Wednesday, June 27, 2012

Sifat Ukhuwah Melayu Ideal

Kata ayahanda saya, "Melayu yang ideal adalah melayu yang islamis, bukan melayu yang rasis. Melayu islamis akhlaknya tinggi, menjaga ukhuwah merentasi agama dan kaum, melayu islamis menjaga hubungan seagama, menjaga ukhuwah senegara dan menjaga ukhuwah sesama manusia."

Thursday, June 21, 2012

Barangan pertama yang dijual di Pasaraya Mydin

Pasaraya Mydin bermula di sebuah ruang rumah kedai papan yang disewa dalam tahun 1945 di Kota Bahru, Kelantan. Saiz ruang yang disewa itu hanyalah satu perempat dari luas keseluruhan rumah kedai berkenaan yang terletak di Jalan Tok Hakim.Barangan pertama yang dijual di Mydin ialah permainan kanak-kanak. Barangan permainan ini dibawa masuk dari Thailand oleh pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed. Penjualan barangan permainan ini ternyata mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kelantan, khususnya yang tinggal di sekitar Kota Bharu. Sehingga kini, barangan permainan kanak-kanak masih kekal menjadi bahan jualan di setiap cawangan Pasaraya Mydin.

Sumber:

Siti Hawa Mohd. 2011.Mydin Disebalik Tabir. Kuala Lumpur:MPH.

Gaji Pokok seorang Profesor UKM suatu ketika dahulu

Laporan Tangga Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan Kakitangan Akademik - 1971


Halaman yang menyatakan tangga gaji seorang Profesor UKM pada tahun 1971

Merujuk pada Laporan Tangga Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan Kakitangan Akademik - 1971, tangga gaji seorang ahli akademik bertaraf Profesor bermula pada RM1800 dan mati gaji pada aras RM2290. Gaji pokok ini dinikmati oleh para profesor sekitar tahun 1971 dan jumlah gaji ini ternyata telah meningkat berpuluh kali ganda pada hari ini. Namun harus diingat, kos sara hidup pada tahun 70an tidak seperit hari ini, pada ketika itu, rumah boleh dimiliki pada harga sekitar 25 ribu, harga kereta pula adalah sekitar 10 ribu.

Sumber:
Laporan Tangga Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan Kakitangan Akademik - 1971

Sejarah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Ruang Dalam DECTAR

     Pandangan dari tempat duduk sisi kiri dewan.

DECTAR dari luar

DECTAR sewaktu mula digunakan semasa Konvokesyen UKM ke-6.


Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah siap dibina pada 28 November 1978. Dewan ini telah digunakan buat pertama kalinya pada Majlis Konvokesyen UKM yang ke-6. Pembinaan yang bermula pada 21 Jun 1976 itu telah menelan belanja sebanyak RM6,9222,821. Saiz asal sewaktu siap dibina ialah seluas 153,450 kaki persegi dan merupakan dewan yang terbesar di Malaysia pada ketika itu. DECTAR telah dirasmikan pada 29 September 1979.



Sumber:

Dewan Besar dan Teater Experimen UKM. NADI BANGI. Jilid 2, Bil 2. Julai 1978.

Asal Usul Burung Gagak di Daerah Klang, Selangor

Sang Gagak Hitam
 
                                                          Edward Valentine John Carey

Burung Gagak yang Sinonim dengan bandar Klang itu sebenarnya dibawa masuk oleh seorang peladang inggeris, Edward Valentine John Carey. Beliau membawa spesis gagak ini pada tahun 1902 dari Ceylon bagi tujuan mengawal serangan ulat keatas tanaman kopi yang beliau usahakan. Namun usaha ini tidak berkesan dan gagak terus membiak. Pulau Carey di Klang itu adalah sempena nama Peladang ini.

Sumber:

Shaiful Bahri Md. Radzi, Hanapi Dollah, Salehah Ishak, Mohamad Radzi Abd. Razak dan Mohamad Fadzali Jaafar."Pengaruh Melayu dalam Pantun Mah Meri". Jurnal Melayu: 1(2004).

http://careyisland.com/