Friday, January 16, 2015

Lampu isyarat lalulintas pertama di Kajang.

Oleh: Harith Faruqi Sidek



Set lampu isyarat pertama yang dipasang di Kajang ialah di persimpangan Jalan Besar - Jalan Sungai Chua dan persimpangan Jalan Semenyih. Lampu isyarat ini dipasang dalam tahun 1962 dengan kos RM7 ribu.


Sumber:

Trafffic Lights (1962, November 26) The Straits Times, p.7
Traffic Lights in town (1962, November 25) The Straits Times, p.13

Tuesday, January 13, 2015

Kampung Jenang, nama asal Olak Lempit.

Oleh: Harith Faruqi Sidek

Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit.

Kampung Olak Lempit dibuka sekitar tahun 1900 oleh imigran berketurunan jawa bernama Haji Sirat. Beliau menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenang, beberapa tahun kemudian ianya dinamakan semula sebagai Olak Lempit oleh penduduk kampung, bersempena dengan pusaran air yang terdapat di Sungai Langat.

Sumber:
Fearful of changes estate will bring (21 February 1989). New Straits Times.