Tuesday, August 08, 2006

Selamat Hari Jadi Ziyad


5 Ogos 2006 genap setahun usia Ziyad Faruqi.....anak kelahiran Kajang ini lahir secara normal sejurus sebelum muazzin melaungkan azan subuh dari Masjid Kajang....maka laungan azan tersebut merupakan seruan pertama yang diterima oleh bayi ini sebelum seruan yang sama disampaikan oleh ayahandanya sendiri setelah selesai bayi ini dibersihkan oleh jururawat bertugas. Ziyad adalah amanah besar kurniaan yang maha esa, satu anugerah yang tiada nilainya bagi seorang bapa...zuriat yang menjadi warisan baka dua keluarga yang bersatu atas ijab dan qabul. Ziyad lahir ibarat sehelai kain putih yang suci tanpa noda dan dosa....kelahirannya mendambakan kasih sayang dari bonda dan ayahanda. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Ziyad disampaikan kepada kami dengan sihat walafiat...kini terpulang kepada kami untuk mencorakkan bayi ini...sebolehnya baba mahu membentuk Ziyad menjadi seorang insan yang kuat paksi agamanya, luhur budinya, kuat azamnya, cerdas akalnya serta tinggi nilai watannya. Kehadiran Ziyad menambahkan warna warni dalam ruang hidup baba dan mami. Buat Ziyad....Selamat Hari Jadi yang pertama...

4 comments:

indica said...

Terkejut ziyad tengok kek besar hehe..
Happy Birthday Ziyad Faruqi..(pak yob kena sampaikan ucapan ni kpd ziyad..)

sarahjiha said...

Lupa la..sepatutnya saya ingat sebab birthday ziyad kan sehari sebelum birthday saya..saya ingat lagi kata-kata pak yob ....kalau ziyad lahir 6/08.. ziyad jadi baby 4 kilo..happy birthday ziyad...

McBudu said...

Muka Ziyad tu mazam mintak adik je..... kesian dia xde kawan

Pak Yob said...

Adik dia coming soon...insyaallah tahun depan.