Monday, November 29, 2010

Menunai cita-cita dan Impian di Kota Liverpool

Pengkisahan semula pengalaman saya mengikuti program sarjana bermula dengan tekad mendalami ilmu dalam disiplin pengurusan rekod dan pentadbiran arkib, khususnya arkib universiti. Sekitar bulan disember 2008, setelah disahkan layak mengikuti pengajian peringkat sarjana ke luar Negara, saya mulai “merisik” beberapa universiti luar negara, khususnya, university di dalam gugusan United Kingdom, antaranya Northumbria University (Newcastle), Manchester Metropolitan University, John Moores University (Liverpool) serta University of Liverpool. Alhamdulillah saya menerima tawaran tempat pengajian dari setiap university berkenaan, namun akhirnya saya tekad memilih University of Liverpool, kerana di Institusi inilah sebuah impian saya yang tersemat sejak dibangku sekolah lagi bakal direaliasikan, selain menunai cita-cita utama, iaitu mendakap ijazah di peringkat sarjana. Impian yang saya maksudkan itu ialah, menjejakkan kaki serta menyaksikan secara nyata pasukan bolasepak kegemaran saya, Liverpool FC beraksi di Stadium Anfield, selain peluang membuat penyelidikan di The National Archives serta merasai pengalaman berada di The British Library, kerana didalam modul pengajian di University of Liverpool, dalam semester kedua para pelajar perlu menjalankan penyelidikan di kedua-dua institusi berkenaan. Secara peribadi, dengan melalui ketiga-tiga pengalaman itu, maka saya telah menyempurnakan “rukun” sebagai seorang peminat pasukan bolasepak Liverpool, seorang arkivis serta seorang pustakawan.

Saya mendaftar pengajian di LUCAS (Liverpool Centre for Archives Studies), dibawah School of History, University of Liverpool. Apa yang menarik, kursus sepanjang 12 bulan itu hanya dikendalikan oleh dua orang pensyarah sahaja, Margaret Procter dan Dr. Alex Buchanan. Sewaktu ditemuduga melalui telefon, sangkaan saya Dr. Alex lebih berumur dari Margaret, namun realiti adalah sebaliknya. Bagi pengambilan sesi 2009/2010, hanya terdapat dua orang sahaja pelajar luar Negara, saya serta Father Wilson Piyapillay, seorang teman dari dari wilayah Kerala, India. Father Wilson merupakan seorang Paderi Katholik yang bertugas sebagai Pengarah Arkib Gereja di wilayah Kerala, India. Pengalaman bersahabat dengan Paderi ini juga menarik, mungkin akan saya kisahkan dalam waktu dan kesempatan mendatang. Berbalik kepada kisah di Liverpool, saya menetap di kediaman University, iaitu di Philharmonic Court dengan kadar sewa sebanyak 445 pound sebulan, termasuk air dan internet. Kediaman ini hanya terletak kira-kira seratus meter sahaja dari tempat pengajian saya dan yang paling membahagiakan ialah, Perpustakaan university, Sydney Jones Library juga terletak hanya bersebelahan dengan bangunan LUCAS.

Hari pertama mengikuti kelas merupakan pengalaman yang baru bagi saya, sangkaan saya suasana pembelajaran disini pastinya tidak jauh seperti di Malaysia, al-maklum saja, sistem di Malaysia kebanyakkannya adalah warisan inggeris juga, tetapi saya silap, disini segalanya harus ada interaksi dua hala, perbicangan dalam kumpulan, persembahan tugasan dan tugasasan kursus yang dinilai seperti tidak mengizinkan kami berasa selesa dan alpa. Ungkapan yang saya gunakan bagi menggambarkan pandangan saya tentang perjalanan kursus bila ada teman dan pensyarah yang bertanya ialah segalanya “Too fast, too furious”. Kursus MARM yang saya lalui dibahagikan kepada dua peringkat, peringkat Diploma dan Sarjana, jika para pelajar memilih untuk meneruskan ke peringkat Sarjana, maka mereka diperlukan menyiapkan disertasi. Cadangan penyelidikan saya pada awalnya adalah berkaitan dengan pemeliharaan bahan perpustakaan, namun sewaktu menyemak senarai tajuk disertasi yang lepas, saya dapati sahabat saya, Saudara Zailan Endin, mantan pustakawan di University Malaya telah pun menulis disertasi yang hamper sama judulnya, lalu saya fikir ada baiknya saya pilih subjek kajian yang lain. Saya mengangkat persoalan isu dan cabaran institutional repositori di perpustakaan UKM sebagai tajuk disertasi, syukur dipanjatkan buat yang maha esa, tajuk ini disenangi dan diperakui oleh penyelia saya, Margaret Procter.

Selain terkenal dengan tradisi bolasepak yang hebat, Liverpool juga sinonim dengan kumpulan pop The Beatles, maka tidak hairanlah terdapat banyak monumen serta symbol aprisiasi masyarakat Liverpool terhadap dua ikon ini, umpamanya muzium, galeri, tugu serta cenderamata. Liverpool suatu masa dahulu adalah sebuah kota yang mempunyai pelabuhan yang sibuk, maka tidak hairanlah populasinya terdiri dari masyarakat dari pelbagai keturunanan. Aktiviti pelabuhan ini jugalah yang menjadi punca dimana ramai bekas kelasi dari keturunan melayu berhijrah ke Liverpool, namun bilangan bekas kelasi ini semakin berkurangan, yang masih tinggal pun sudah diusia senja, sekitar 70an dan 80an. Saya sempat bertemu dengan tiga orang melayu awal Liverpool, secara kebetulan, salah seorang daripadanya bersaudara dengan bekas bendahari UKM, Encik Omar Ahmad. Menjalani kehidupan sebagai seorang muslim tidaklah terlalu mencabar, kerana komuniti muslim di Liverpool agak besar, asimilasi kaum pendatang dari timur tengah, afrika dan asia cukup untuk menyalakan syiar islam di bumi Liverpool. Soal bekalan makanan halal tidak menjadi soal, banyak premis menjual makanan halal, begitu juga dengan makanan lazim di Malaysia, seperti kicap bilal, belacan, makanan segera magi, Brahim’s dan banyak lagi, semuanya boleh didapati di Chinatown, dua kedai yang popular ialah Hondo dan Chung Wah. Barangan asasi selainnya boleh didapati di ASDA, iaitu rangkaian hyper market yang terkenal di UK, barangan asasi disini memang murah, dengan 20 GBP, anda sudah boleh memenuhkan troli, asalkan mentaliti “Kali duit Malaysia” ditinggalkan di KLIA.

Sepertimana kebanyakkan pelajar kelamin di Liverpool, kenderaan persendirian adalah satu keperluan, terutama bagi mengharungi musim sejuk, tak sampai hati rasanya membiarkan anak-anak digigit kedinginan meredah salji ke sekolah. Urusan jual beli kenderaan di UK amat mudah, dimana-mana anda boleh berurusan, tidak perlu salinan slip gaji 3 bulan terkini, tidak perlu salinan kad pengenalan serta tak perlu pinjaman bank. Saya membeli sebuah kenderaan terpakai jenis Ford Mondeo keluaran tahun 1999 dengan harga 600 GBP, melalui penjual yang ditemui dari laman iklan niaga atas talian, Gumtree. Bila sudah berkereta, perlu ada GPS, atau disebut juga SATNAV (Satellite Navigator), Alhamdulillah selama hamper sebelas bulan saya menggunakan kenderaan ini, ia tidak pernah meragam atau merajuk, sebelum pulang ke tanahair, kenderaan ini saya jual kepada seorang sahabat.

Biasanya kalau ditanya kepada sesiapa sahaja yang pernah bermastautin di UK, “Carboot sale” pastinya menjadi agenda tetap hujung minggu, kerana disitu jualan barangan terpakai dengan harga murah boleh didapati. “Carboot sale” memang menjadi hiburan hujung minggu kami sewaktu di Liverpool, anak-anak gembira memiliki mainan berkualiti dari jenama terkenal dengan harga serendah 20 pence, si Ibu pula memburu peralatan dapur serta elektrik yang masih berfungi dengan baik, sementara saya lebih suka “beli saja apa yang pelik dan mahal kalau di Malaysia”. Jika anda bernasib baik, sepasang kasut jenama Clarks baru boleh dibeli dengan harga 2 – 5 GBP sahaja, maka atas itulah saya sudah ada stok kasut raya untuk sepuluh tahun akan datang. baru-baru ini sewaktu berkunjung ke toko kasut “Timberland”, saya dapati kasut yang saya beli dengan harga 5 GBP, sebenarnya bernilai RM599!.

Masyarakat asal Liverpool dikenali sebagai “Scouser”, dengan telo percakapan yang berbeza dari kebanyakkan penutur tempatan di England, lazimnya sebutan perkataan itu adalah seperti mana ejaanya, umpamanya :

Perkataan Inggeris

Sebutan Scouser

Pack

Pak

Girl

Gil

Bus

Bus (seperti Bush)

Lunch

Lunch (seperti Luncai)

Black

Blak

Come here

Kum ya

Button

Bat en

Perkataan “Thank You” jarang digunakan disini, sebaliknya digantikan dengan “Cheers” atau “Ta-ra”. Masyarakat tempatan di Liverpool juga amat ramah, malah jika berkomunikasi dengan golongan wanita yang agak veteran, mereka akan menggunakan perkataan “Love”, contohnya “ Are you alright Love?” atau “Excuse me, Love”, tapi jangan haraplah ungkapan “love” itu datangnya dari mulut gadis-gadis tinggi lampai pipi merah berhidung mancung. Sementara kaum veteran lelaki gemar menggunakan perkataan “Son”, seperti “you alright, son”, bagi yang sebaya umur atau dalam kumpulan umur yang hampir, perkataan “mate” pasti digunakan, umpamanya “Cheers mate” atau “Excuse me, mate”.

Tempoh pengajian selama 12 bulan telah menyebabkan saya dua kali menyambut hari raya aidilfitri di rantauan, sambutannya sederhana, tetapi amat bermakna. Paling menarik ialah takbir raya, masjid di Liverpool diuruskan oleh masyarakan immigrant dari timur tengah, lalu amalan sepertimana di timur tengah menjadi terapan di Liverpool, khutbahnya dalam bahasa arab, begitu juga dengan alunan takbir rayanya yang jauh lari dari irama takbir yang “dilagukan” oleh masyarakat Malaysia. Oleh kerana masyarakat islam yang agak besar, maka solat raya diadakan dalam tiga sessi, jam 9, 10 dan 11 pagi. Kaedah bayaran zakat juga berlainan, jika Malaysia kita sempurnakan akad dengan sang amil yang dilantik majlis agama, tetapi di Liverpool wang zakat sekadar dimasukkan kedalam kotak atau tong yang telah disediakan oleh pihak pengurusan masjid. Bagi membiayai aktiviti keagamaan dan penyelenggaraan masjid, pihak masjid akan mengadakan kutipan derma ihklas tiap kali selepas solat jumaat, maka akan kedengaranlah petugas melaungkan ayat “ Donation for the mosque, jazakallahu khair” berulang-ulang.

Bercerita pula tentang musim sejuk di Liverpool, tahun 2010 mencatat detik menarik, kerana salji yang turun adalah luar biasa lebatnya. Mengikut pengalaman rakan-rakan yang terdahulu berada di Liverpool, tahun-tahun sebelumnya amat jarang salji turun di Liverpool, jika ada pun ibarat “renyai-renyai” sahaja. Salji yang lebat melewati jangkaan pihak berkuasa, lalu masalah penyelenggaraan timbul, seperti keputusan bekalan “Grit” (sejenis garam yang ditabur diatas jalan bagi mencairkan salji), grit inilah juga yang menyebabkan karat di badan kereta jika tidah rajin dicuci, sebab itu kebanyakkan kereta yang melewati usia 10 tahun, pasti ada kesan karat di bahagian pelindung tayar atau bawah kereta, maka bagi mereka yang berniat membawa pulang kereta dari UK, pastikan kereta anda itu bebas karat. Salji ini sebenarnya tidaklah membawa banyak kesukaran, tetapi yang bahayanya bila ia bertukar menjadi ais, ibaratnya anda berjalan diatas lapangan “Ice-Scating”, aksi manusia tergelincir dan jatuh adalah pemandangan biasa, akibatnya masa 2 minit dari rumah ke sekolah dalam musim luruh menjadi sekitar 10 minit, pemanduan kereta juga harus berhati-hati, kerana jika salah pertimbangan menekan brek dan minyak, kereta akan hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin berais.

Tanggal 29 September 2010 yang meninggalkan bumi Liverpool, jika sewaktu mula-mula berada di Liverpool, rasa rindu pada tanahair seringkali menggamit perasaan, namun bila tiba saat berangkat pulang, sayu juga mahu meninggalkan kehidupan di rantauan, lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak perkara yang dirancang belum terlaksana. Pendek kata pengalaman belajar di rantauan memerlukan hati yang cekal dan tabah, mahu tidak mahu segala rintangan dan cabangan yang dating perlu kita redah, sepertimana senikata lagu “You’ll Never Walk Alone”,

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark.

At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver
Song of a lark.

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams
Be tossed and blown.

Walk on
Walk on

With hope in your hearts
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.

Walk on
Walk on

Lagu inilah yang meniup semangat pasukan Liverpool FC tiap kali berhadapan dengan lawan. Lagu ini juga digunakan sebagai penaik semangat oleh pasukan Celtic FC (Scotland) dan Borussia Dortmund (Jerman). Sekian dahulu catatan saya, insyaallah coretan seterusnya pada keluaran akan datang.

Tuesday, June 29, 2010

Belum reda isu Penjara Pudu..kini Pak Samad pula merajuk diri.

Kata seorang Pak Menteri...."Penjara pudu ciri warisan yang bernilai.."...tambah beliau lagi "sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.".....rasanya tembok penjara yang ada lukisan mural itu pernah mencatat sejarah....nilai estetikanya juga ada...soal membentuk masyarakat....rasanya "penjara2 itu sendiri sudah menggerunkan dan memberi iktibar agar masyarakat menjauhi dunia jenayah...dan bagi yang sudah terlanjur..penjara itu juga institusi yang mendidik mereka menjadi manusia yang berguna selepas meninggalkan alam tabir besi. Nilai seni bina? tidakkah rekabentuk penjara itu sangat unik? bukan sekadar berbentuk "kotak empat segi"...apa nilai kebangsaan yang ada pada binaan A Famosa? istana Kelly?


Isu Pak Samad merajuk mahu mengabadikan khazanah seninya di New Zealand juga bertitik tolak dari tindak tanduk kementerian dibawah Pak Menteri itu juga...walaupun Pak Yob sendiri kurang setuju dengan hasrat Pak Samad mahu melayarkan khazanahnya ke negara asing, Pak Yob harap kementerian berkenaan segeralah pujuk Pak Samad...dengar hasrat hati beliau, jangan beri komen-komen yang memburukkan lagi keadaan.
Pak Samad

Tuesday, June 22, 2010

Tembok Penjara Pudu dirobohkan

Selamat tinggal Penjara Pudu......



Penjara tertua di Malaysia, Penjara Pudu nampaknya sah akan "dilenyapkan"....bangunan bersejarah yang menyimpan seribu macam kenangan dalam lipatan sejarah negara akhirnya tumpas dek desakan modenisasi. Bangunan yang didirikan dalam usia 1891 akan dirobohkan atas nama pembangunan oleh UDA. Beberapa tahun lalu Pak Yob menghadiri majlis perasmian Akta Warisan yang dirasmikan oleh menteri "warisan" pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais yatim, sehubungan dengan itu, ditubuhkan juga jabatan Warisan. Dalam majlis gilang gemilang itu para hadirin berpeluang berdialog, maka ramai juga ahli sejarah yang mewakili persatuan sejarah seluruh negara mengambil bahagian...seperkara yang menarik perhatian pak yob ialah akta ini bukan sahaja membolehkan bangunan diwartakan dibawah akta warisan, malah sumber bernyawa seperti manusia juga layak...atas definasi tangible dan untangible. Maka mana-mana sumber yang diwartakan dibawah akta ini tidak boleh diubahsuai apatah lagi dirobohkan..hatta oleh pemilik premis itu sendiri, begitulah seolah-oleh kebalnya akta ini.

Soalnya adakah jabatan warisan negara tidak mewartakan penjara pudu dibawah akta warisan yang membolehkannya dipelihara? jika dirujuk pada laman web jabatan warisan negara...memang benar penjara pudu tidak tersenarai dikalangan 16 bangunan yang diwartakan. Mungkin penjara pudu tidak layak sebagai tapak warisan kebangsaan, tetapi sebagai penjara tertua ianya wajar dipelihara kerana peranannya dalam korpus sejarah unit keselamatan negara. Pak yob sewaktu kecil memang jarang ke kuala lumpur, tetapi jika arwah datuk datang menziarah, beliau akan bawa pak yob bersiar-siar di kuala lumpur dengan menaiki bas, dalam perjalanan itu masih kekal dalam ingatan pak yob...tatkala melintasi bangunan penjara pudu, pasti akan ada susuk tubuh manusia sedang melukis mural didinding bangunan berkenaan.

Beberapa tahun lalu, apabila penjara pudu dibuka untuk pelawat, terdetik juga mahu pergi melawat, tetapi apa kan daya kesempitan waktu dan komitmen pada keluarga tidak mengizinkan hasrat pak yob. Ralat sungguh rasanya. Berkenaan komen pak menteri yang mengatakan penjara pudu bukanlah sesuatu untuk dibanggakan...pak yob tak rasa bangga pun dengan bangunan-bangunan putrajaya yang carca marba identitinya....tetapi jika bangunan-bangunan di putrajaya itu sudah mencapai usia ratusan kelak..rasanya pak yob pasti sokong kerja-kerja konservasinya.....atau perlukah kita berbangga dengan kota A Famosa yang menjadi lambang penjajahan dan keruntuhan kerajaan emas melaka? pak yob mungkin sedikit emosi...tapi itu pasti sudah dijangka dari insan berjiwa "arkib" seperti pak yob.






Tuesday, June 15, 2010

Jutawan Malaysia miliki Cardiff City FC

Jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang kini hangat ditengah perdebatan isu Lesen judi secara senyap-senyap telah melabur kekayaanya untuk sebuah kelab bolsepak di UK, Cardiff City FC, pasukan yang baru-baru ini tewas dalam perebutan play-off ke Liga Perdana Inggeris itu akan ditadbir oleh seorang lagi jutawan tanahair, Datuk Chan Tien Ghee.


Tan Sri Vincent Tan

Datuk Chan Tien Ghee




berikut adalah petikan dari Cardiffcity.com


Cardiff set for fresh investment
By BBC Sport
Thursday, 27th May 2010
Cardiff set for fresh investment.
Cardiff City shareholders are due to meet on Thursday to rubberstamp the £6m Malaysian investment to stabilise the debt-ridden Championship club.Consortium leader Dato Chan Tien Ghee is set to be named as successor to chairman Peter Ridsdale who will end his controversial five-year reign.
The new Malaysian investors are to accrue approximately 30% of the shares.
Cardiff have estimated debts of £30m and face their fifth winding-up order to settle a £1.9m tax bill on 16 June.
The Bluebirds missed out on lucrative Premier League promotion and a £90m jackpot on Saturday when they squandered the lead twice to lose 3-2 to Blackpool in the Championship play-off final at Wembley.
Top-flight promotion would have helped Cardiff pay their financial liabilities but the new investors have vowed to continue to back boss Dave Jones push for promotion.
Chan vowed to Cardiff fans after their Blackpool disappointment that the new board will "try very hard and do whatever is necessary" to ensure Jones' men are promotion chasers again next season.
Chan will officially take over as Cardiff chairman at the shareholders meeting at the Cardiff City Stadium when Ridsdale will officially step down after chairing the meeting.
No opposition to the new investment is expected at the 1000 BST meeting.
Chan, who is expected to make a statement after the meeting, has already reassured fans that manager Jones will be at the Welsh club at the start of next season as Cardiff seek stability on-the-pitch with such uncertainty off it.
Billionaire businessman Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, a Malaysian property magnate who is worth a reported £800m, is to be the power behind Cardiff's throne.
Tan is the moneyman while Chan will chair the club and new chief executive Gethin Jenkins, recruited from the Newport Gwent Dragons rugby region, will run the club on a day-to-day basis as their new chief executive.
Cardiff fans feared losing Jones if the club's new controllers began a cost-cutting exercise of selling all of their star players like Jay Bothroyd, Michael Chopra and Joe Ledley.
But the club insist they will be back Jones as the boss insisted his squad required further investment and strengthening.
"Dealings will now take place with the aim of producing a squad that will see Cardiff City Football Club again challenge for promotion next season," a club statement said.
Source: BBC Sport




Pak Yob demam....

Pak Yob demam...demam yang melanda diri 4 tahun sekali...ya Piala Dunia sudah bermula, walaupun di tanahair rancak dibualkan soal judi bola berlesen, bagi Pak Yob yang haram tetap haram...teringat pula Amy search pernah cakap " haram is haram..." tak ingat pula dia kupas isu apa time tu. Pasukan pilihan Pak Yob sememangnya England...sejak zaman 80an lagi pasukan ini memang jadi pilihan hati...aksi Barnes, Lineker, Butcher, Shilton, Bearsley, Robson dan rakan-rakan lah yang telah membuatkan Pak Yob terpaut dengan pasukan ini. Apa apapun go england...




England Boys......Big Daddy and Superboy

Teman Sekuliah

Pak Yob sekadar nak berkongsi gambar teman sekuliah bagi program Masters in Archives Management 2009/2010 (MARM) university of Liverpool.


Garden Party

Menjadi kelaziman pensyarah disini menganjurkan "Garden party" sebagai tanda tamat kuliah. 30 mei lepas, Pak Yob sekeluarga melapangkan diri menghadiri acara berkenaan di kediaman penyelia Pak Yob, Dr. Margaret Procter, kediaman beliau terletak di kawasan elit, berhampiran dengan kawasan rekriasi yang terkenal di Liverpool ini, iaitu Ooterspool park. Kami disambut ramah oleh beliau sekeluarga, ziyad dan Ira dilayan mesra. Adat orang inggeris jika ada parti pastinya ada Champagne, maka dikala tetamu lain meneguk champagne kami sekeluarga membasahkan tekak dengan jus oren, tidak ketinggalan juga sahabat Pak Yob, Father Wilson Piyapillay yang sememangnya sebagai paderi tidak menjamah makanan berunsur alkohol.




Zaheera sibuk dengan "bubble"


Tak semua rakan sekuliah yang dapat menghadirkan diri, tetapi tetap meriah, walaupun inti perbincangan masih berkisar tentang dissertasi yang sedang kami usahakan. sebelum pulang kami dijamu sandwich telur dan timun.....dapat juga melapik perut yang lapar kerana jam sudah pukul 5 petang.




Dr. Margaret Procter



Pak Yob bergambar kenangan dengan Father Wilson Piyapillay

"Cheers Mate"....

Thursday, February 18, 2010

A Library.......



"...A Library may be very large; but if it is in disorder, it is not so useful as one that is small but well arranged..." - Arthur Schopenhauer-

Monday, February 15, 2010

Morris Minor 1000

Set model kereta ni aku dapat dari sebuah "Charity Shop" di Bold Street Liverpool dengan harga 2 pound...sekali pandang aku sudah jatuh hati dengan model ini, sekaligus mengimbau babak Morris Minor putih yang dibakar komunis dalam filem "Bukit Kepong".









Salam 2010

setelah sekian lama meninggalkan kediaman ini, tetiba terdetik rasa ingin pulang bermain-main sekitar dan mengisi kekosongannya yang sekian lama menyepi. Bila dah masuk, tak tahu pula apa yang hendak dicoretkan. Minggu ini masuk minggu ketiga semester baru bermula...jadual tidak terlalu ketat, cuma tiga hari seminggu...itupun hari selasa yang penuh dari pagi hingga ke petang, cuma course work dan assingnmentnya agak "menggila" sedikit. Keserabutan yang sedia ada ditambah lagi dengan "peranan" tambahan yang diberikan selaku class representative for foreign student...kena conduct survey dan attend meetings...sungguh leceh dan "melenguhkan rahang".

Semester ni banyak lawatan keluar kawasan, wirral archive, chester records office, unilever archive dan kemuncaknya ialah lawatan ke British Library (memang menjadi idaman aku nak kesana) dan TNA (National Archive)-TNA ini dulunya dikenali sebagai PRO (Public Records Office)....masa mula2 kelas dulu aku dok sebut PRO..PRO...patut lecturer sengih sambil angkat kening..rupanya aku ketinggalan zaman.

Orang rumah dah start kerja pagi petang...so budak2 aku la yang tgkkan..bila ada kelas tu hantar rumah jiran. Ziyad dah pick-up english very well...tapi kekadang je speaking kat rumah, tapi kalau dia main sorang2 dengan action figure dia..dia akan berdialog dalam english..begitu juga bila jumpa kawan-kawan semalaysia yang memang speaking english. Zahira dah terikut sikit-sikit...belajar dengan ziyad.

aktiviti hujung minggu? jaga budak-budak...car-boot sales pun dah berminggu tak p jenguk..malas dah rasanya. tapi minggu lepas turun jugak di Cathederal Carboot Sales...dapatla tambah koleksi sikit-sikit.

jumpa lagi di lain entri..chiao.