"mini havoc" tercetus seketika di stesyen komuter ukm semalam, gara-gara air naik paras bulu kaki akibat hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba. Kebetulan aku bergegas kesana untuk "menyelamatkan" orang tua aku yang terperangkap di stesyen tu, parking kereta jauh pulak. Air memang deras sehingga menyebabkan keseluruhan bulu kaki aku kuyup, melangkah juga perlu berhati-hati, salah langkah sedar2 dah dalam longkang. Semasa tenang dulu tak terfikir pulak nak diamati betul-betul jalan tu, ada longkang atau tidak, bila dah banjir mula la nak buat "total recall"...last-last ku redah jugak jebat..tawakal je la..kalau jadi apa-apa pun aku tak kesal sebab niatku pada masa itu bukan mahu bermaksiat tapi menyelamatkan orang tua aku. Belum sempat aku sampai ke kaki lima stesyen tu aku nampak dua wajah yang memang ku kenali....tapi dengan "bertopi"kan beg plastik, rupanya diorang tu balik dari Pesta Buku Kuala Lumpur..mujur ada beg plastik buku...payung kuserahkan kepada mereka, dan aku hanya berpayungkan angin dan bayu petang itu. Mereka ku pimpin mengharungi arus banjir yang deras itu...ibarat sang Apek tukang kasut dipimpin Marjinah. Selesai "operasi menyelamat", barulah aku berkesempatan merakamkan detik itu, aku sedar ramai mata yang memandang gelagat aku...tak berminat aku nak mentafsir lontaran pandangan mereka itu, mungkin mereka fikir aku ni "poyo" pasal tengah sibuk-sibuk banjir aku sibuk dengan kamera, atau mereka lebih risaukan kamera aku akan rosak dek air hujan.




