan Awang Sariyan, sementara blog saya Kembarabahasa.blogspot.com

- Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.

Kembara Bahasa said...

Terima kasih banyak atas pemaparan kisah bergambar yang cukup nostalgik. Pada satu waktu ingin saya memperoleh gambar-gambar lama itu. E-mel saya awsr@yahoo.com dan Facebook saya ialah Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa dan Awang Sariyan, sementara blog saya Kembarabahasa.blogspot.com

- Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.

Harith Faruqi Sidek said...

Salam Ybhg Datuk,

Terima kasih kerana singgah di blog saya, insyaallah saya sedia bantu dengan gambar-gambar berkenaan.

Roslan said...

Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah bekas mahasiswa UKM tahun 1982 -1986. Bolehkah tuan benarkan saya mengambil isi / petikan daripada blog tuan masuk ke FB saya untuk tatapan rakan2 bekas mahasiswa UKM?


Nama: Roslan

Harith Faruqi Sidek said...

Salam,

Tuan Roslan,

Silakan.

Roslan said...

Salam,

Terima kasih tuan. Semoga UKM terus maju dan gemilang

Roslan

Badai senja said...

As salam ..
Ada juga gambar ayah saya time first bacth ukm dulu...