Monday, February 13, 2006

Ziyad dah Botak....

Alhamdulillah anak aku Ziyad dah selamat di"aqiqah"kan, dalam majlis yang sama turut diselitkan tradisi "cukur rambut"...aku memang terkulat-kulat jugak dalam acara ni, maklumla takde pengalaman. Lepas habis majlis, petang tu jugak aku bawak ziyad p "mesin rambut", maka gondollah kepala putera aku tu...







Ziyad beberapa jam sebelum digondolkan....












Ziyad join "geng mahjong" ....

Thursday, February 09, 2006

Jemputan.

Aku sekeluarga berhajat menjemput rakan2 siber dan nyata ke majlis kesyukuran dan aqiqah anak aku Ziyad Faruqi pada 11 Februari 2006 (Sabtu) selepas Solat Zohor di rumah orang tua aku di Lot 1683(B) Jalan ABIM Surada, Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. Semoga kehadiran rakan-rakan akan menambahkan lagi keberkatan majlis, isyaallah.













Turut mengundang.......Faruqi Jr.

Wednesday, February 08, 2006

Al-fatihah...

S.Jibeng atau nama sebenarnya Jaafar Siddiq, seorang insan seni pergi menemui ilahi. Beliau pergi menemui maha pencipta pada usia 64 tahun. Sebagai seorang insan "istimewa" kehadiran beliau dalam masyarakat mendapat perhatian dan namanya sentiasa meniti dibibir, terutama pencinta irama "60an" seperti aku. Allahtarham S.Jibeng sudah sinonim dengan kaca mata hitam, malahan sejak kecil lagi jika berseloroh dengan kaca mata hitam, pastinya nama S.Jibeng akan disebut. Biar menjadi bahan sendaan dan sindiran, namun jauh disudut hati pelaku, semuanya bukan dengan niat merendahkan bakat beliau, malah ianya berupa apresiasi kepada seorang insan seni yang unik serta istimewa. Siapa sangka seorang penyanyi buta boleh bertahan dalam arena hiburan sekian lamanya hinggalah jasad dikandung bumi, mungkin jika industri hiburan kita sehebat Amerika, nama S.Jibeng mungkin lebih hebat dari Stevie Wonder yang juga "istimewa". Antara lagu beliau yang memang aku minati ialah Inai di Jari (antara lagu tema video kawin aku..) dan selamat tinggal pujaan dan kalau menjelang hari lebaran pastinya lagu Musafir di Aidilfitri akan berkumandang. Semoga beliau akan aman bersemadi mengadap ilahi, serta dicucuri rahmat keatas roh beliau. Alfatihah.......



Inai Di Jari

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata

( korus )
Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu-rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkeorban dalam bercinta

( ulang korus )
Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami

Monday, February 06, 2006

alkisah "one way ticket"

tengah aku menyelongkar laci meja aku yang semak macam hutan simpan bangi ni, aku terjumpa cebisan tiket kapal terbang waktu aku ke bumi kenyalang suatu masa dahulu...lantas lagu "one way ticket" terus terdendang dalam benak aku. lagu yang telah bertaraf "classic" tak pernah aku tahu penyanyi asalnya, pada aku Allahyarham Sudirman Hj Arshad adalah pemilik lagu ini kerana kali pertama aku dengar lagu ini, ianya didendangkan oleh arwah dalam satu rancangan hiburan popular RTM suatu masa dulu, Puspawarna kalau tak silap aku. Entah macam mana terdetik pula rasa ingin tahu sejarah lagu ini, kerana aku pernah dengar ianya dinyanyikan oleh penyanyi yang mungkin berbangsa eropah. Setelah sedikit penyelidikan ringkas, baru aku tahu yang lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan "Eruption".

One Way Ticket
mmmm… oohhhh … yeea yeea yeaah
One way ticket
one way ticket.
One way ticket
one way ticket.
One way ticket to the blues.
Choo choo train
tuckin' down the track
gotta travel on it
never comin' back
ooh
ooh got a one way ticket to the blues.
Bye bye love
my babe is leavin' me
now lonely tear drops are all that I can see.
Ooh
ooh
got a one way ticket to the blues
gonna take a trip to lonesome town
gonna stay at heartbreak hotel.
A fool such as I A fool such as I
There never was
I cry my tears away.
One way ticket
one way ticket.
One way ticket
one way ticket.
One way ticket to the blues.
Choo choo train
tuckin' down the track
gotta travel on it
never comin' back
ooh
ooh got a one way ticket to the blues.
Gotta go on
gotta truck on
got a one way ticket to the blues.
I gotta take a trip to lonesome town
gonna stay at heartbreak hotel
ooh
a fool such as I a fool such as I
there never was I cry my tears away.
One way ticket
one way ticket.
One way ticket
one way ticket.
One way ticket to the blues.
Choo choo train
tuckin' down the track
gotta travel on it
never comin' back
ooh yeah yeah yeah
ooh got a one way ticket to the blues.
Got my ticket...
there is no way you can deny it
I see that you're oh so sad


Saturday, February 04, 2006

Thursday, January 26, 2006

Shocking America..part I.

  • In Texas, it's against the law for anyone to have a pair of pliers in his or her possession. (koboi tak pakai playar...depa pakai pistol)
  • In Philadelphia, you can't put pretzels in bags based on an Act of 1760.(bubuh dalam mulut la kot...)
  • Alaska law says that you can't look at a moose from an airplane.(deme ramai yang gayat kot)
  • In Corpus Christie, Texas, it is illegal to raise alligators in your home. (in Malaysia alligators successflly bred but only the male one....boya darat)
  • In Miami, it is forbidden to imitate an animal. (ni kalau lan pet pet sah kena saman)
  • It is against the law to mispronounce the name of the State of Arkansas in that State. (gamaknya ramai bebudak umor setahun kena saman yek)
  • In Illinois, the law is that a car must be driven with the steering wheel. (Knight Rider takleh show off kat negeri ni...patutla main kat Los Angeles je..)
  • California law prohibits a woman from driving a car while dressed in a housecoat. (baju kelawar ngan kain batik dibenarkan)
  • In Memphis, Tennessee, a woman is not to drive a car unless a man warns approaching motorists or pedestrians by walking in front of the car that is being driven. (?????????? gilo apo...)
  • In Tennessee, it is against the law to drive a car while sleeping. (David Copperfield je buleh buat ni..)
  • In New York, it is against the law for a blind person to drive an automobile. (exemption for color blind person)
  • In West Virginia, only babies can ride in a baby carriage. (dah namapun baby carriage...takkan tergamak nak suruh jiran sebelah tumpang kete duduk dalam menatang tu kot..)
  • In Georgia, it is against the law to slap a man on the back or front. (gamaknya jepun pun kurang kat negeri ni)
  • A barber is not to advertise prices in the State of Georgia. (marah tuk Shafie afdhal ni....)
  • In Louisiana, a bill was introduced years ago in the State House of Representatives that fixed a ceiling on haircuts for bald men of 25 cents.(gunting bulu ketiak ngan bulu kaki je kot)
  • In Oklahoma, no baseball team can hit the ball over the fence or out of a ballpark. (patut skang dah banyak indoor game...)


Something from the cybernet

This is an anecdote pinned on the noticeboard of the dietetics department at Monash University, Melbourne:(not sure its true or somebody trying to be funny)

NUTRITION FACTS
Japanese eat very little fat and suffer fewer heart attack than theAussies, British or Americans.


Mexicans eat a lot of fat and suffer fewer heart attack than theAussies, British or Americans.

African drinks very little red wine and suffer fewer heart attack thanthe Aussies, British or Americans.

Italian drink large amount of red wine and suffer fewer heart attackthan the Aussies, British or Americans.

Germans drink a lot of beer and eat lots of sausages and fats andsuffer fewer heart attack than the Aussies, British or Americans.


CONCLUSION
Eat and drink what you like. Speaking English is apparently what kills you


Wednesday, January 25, 2006

Rokok dan nilai akhlak

Benarkah jika kita seorang perokok, kita bukan dari golongan yang nilai akhlaknya dipersoalkan. Aku sangsi dengan kelaziman masyarakat mengaitkan perokok dengan tingginya nilai budi dan akhlak. Pernah beberapa kali, termasuk kes yang terbaru, ahli keluarga seorang mangsa pukul mendakwa anaknya seorang yang baik, TIDAK MEROKOK. Adakah maksudnya anak beliau baik kerana tidak merokok atau anaknya baik dan tidak merokok. Aku juga bekas perokok dan aku faham hati seorang perokok dan kini aku cuba fahami pula hati seorang yang tidak merokok, tapi yang pastinya aku bukan seorang anti-perokok. Jiak diperhatikan senario masakini, merokok yang boleh aku anggap sebenarnya umpama budaya, sudah makin susut penganutnya. banyak faktor yang menyumbang kepada pengurangan bilangan insan yang berbudaya merokok ini, antaranya sudah pasti dasar fiskal yang anti-perokok selain kempen global yang mula mengenepikan pengeluar-pengeluar tembakau dari hampir semua aktiviti sosio-ekonomi. Jika kita imbau kembali zaman-zaman era 60an-70an, rokok itu adalah lambang lelaki sejati, majoriti kaum adam era itu adalah perokok, malahan hampir semua lokasi dibenarkan merokok. Dalam panggung wayang boleh merokok, kakitangan kerajaan boleh bermesyuarat sambil jari mengkapit puntung-puntung rokok, malahan di meja pejabat pun ada bekas abu rokok yang memudahkan mereka merokok bila-bila masa mereka ingin. Jika kita lihat ikon-ikon dunia perfileman, pastinya akan ada poster publisiti mereka bersama rokok, lihat sahaja poster John Wayne, James Dean dan remaja-remaja era 70an pastinya tertarik dengan gaya John Travolta yang merokok dalam filem "Grease",malahan wira-wira filem tempatan juga tidak ketinggalan dengan imej ini. Tapi adakah benar manusia boleh terpanggil untuk merokok kesan dari pengaruh imej-imej ini?, Aku teringat zaman persekolah aku, pada ketika sedang menunggu bas, aku lihat seorang wanita tua sedang merokok, wannita tua itu kemudiannya menyapa seorang wanita muda disebelahnya, mereka kemudiannya berbual tanpa aku ingat butir-butir perbualan mereka, sehinggalah wanita muda tadi bertanyakan tentang fiil merokok wanita tua tadi. Aku hampir ketawa besar mendengar jawapan balas wanita tua itu, beliau mengatakan yang beliau merokok pada awalnya dengan tujuan menghalau nyamuk, tapi akhirnya fiil itu terus lekat sehingga ke hari itu, adakah jujur jawapan wanita tua itu, aku tak pasti yang pastinya aku pada masa itu belum lagi membudayakan merokok ini. Dalam kes aku, aku harus mengakui yang aku mula merokok bukan kerana terpengaruh dengan imej-imej di layar perak, sebaliknya dengan jiwa yang lemah aku terpengaruh dengan fiil rakan sebayaku yang majoritinya adalah perokok Mungkin aku ibarat mengikut pepatah inggeris "If you can't beat them, joint them"..,tapi aku sesungguhnya tidak setuju jika golongan berbudaya merokok ini dianggap rendah nilai akhlaknya kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi mereka merokok dan adakah mereka yang tidak merokok itu berakhlak tinggi? adakah akhlak aku semasa berbudaya merokok rendah dari akhlak aku yang kini tidak lagi merokok? ...entahlah.. tapi yang pastinya aku tidak mahu lagi berbudaya merokok.















Kawanku "Charles Darwin" juga seorang perokok

Monday, January 23, 2006

Jenama vs Kualiti

Baru-baru ni aku tertarik dengan sebuah segmen di corong radio sebuah stesyen milik swasta yang ditaja oleh satu jenama yang tak pernah aku terfikir akan mampu menaja sebuah segmen di radio swasta. Jenama barangan elektrik ini begitu sinonim dengan sebuah hypermarket, deretan barangan dari jenama ini tersusun rapi di seksyen barangan elektrik premis-premis dagangan milik "orang asing" ini. Lalu terlintas di fikiran aku, adakah jenama ini telah berjaya menguasai pasaran sehingga memperolehi laba yang berkoyan-koyan nilainya sehingga mereka mampu berjinak-jinak dengan publisiti telekomunikasi ini. Atau mungkin syarikat ini baru mengalami penstrukturan semula kakitangan, lalu langkah menaja satu segmen di corong radio merupakan revolusi idea pengurusan baru?. Mulanya aku tersenyum sendiri mengenangkan satu jenama yang bukan dalam kelas "elit", malahan nama jenama ini turut tersulam pada pakaian produksi negara jiran seolah seperti tidak ada rasa segan menonjolkan jenama mereka seolahnya jenama mereka sehebat jenama "besar" seperti Samsung, Toshiba, Panasonic,Hitachi malah taraf mereka aku rasakan belumpun mampu bersaing dengan jenama tempatan seperi ELBA. Kemudiannya aku terfikir, mungkin aku adalah golongan mereka yang dangkal fikiran kerana hanya melihat pada jenama, siapa kenal Samsung, Panasonic atau pioneer pada tahun-tahun sekitar 70 an dahulu? mana jenama yang pernah menjadi "elit" satu ketika dahulu, umpamanya Zanussi, Electrolux, malahan Singer yang mulai pudar dari pasaran awam. Aku mula menjejaki jenama ini dengan sedikit penyelidikan ringan yang sempat aku lakukan, hasilnya syarikat ini usianya sudah mencecah 12 tahun, syarikat milik Jepun ini rupanya mempunyai produksi barangan yang berbilang setanding dengan jenama "gergasi" yang "elit" itu. Aku mula kagum dengan jenama ini, cuma masih ada rasa sangsi akan perihal kualiti produksinya kerana secara jujur aku belum pernah memiliki walau satupun produksi jenama ini. Aku harus mengaku yang aku ada memiliki produksi jenama tidak "elit" yang lain, kualitinya bagus, malahan dari beberapa aspek ianya lebih efisien dari jenama yang tersohor itu tapi yang pastinya harganya jauh lebih rendah. Mungkin disini timbulnya pertimbangan "bijak" sebagai seorang pengguna, niat kita sebagai pembeli, cuba kita renungkan kembali, berapa ramai pengguna membuat pertimbangan " harga murah+kualiti=berbaloi ", rasanya lebih ramai paksi pertimbangannya " Jenama tersohor+kualiti+harga yang mahal+riak+trend masakini+..........." . Atau lebih ramai yang hanya melihat pada jenama semata-mata? golongan "brand concious" inilah sebenarnya yang mengapungkan harga barangan sehingga adakalanya seperti tidak masuk akal, sebenarnya tidak salah menjadi seorang yang "Brand Concious" malahan golongan ini sudah ada penandaarasan atau bench-marking dalam menilai sesuatu barangan, asalkan tidak mengenepikan aspek kualiti.Memang wajib kualiti harus diangkat sebagai aspek "pokok" dalam soal berkaitan "kuasa membeli" ini, namun seperti pepatah melayu "Mengukur Baju di Badan Sendiri", "kalau Kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"....atau ramai yang lebih gemar bersifat "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan" yang akhirnya akan membawa kepada "Ayam menang, kampung tergadai"....alahai pengguna, sampai bila harus hidup dengan ideologi "biar papa asal bergaya", apa kejadahnya zahirnya hidup ibarat hartawan, tapi bernafas pun berbau hutang.....fikir-fikirkanlah...

(Perhatian: Artikel ini sesuai untuk golongan kelas pertengahan atau kakitangan awam gred 44 kebawah sahaja.."Edisi Tak Siasat")

Thursday, January 19, 2006

Sehari di Singapura....

Tanggal 16 Januari 2006, separuh hari aku habiskan di Kota Singapura. Bukan berjalan "makan angin" tapi atas kapasiti tugas rasmi dalam rangka projek penandaarasan (benchmarking). Dasar "pandang ke Singapura" ni difikirkan sesuai memandangkan negara jiran ini sememangnya telah menetapkan "standard" yang tinggi dalam menawarkan perkhidmatan awam. Aku berpeluang melawat tiga institusi awam Singapura, iaitu National University of Singapore, Nanyang Technological University dan National Library Singapore. Hasil lawatan mendapati memang institusi ini punya aras yang lebih tinggi dari segi kemudahan fizikal dan automasi dari kami. Tapi aku percaya, kemajuan yang mereka kecapi juga didorong oleh kemewahan kewangan yang mampu dicurahkan oleh kerajaan Singapura. Sebuah negara kecil yang berteraskan industri pemasangan memang tidak boleh dinafikan kemajuannya. Mengimbas kembali sejarah singapura Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran di situ.
Selain daripada itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur.
Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum kedatangan Imperialis Inggeris. Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan oleh imperialis inggeris, maka lenyaplah khazanah warisan dek "kejahatan" kuasa imperialis. Hairan juga, bagaimana seorang Inggeris bernama Stamford Raffles boleh menjadi begitu dominan dalam sejarah Singapura, walhal dahulunya singapura adalah dibawah Kesultanan Johor.









don't know where 2 go...no Sing Dollar...no shopping spree...huh!








Masjid Sultan....islamic heritage...









Purple Getz????....singapore version only aaa??

Arab Street.....where money lives and gone...









Restoran Zam Zam....."marvelous" Murtabak and Teh Sarbat...




Sebelum aku sampai, memang ada bisik-bisik yang mengatakan singaporean ni sombong sikit, tapi ternyata aku yang dibisikkan kepada aku tu hanya bisikan mitos, rombongan kami mendapat layanan yang baik, malahan dijamu sampai tak cukup perut.Sebelum berangkat pulang kami sempat dijamu murtabak di Restoran Zam-Zam, aku rasa aku tak pernah jumpa Murtabak seumpamanya di Malaysia, memang berbeza...harganya? aku tak pasti kerana ianya ditaja oleh seorang budiman singapura. Selesai bersantap kami hanya berlegar-legar di sekitar masjid Sultan memandangkan kebanyakkan ahli kabilah yang lelaki tidak membuat tukaran matawang. Berbeza pula dengan yang wanita, walaupun dalam jadul lawatan tiada agenda "shopping spree" ternyata ianya ada dalam jadual mereka. Namun teringatkan isteri tersayang kat rumah aku gagahkan juga kaki ini ke kaunter "penggurup wang", note RM50 aku hulurkan...sayu hati bila yang dikembalikan hanya $21 Singapore Dollar. Duit sudah ada dalam tangan, tapi aku tak tahu apa nak dibeli....rata-rata kedai sudah pun menamatkan waktu perniagaan, yang ada hanya kedai-kedai saudagar kain berketurunan india atau arab. Apa yang boleh aku dapat dengan $21 Singapore Dollar dalam kantung kocek....minyak wangi? tak mungkin, mungkin minyak attar yang selayaknya. Akhirnya aku nekad menjengah sebuah toko kain di hujung Arab Street, sehelai "Shawl" menangkap pandanganku, apatah lagi kain yang sama berkos ratusan ringgit di kota kuala lumpur, setelah membelek beberapa helai yang lain untuk kepastian tiada yang lebih menarik, aku terus "berakad" membeli "Shawl" tersebut dengan harapan dapat menggirangkan hati sang isteri tatkala menyambut aku pulang kelak. Tapi hati aku tetap tidak selesa kerana gagal mendapatkan sebarang oleh-oleh untuk anak kecilku serta temanku Saudara Termizi memandangkan tiada lagi toko yang dibuka, kecuali semuanya berdagangkan kain, harap mereka tidak ambil hati. Bagi diriku tiada yang lebih bernilai selain pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba dari lawatan ini.

Monday, January 09, 2006

Raya Haji daa....

Maaf Zahir dan Batin dipinta dari teman-teman blogger, Mr.Mangga, BudakBudu, Sarajiha, Padikampung dan lain-lain yang mengenali kami.

Friday, January 06, 2006

kita dan OKU

Kebelakangan ini di kaca televisyen sering diudarakan iklan tentang OKU (Orang Kurang Upaya), masyarakat "istimewa" digesa mendaftar secara rasmi sebagai Orang Kurang Upaya. Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2005 telah memberi perhatian khusus kepada golongan ini. Kerajaan prihatin terhadap golongan OKU serta sentiasa memastikan mereka dapat bersama berperanan dalam usaha pembangunan negara. Lebih banyak kemudahan mesra OKU akan disediakan seperti kawasan barrier-free, kemudahan ICT dan assistive technologies. Juru bahasa isyarat akan ditambah untuk membantu golongan kurang upaya pendengaran dan percakapan. Bagi memastikan kesemua OKU menerima kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, kempen mendaftar OKU akan diperhebatkan. Kerajaan juga mencadangkan pelepasan cukai tambahan bagi OKU dinaikkan daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit. Bagi pasangan yang kurang upaya pula, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai tambahan yang kini diberi sebanyak 2,500 ringgit dinaikkan kepada 3,500 ringgit.
Program Pemulihan Dalam Komuniti bertujuan membantu OKU menjalani program pemulihan kecacatan dan pembangunan dalam keluarga dan komuniti agar dapat berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Kerajaan sedar tidak semua ibu bapa mampu menghantar anak kurang upaya untuk mendapatkan pendidikan khas ini. Bagi meringankan beban dan membolehkan kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan yang sewajarnya, Kerajaan mencadangkan supaya elaun bulanan sebanyak 25 ringgit seorang diberi kepada pelajar kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti dan Sekolah Khas kelolaan pertubuhan sukarela kebajikan. Kerajaan ingin memastikan bahawa institusi pemulihan dan perlindungan menyediakan makanan dan minuman seimbang kepada penghuninya yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, warga tua dan OKU. Kerajaan amat prihatin ke atas kebajikan penghuni institusi ini dan mencadangkan supaya perbelanjaan makanan dan minuman harian mereka dinaikkan daripada 3 ringgit 90 sen seorang kepada 8 ringgit seorang.
Tetapi itu semua adalah peranan dipihak kerajaan, bagaimana pula golongan massa yang membentuk komuniti kita? adakah kita sedia berkorban untuk golongan ini? adakah kita benar-benar ikhlas dalam membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik?, saya cukup meragui kesediaan kita insan normal dalam memudahkan kehidupan golongan OKU, sebagai contoh, jika kita prihatin mengapa kita sewenangnya meletakkan kenderaan dipetak letak kereta yang disediakan untuk golongan ini?, jika kita simpati mengapa kita "cerobohi" tandas-tandas yang disediakan untuk golongan OKU? jika kita penyayang mengapa bila terlihat sahaja golongan ini, mengapa kita sebolehnya menjauhkan diri?....kita boleh bangga dengan kemajuan ICT di organisasi kita, tapi adakah kemudahan untuk OKU ini kita sediakan atau dinaiktarafkan? berapa banyak institusi keilmuan yang menyediakan bahan ilmiah dalam sistem Braille atau kemudahan yang seumpamanya bagi membantu golongan mahasiswa OKU? adakah memadai kita bertepuk tangan tanda kagum sewaktu mereka menaiki pentas menerima golongan ijazah? tahukah atau sedarkah kita derita dan onak duri yang terpaksa mereka tempuhi demi memiliki ijazah tersebut? sepatutnya "harga" ijazah yang mereka terima lebih bernilai di pasaran kerja, tapi hakikatnya "Sijil Am Pelajaran" jauh bernilai di mata majikan-majikan yang tidak prihatin.
Ingin jugak aku tanyakan berapa banyak pusat membeli belah yang kononya berbintang2 tarafnya itu menyediakan kemudahan yang sempurna untuk OKU? dari segi mobiliti mereka? adakah mereka harus terus bergerak dari satu aras ke satu aras dengan menggunakan lif? mengapa tidak semua Pusat membeli belah atau bangunan kerajaan menyediakan kemudahan eskalator landai sepertimana yang terdapat di Alamanda, Putrajaya? bukankah ianya lebih mudah dan pantas?. Inilah hakikat citra sebahagian dari masyarakat kita yang "bertamadun", kita selalu marah bila hak kita dicabuli atau diabaikan, mungkin kita akan hanya sedar bila kita sendiri ditakdirkan terpaksa mendaftar sebagai OKU...fikir-fikirkan lah...

Google's Braille

yesterday i'm on the net searchin an info on "electonic archive" from the internet, i favour Google as my "prime" search engine..somehow i get stunned when the Google's logo looks too different...a dots in blue, green, yellow and red, but i don't bother to know why that sign lookin like that. This morning while cleaning Ziyad's "pooh!" , this guy on tele's "Malaysia Hari Ini" shared the same experience, but he knows why it happens....yesterday was Louis Braille's birthday, so google decided to change their logo as a sign of appreciation to Louise Braille, no wonder the letters are in dots (just like M&M)....i'm not familiar with this Braille system and how it represent letters which i assumed aRoman Alphabet...but i do heard that there's also aversion for Japanese and arabic letters.







Google's Braille









Louise Braille


Tuesday, January 03, 2006

KIcap Tamin dan Bola

aku terkejut bila tengok "live telecast" bolasepak Super League Malaysia, MPPJ vs Perak...apa yang membuat aku terkejut dan kagum ialah kedapatan papan iklan yang tersusun rapi digigi padang tu ditaja oleh "Kicap Tamin"...aku mula2 tak perasan, bini aku yang perasan...ini satu perkembangan yang membanggakan dan perlu dicontohi oleh ramai lagi gergasi korporat tempatan. Tentang perlawanan malam tu, MPPJ yang di "branded" as Chelsea of Malaysia come out as the winner, but the game did't end smootly as a fracas sparked when Perak's Captain, Ahmad Shahrul Azhar was eliminated from the match for unprofessional foul on MPPJ's Import player, Rashid Zmama who being hail from Egypt. Actually that was the climax, Perak players seems to be frustrated by some poor judgement by match official, especially the referee, Manjit Singh. The match was even, it can go either way, both team enjoy a good football that night, but not for some players, most notably, Yusri Che Lah can be branded as a "over-acting" players, he can be a good choreographer one day..always fooling the referee with his play-act...so disgusting...it gave the game a bad name..

Friday, December 30, 2005

Kreatif, Bakat dan ....

aku baru balik minum pagi dengan Mr.Mangga, so we shared a lot of opinions on some cases, then the chatting session turns to "heated" discussion when we throw our thoughts on "Creativity".....Mr. Mangga bombarded me with tons of his "very own" idea...then he gets the counter attacks..but finally we found the "Titik Persamaan", so both agreed that creativity lives in various forms...its too wide to be define. Mr.Mangga stands firmly with his "Phylosophy" that Drawing is the key to developing a creative minds, basically i do agree with him, so he cannot get mad at me...he..he..but for me there's thousands of "tools" than can helps developing a creative mind..of course Mr.Mangga agreed on that too....so that's it we a get a "deadlocked" and a "win-win" situation...pada aku kreatif ni adalah suatu yang memang dimiliki oleh semua insan, tidak ada insan yang tidak kreatif....dan tidak ada insan yang boleh mendakwa dirinya lebih kreatif dari orang lain...cumanya mungkin pulangan daya kreativiti antara mereka itu berbeza, sebagai contoh kreativiti seorang pelukis dan kreativiti seorang peniaga..seorang pelukis mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan lukisan hingga mencapai taraf "state of the art", tapi mungkin kreativitinya dalam kaedah bagaimana memasarkan lukisan itu tidak setinggi kreativiti seorang peniaga. Adakah seni itu kreatif? kita boleh menyanyi sebijik macam suara siti nurhaliza itu dikira kreatif? kita mampu memandu laju seperti Fernando Alonso (Schumacher dah out of date..) itu kreatif? atau kita tak pandai melukis bererti kita tidak kreatif? kita tak pandai bermain alat muzik kita tak kreatif? atau adakah bakat itu datangnya bersama kreatif? bolehkah bakat itu berkembang tanpa ada daya kreativiti? mampukah kreativiti direalisasikan tanpa bakat? , semua persoalan ini pastinya mengundang pelbagai jawapan yang berbeza. Ada insan boleh berfikir secara kreatif, tapi tidak mempunyai bakat untuk merealisasikannya tanpa bantuan insan lain...contohnya Jurulatih bolasepak kreatif dalam merencanakan strategi tapi mungkin dia sebenarnya bukan seorang pemain bolasepak yang berbakat, begitu juga pemain bolasepak yang mempunyai kemahiran yang tinggi tapi jika dia tidak kreatif dalam mengkoordinasikan pergerakkannya dalam padang mungkin dia tidak dianggap sebagai seorang pemain yang kreatif dan boleh dipersoalkan adakah dia benar2 seorang pemain yang berbakat? atau adakah kreativiti kita hanya boleh diperakui oleh pihak lain? siapa sebenarnya yang berhak melabel seseorang itu kreatif atau tidak? Mengapa kreativiti itu lebih diperakui dalam bidang seni? mengapa seorang ketua jabatan yang jabatannya berjaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan jarang kedengaran dilabel sebagai seorang yang kreatif? so pada aku semua insan itu ada daya kreativiti masing-masing, cuma bidangnya yang berbeza.

Thursday, December 22, 2005

Tokey Jam....

hari ini aku terima 3 anugerah......setiap anugerah tu berupa seutas Jam tangan...so semua sekali aku dapat 3 utas jam tangan....apa aku nak buat dengan jam tangan lelaki banyak2 tu...kalau lain2 model takpa...nasib baik ada sorang staff perempuan yang dapat 2 anugerah...so aku tukar ngan dia satu jam pompuan....dapat la aku 2 jam tangan lelaki ngan 1 jam tangan perempuan....bolehla aku "hadiah"kan pulak kat bini aku....anak aku si Ziyad tu satu..so cukupla dapat sorang satu ..he..he..















Ada rupa tokey jam tak? ke tukang jam....















Aku dengan jam2 "free" ku....he.he..

Tuesday, December 20, 2005

Ziyad in da house.....















i believe i can fly....i believe i can touch that flies....
















Miss flies...can't keep my eyes off of you..yummy..yummy
















gulp!!....mummy's coming...
















what are you lookin at? i'm not another aflin shauki wannabe




Monday, December 19, 2005

Syukur...Alhamdulillah....



aku baru terima tiga pucuk surat dari pihak pengurusan. Alhamdulillah...penghargaan yang bakal aku terima ni akan aku jadikan pendorong untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik....semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.. kepada semua pihak yang terbabit dalam penghargaan ini diucapkan setinggi terima kasih. Terima kasih juga kepada semua kakitangan sokongan yang banyak memberi kerjasama dan bantuan....


Friday, December 16, 2005

Kroh...aku merinduimu..

Bila balik ke Perak minggu lepas aku terkenang balik (aisehhh…ni kang Mr. Mangga mula la nak start bersiri2 cite kenangan dia pulak ni kang…he.he..) aku dah lama tak balik ke Kampung aku kat Kroh, Pengkalan Hulu….nun jauh ni hulu..kira aku ni keturunan orang hulu la yek…he..he…telling the truth, sampai saat ini kalau aku melemparkan pandangan aku ke arah gunung di kejauhan itu, aku seakan terbayang2 kampung aku disebalik gunung2 tu…

Aku ni dulu memang manja dengan Datuk aku belah mak…maklumla cucu sulung la katakan…kemana dia pergi aku mesti dikeleknya dengan moto…kalau korang penah tengok camna orang kampun gbawak berok naik moto..camtu le grupanya aku naik moto ngan datuk aku tu….kambing2 dia semuanye menjadi tunggangan aku…kira cam wild wild west la kehidupan aku kat kampong tu….kat umah datuk aku memang takde TV…radio pun yang jenis main piring itam yang saiz kecik tu..radio tu pelik sikit pasal dia dalam bentuk “Briefcase”….radio Malaysia susah nak dapat tapi kalau “sabai sabai” memang clear water la….maklumla dah selangkah lagi ke siam. Kat kampong aku tu memang dulu banyak komunis….ye kalau tak takkan Chin Peng bawak berunding kat Baling…dekat sekoleh mak aku tu…so boleh dikatakan konvoi askar dengan kereta perisai kerap lalu lalang depan rumah atuk aku..tiap2 kali tu la aku mesti berkejor ke tingkap nak menyaksikannya…

Kat kampung aku tu ada kolam air panas…selalu gak makcik aku bawak p mandi ada satu kali tu kononnya nak camping la…dia siap buat sandwich lagi…tapi taruk dalam beg plastic….kitorang pun mandi la..lepas mandi ingat nak pekena sandwich…rupa-rupanya ada rombongan “Tok Janggut” dengan berseleranya membaham sandwich2 kitorang tu…kalau aku dapat la kambing2 yang makan sandwich kitorang tu..memang aku sembelih buat inti sandwich!!!…masa kecik aku cukup suka pakai baju askar…tapi bukan askar Malaysia….askar siam…pasal kat Pekan Kroh dan Baling (ni le pekan yang terdekat) banyak jual baju ni…lagi satu kuda plastic warna oren yang beroda tu…ntah berapa kali datuk aku belikan…asal beli je mesti tercabut roda…

Dialek kampung aku ni tak macam orang belah2 teluk ensen (kampung Mr.Mangga) atau Ipoh….dialek kampung aku ada “mixture” kedah ngan kelantan….silap dengor ingat orang kelantan…umpamanya istilah “mu” untuk awak, “kelik” untuk balik, “Ghoyak” untuk cakap….tapi ada jugak istilah2 yang tersendiri seperti “tak rok” bukan tak rock..tapi maksudnya Tak Larat, “Tebulah” untuk clumsy. Datuk aku keturunan melayu Pattani, so bila time raya tu ramai la suku sakat aku dari Pattani datang rumah…diorang ni cakap melayu pun bunyi semacam je…ntah le…aku masa kecik kalau ke seberang tu takat sampai ke Betong je….takde apa yang menarik sangat…cam budakbudu cakapla..balik2 toto…tapi aku heran gak..kenapa tilam tu namanya toto?

Memang banyak kenangan yang aku rindu sangat nak rasa kembali…Angin malam yang sejuk menggigit…mesin getah kat dalam kebun getah belakang rumah datuk aku…Kedai Haji Dong…Tasik Raban….aku kalau balik kampung lalu Gunung Paku…memang konfem..muntah berbekas-bekas…tapi yang menariknya ialah kereta2 kabel yang bawak bijih timah melintas atas kepala…kemudian orang asli dengan bakul2 rotan….ada jugak kumpulan askar sedang berlatih….diorang ni kalau penat selalu mandi kat mata air kat gunung tu….hmmm entah la..makin lama aku cerita makin rindu rasanya aku kat Kroh, Pengkalan Hulu, Baling, Tasik Raban, Kuak Hulu,Lenggong, Gerik, Rest House Taiping, Rest House Kuala Kangsar, Royal Casaurina, Tambun Inn…….satu hari nanti aku akan kembali….insyaallah….”Tahun Melawat Perak” bersama Mr.Mangga.

sign board...dah dan dekat dah ni....

Wednesday, November 16, 2005

Hari Raya Mamat Khalid

Raya kedua aku berkesempatan menonton rancangan “Track Celebrity” versi raya punya…kisahnya si budak Jimmy p travel ngan brader Mamat Khalid (pengarah filem careka yang kelakor tahap maksimum). Diorang p menjejak kembali kenangan Mamat Khalid hidup sebagai perantau di Negara Jerman Barat (waktu tu tembok berlin ada lagi)….memang manarik la brader mamat ni punya pengalaman hidup….ditambah lagi dengan gaya beliau bercerita…gagap-gagap slang perak…teringat kat member aku si Mangga. Aku mula kenal mamat khalid ni sejak dia jadi pengkritik AF je..sebelum ni haram tak kenal pun…tapi sebenarnya karya-karya dia ni telah lama tertaut kat hati aku…ye la, sampai sekarang ni asal ada nak wat rombongan aje..mesti ada mulut-mulut lawak yang menyebut “rombongan cik Kiah..”….selepas drama tu tiap2 kali raya mesti ada Drama arahan Mamat kat NTV7…jalan ceritanya mudah…kisah kehidupan harian..tapi cara beliau menghidupkan watak dan situasi menyebabkan cerita itu menarik dan kelakar. Drama “Hari Raya Abdullah Rafee” juga cukup menarik…pengalaman hari raya zaman 60an diimbas kembali…zaman hirup ais kepal….ngan kedai ais yang jual ais berbalut surat khabar / tahi papan. Drama lain arahan Mamat yang aku “layan” cam Jiran, Pinang Durian, Pukul 2 Petang, Mat Nor Khusairi & The Velvet Boy dan Filem Lang Buana…..projek beliau yang belum ditayangkan lagi ialah “Man Laksa”, filem ini diadaptasikan dari pengalaman Mamat sendiri di zaman Kanak-Kanak beliau….aku rasa Mamat ni pun suka cerita kenangan jugak la…macam Mr. Mangga gak…maklumla sekapai.. Aku juga baru tahu yang Mamat Khalid ni adik bongsu kepada “Lagenda” Kartun Malaysia..Datuk Mohammed Nor Khalid a.k.a Lat.

Mamat Khalid...

ekstrimis politik

lama tak "memblog" lepas raya ni...ada kawan tu asyik dengan ber"kenangan "yang tak sudah..cam lagu Ibnor Reza lak.."Mimpi Yang Tak Sudah"....sedap lagu tu. aku bukan apa..lepas2 raya ni "momentum" untuk memblog tu cam sedikit terjejas..ditambah pulak dengan timbunan kerja hakiki dan kesibukan proses berpindah ke "sarang" baru. Hari ni aku cam diberi kekuatan untuk me"rejuvenate" blog aku ni, so as a "kick start" balik, aku nak tunjuk kat korang gambar sorang "malaun" yang pernah mengkucar-kacirkan tanahair kita, tapi aku percaya "malaun" ini juga menjadi antara faktor yang tak mengapa "orang putih" jadi "panas punggung" kat Malaya, lalu dengan rela hati menganugerahkan kemerdekaan kepada Malaya pada masa itu. Jangan ada yang marah lak dengan apa yang aku cakap ni.....ada kebenarannya, rakyat Malaya pada masa itu semuanya berjuang untuk menuntut kemerdekaan...tak kira apa landasan sekalipun..matlamatnya untuk Merdeka dan membina kerajaan mengikut ideologi dan sistem mereka sendiri..tak kiralah sama ada KMM (Kesatuan Melayu Muda), UMNO, PAS, Hizbul Muslimin or PKM....tapi jangan buat2 lupa, ada pejuang melayu yang tak lebih dahulu bersabung nyawa menentang penjajah dan memelihara kedaulatan raja melayu...Dato' Bahaman, Dato' Sagor, Dato' Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dol Said, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi....tapi of course British sebelum "angkat kaki" menyerahkan tampok pemerintahan kepada "golongan" yang boleh "berkompromi" dan sedia mengadaptasi corak dan warisan inggeris dalam sistem pemerintahan...yelah..rasanya kalau semua pejuang kemerdekaan enggan "berkompromi" rasanya tak merdeka lagi kita kot. Maka "golongan" yang "terpilih" itu mula pukul canang yang merekalah "The Sole" pejuang kemerdekaan...ini tak betul dan tak patut...sejarah tetap sejarah...semua pejuang ada memainkan peranan...yang bernasib baik terus hidup untuk menghirup udara merdeka...yang terlebih dahulu dipanggil mengadap Allah yang esa insyaallah ada ganjarannya kerana "Hubbul watan minal iman"...sayangkan negara merupakan sebahagian daripada iman...kengkadang aku pun tak paham politik ni...sebab itulah aku benci politik...tapi benci tak bermakna aku tak mengikuti hal-ehwal politik ni....kesimpulan yang aku dapat, perpecahan masyarakat melayu bukan atas sebab semangat kenegerian atau rumpun kaum tapi atas fahaman politik yang ekstem...semua benda boleh di politikkan..warna, Agama,pakaian, gaya percakapan, bahan bacaan dan banyak lagi....kitakan seagama dan sebangsa..."la yukminu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsih"...tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak mengasihi saudara-saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri....jadi kasihlah saudara2 kita, jangan jadi ekstrimis politik....jangan kerana politik suami isteri bercerai berai, anak2 pulaukan orang tua, saudara mara putus hubungan, saudara sebangsa dan seagama berpecah belah.....berpakatlah di jalan yang diredhai Allah.


Ching Peng (1998)...gambar ni aku "copy"
dari blog sorang wartawan Sin Jew Jit Poh.

Friday, October 28, 2005

Aku dan kenangan.....

Mengenang kembali zaman kanak-kanak memang seronok, aku memang rancak sampai tak ingat dunia kalau jumpa kawan2 yang dapat mengenang kembali cerita2 zaman dulu-dulu.Zaman aku kanak-kanak dulu personaliti t.v yang masih aku ingat pada era tersebut seperti Taufik Latif (populariti ketika itu setaraf Aznil Hj Nawawi), Hashim Embi, Harjit Singh Hullon, Ahmad Dassilah, Wan Chik Daud, Kamaruddin Ahmad,Salassiah Zakaria, Wazata Zain ngan dia punya “Jalut” ,Rahim Razali.

Pelawak yang aku minat Yahya Sulong , R.Jaafar (trade mark dia “Puih...”), Ayappan (aku suka stail dia gelak, memang tak jumpa dah la), Badul, Hamid Gurkha (paling aku minat ), Param pendek, Jamali Shadat ngan suara “Atan” dia, Ibrahim Pendek, Amran Kenit, Kamal Pendek, Tawil

Filem melayu masa tu cam Prebet Lapok, Setinggan (Seram wooo..), Si Luncai, Adik Manja (Adibah Nor ngan dialog “Panggil saya....Cikgu Bedah”), Darah Satria (Asal hari pahlawan je mesti tayang..aku suka lagu intro dia), Bukit Kepong (Filem kegemaran aku sepanjang zaman),
"Si Luncai" "Prebet Lapok"

Penyanyi yang aku ingat top masa zaman tu cam Andre Goh, Quniery M, Aman Shah, M. Daud Kilau, Herman Tino, Alleycats, Flybaits, black dog bone, sweet charity, Hamzah Dolmat, Kahar Hamid (Suara sebijik cam P.Ramlee)
Herman Tino
Hero sukan zaman tu mokthar dahari, santokh singh, arumugam, james wong, g torairaju, soh chin aun, rabuan pit., kalau nak tengok muka diorang tengokla “Arena Sukan”. Kalau bola ada “Road to Wembley”,.(abang mat mid sure melekat kat depan tv punya masa rancnagan ni...maklumla penyokong setia Derby County) ada jugak Italian Soccer.

Aku zaman kanak-kanak suka main Kalkitos...ngan kereta mainan (aku ada koleksi mainan ni..tapi dapat kat adik aku..hancurrrrr..masa tu “Matchbox” ngan “Majorette” la top , Hot Wheels takda lagi masa tu) asal p shopping complex je mesti mintak mama beli Kalkitos ngan kereta mainan.

Time kat sekolah aku suka main Konda Konde, Galah Panjang (court badminton ngan bola tampar jadi mangsa..pasal dah sedia ada garisan), Police and Thief (zaman sekolah aku sebut “polis entry”...aku selalu main game ni ngan budak pompuan India..selalunya aku jadi “thief” diorang jadi polis....laju giler diorang lari...naik semput aku dikejornye...yang masih aku ingat Renggayangi.), Ting ting, sep tiang (sampai penuh karat tiang tu lekat kat baju...aku ingat tiang tu berkarat dek peluh kitorang ni jugak la...), Guli (zaman tu 30 sen dah dapat satu bunjut guli...aku tak berapa terer main guli ni..manjang kalah, Tiup batang ais krim (sanggup p selongkar tong sampah sekolah pasal nak carik batang ais krim), tepuk kad ( ni kad kecik yang ada gambar ultramen, superman dll tu..), Tutup Botol (cam main seremban gak..tapi moden sket pasal pakai tutup botol, seremban pakai batu jalan...) Bola Tekan (ni aku main sampai sekolah menengah ni....he..he.)

Masa zaman sekolah, kasut sekolah selalu jadi item kebanggaan...masa tu kalau dapat pakai kasut Aliph White Shadow (kasut Hi-Cut) kira hebatla...tapi mama selalu belikan kasut BM2000, Marco, Bata (ala yang diorang wat main sepak takraw tu)...kalau yang murah lagi tu ada Foong Kiong atau kawan2 india aku selalu pakai kasut getah putih.


Kemudian aku mula dihiburkan dengan rancangan seperti Cumi dan Ciki, Buck Rogers, Kunta Kinte (adaptasi dari novel asal berjudul “Roots” pernah kubaca), The Osmonds (donny and marie), Eight is Enough (cite pasal keluarga yang ada 8 orang anak..) Mickey Mouse Club (aku suka lagu tema dia M.I.C.K.E.Y..M.O.U.S.E), Mind Your Language (“Thousand Appology” dialog dari watak bernama Ali),Opah (Drama terpanjang pernah aku tonton dengan lagu tema “Dia seorang tua...pengasih dan penyayang....la..la..la..) , PJ (ala-ala Dallas Malaysia la, Kisah perjalanan hidup keluarga korporat , masa tu aku minat betul kat watak Puspa (Melissa Saila) ), Puspawarna ( skang dah upgrade jadi Hiburan Minggu Ini kot ), Bj and The Bear ( cite hero bawak trelar panjang ngan Beruk), Sherif Lobo (cite menyebabkan semua kawan2 aku yang ada bapak nama Shariff kena ejek jadi Shariff Lobo...berdosa betui aku ni..iskh..), Oshin ( mula2 aku suka cite ni...peh tu bosan lak...panjang betul siri ni..cite dari dia kecik sampai besor..). The Greatest American Hero (Hero pandai terbang tapi time landing bersepah...lagu tema dia best “believe or not, i’m working on it.......”), The A Team (Aku suka Murdoch ngan B.A), Remington Steeel (Pierce Brosnan jadi hero utama), Hart to Hart (Robert Wagner, cite penyiasat suami isteri), Spencer for Hire, Dynasty, Dallas, Little House On The Praire (agak bosan tapi mama suka tengok so aku pun layak gak...mana ada channel lain masa tu..),Max Headroom (rancangan carta UK)


Zaman aku takda majalah ujang....tapi mama selalu belikan Kuntum, Bujal ngan Bambino...Gila-Gila tu mama tak kasi baca..tapi kalau balik kampung, aku selalu p rumah sedara aku yang ada koleksi Gila-Gila..

Snek zaman aku dulu tak lain dan tak bukan lagi..Cheekedeez, O-Ya, Cheezel,Bubble Gum (ala chewing gum yang cam guli tu..ada 3 bijik kaler merah, hijau, hitam), Mamee (aku penah gaduh ngan makcik aku pasal dia nak bagi aku makan mamee yang dimasak dulu...apparaaa.masa tu kulit mamee kaler biru harga 20 sen) mamee mini (cam mamee gak tapi kecik...harga dia masa tu 5 sen je sebungkus). Roti Kaya (aku suka roti yang kaya Babu roti tu masak sendiri...perghh manis sedap..rindu kat Babu tu..penah satu hari tu Babu ni kena tumbuk ngan satu lagi babu roti yang kitorang tak suka..berebut pelanggan la masa tu).

Banyak lagi cite ni tapi mungkin Mr.Mangifiera lebih banyak nostalgianya dalam era ini.

Wednesday, October 26, 2005

Sibuk skett nih...

Perghh…dua hari tak memblog..sibuk sket la..skang ni tengah audit dalaman ISO..so ada hari jadi auditee..ada hari jadi auditor lak….ni aku nak “lontarkan” sedikit pengalaman aku dalam ISO ni, pengalaman ni bukan sekadar di organisasi aku saja, tapi juga hasil cakap dengar dari rakan-rakan dari jabatan lain. ISO ni memang ramai yang tengah ghairah nak buat..tapi hakikatnya implementasi itu kengkadang diragui…yelah..bila time nak audit, time tu la nak kemaskini semua rekod, mana yang tak lengkap tu dilengkapkan, mana yang tak ada diadakan, mana yang ada ditiadakan…so kalau kes jenayah tu dah boleh kena “charge” tu pasal merekacipta bukti dan menghapuskan bukti. Lagi satu sikap auditee dan auditor ni pun ada yang tak kena, ada auditor tu semacam sengaja nak mencari salah, kalau dapat kesan banyak NCR maka umpamanya dialah auditor yang bagus..teliti…padahal ada bukan semua NCR tu betul, kemudian auditee pulak ada yang tak boleh terima NCR, bertikam lidah dengan auditor…ni kes audit dalam la..kalau auditor SIRIM boleh cakap baik2, pendek kata kerana ISO, hubungan harmonis yang selama ini terbentuk sejak 20 – 30 tahun berkhidmat bersama lebur dek keegoan masing-masing..walaupun hakikatnya ia boleh dielakkan jika masing2 menghayati peranan sebenar auditor dan auditee…aku sendiri sebagai auditee, memang tak kisah kalau auditor nak bagi seberapa banyak NCR pun..sikit pun tak “terluka” malah aku lebih suka ada NCR (minor je la..kalau major pening gak)..sebab apa pertamanya, kadang-kadang kakitangan sokongan ni bila kita suruh buat sesuatu perkara itu, dia ambil ringan saja, tapi bila pihak luar yang jumpa kesilapan tu dan direkodkan, maka lebih mudah kita jadikan asas kukuh untuk mereka laksanakan perkara tu dengan lebih baik. Sebenarnya banyak lagi perkara pro dan kontra yang timbul dari perlaksanaan ISO ni…tapi malaslah nak taip panjang2…kang jadik esei lak..

Saturday, October 22, 2005

Baghdad oh Baghdad......

Sejak pendudukkan soldadu Anglo - Amerika dan sekutunya di bumi Iraq, tiada alamat-alamat yang menunjukkan imperialisme ini akan berakhir. Kenapa Anglo-Amerika dan sekutu mereka masih kekal di bumi Iraq, sedangkan Saddam Hussein yang mereka buru telah mereka sangkarkan...begitu juga dengan ”mitos” senjata berbahaya yang Colin Powell laungkan dulu. Jika diawal pendudukkan dahulu, lawan mereka ialah tentera nasional Iraq yang setia pada pimpinan parti baath naungan Saddam Hussein, setelah lawan ini dapat mereka tundukkan, muncul pula serangan balas yang datang dari pelbagai kumpulan gerila. Apa motif soldadu Anglo-Amerika ini terus menerjah pintu-pintu rumah penduduk islam Iraq? Apalagi yang mereka dambakan....rakyat Iraq sudah cukup lama deritanya, jika Saddam dituduh zalim? Apa pula sifat ”penyelamat dunia” ini kununnya. Aku mula terfikir...mungkin mereka mahu menghapuskan kesan ketamadunan islam zaman bahari yang wujud di kota2 lama Iraq, khususnya baghdad yang suatu masa dahulu dikenali sebagai ”Madinat as-salam” atau Kota Kedamaian. Jika disingkap sejarah islam zaman bahari, banyak evolusi tamadun yang berlaku di sana, tahukah anda disana terdapat banyak koleksi ilmu zaman yunani yang masih tersimpan dan diterjemah kedalam bahasa arab, sedangkan banyak koleksi ilmu zaman kegemilangan yunani ini telah dimusnahkan oleh zaman gelap eropah.
Kegemilangan ilmu yang lahir dari univeristi tertua di dunia iaitu Universiti Baghdad, malahan amalan memakai jubah graduan yang dikatakan bermula di Universiti Oxford dan Cambridge itu juga sebenarnya berasal dari sana, begitu juga dengan pengenalan huruf-huruf rumi yang dikatakan terhasil dari pemikiran pada ilmuan islam Iraq. Buah Tamar yang menghiasi hari-hari kita di bulan ramadhan ini juga asalnya dikesan di Tebing Sungai Tigris. Itu belum lagi dibicarakan tentang kehebatan dan kegemilangan empayar pemerintahan yang wujud di Iraq, zaman Khalifah Abbasiyah di Baghdan pimpinan Khalifah Al-Mansyur serta Khalifah Harun ar-Rasyid yang begitu terkenal. Pada abad ke-8 dan ke-9, Baghdad disifatkan sebagai Kota Terkaya di dunia, para pedagang China, India, dan Afrika Timur bertemu di sini, bertukaran barangan kebudayaannya dan melambungkan Baghdad menjadi medan intelektual. Hospital dan observatorium dibangunkan, maka lahirlah para penyair dan seniman lantas karya besar yunani diterjemahkan ke bahasa Arab. Hati saya amat terguris tatkala melihatkan visual laporan berita bagaimana kejatuhan Muzium Iraq, banyak artifak2 yang berharga musnah dan ada diantaranya dicuri....Perpustakaan Negara Iraq turut mengalami nasib yang sama, beribu manuskrip zaman bahari musnah akibat bencana perang ini.
Sehingga 2003, populasi penduduk Iraq dianggarkan seramai 5.7 juta orang....namun kini jumlah tersebut mungkin banyak kurangnya..makin lama penjajahan ini berlaku makin banyak nyawa yang melayang, harta benda yang musnah dan yang paling diralatkan ialah kemusnahan kesan evolusi ketamadunan Islam. Pernah terlintas di benak aku ni, mungkin suatu masa nanti khazanah dari Iraq yang tinggal hanyalah kisah ”Hikayat Seribu Satu Malam” (Arabian Nights) yang masyur itu ataupun kisah pengembaraan ”Sinbad”,itupun karya ini telah diterjemahkan ke layar perak mengikut acuan barat...dalam ertikata lain karya ini telah pun ”dijajah” .

Lagi kontroversi Lagu Negaraku...

berita malam tadi ada menyiarkan komentar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkenaan kontroversi yang menyelubungi lagu negaraku. Beliau dengan tegas menyelar pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan lagu tersebut. Sejak akhir2 ini beliau kelihatan agak tertekan dengan kontroversi yang tidak sudah berkaitan dengan lagu Negaraku, bermula dengan isu Hattan kemudian Radio Era pula menjadikan isu "Negaraku lagu saduran" sebagai topik utama dalam segmen "Topik Pagi" mereka, bila radio memainkan peranan, maka suara rakyat dapat dikongsi bersama, ternyata rata-rata pendengar mahukan lagu Negaraku diolah melodinya tanpa mengusik bait-bait lirik yang dikatakan ilham dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pendedahan di media cetak pula bermula dengan penemuan Encik Md Zain Shadan kemudiannya komposer terkemuka tanahair, saudara Ramli MS dalam ruangan Aspirasi Bintang Popular akhbar sisipan Berita Minggu Ahad lalu turut mengutarakan isu yang sama, cumanya beliau turut mencadangkan penukaran iramanya tanpa mengubah senikata asal lagu tersebut. Sementara itu, Pemuda UMNO turut bersuara dalam isu ini, pergerakkan itu ternyata tidak bersependapat dengan Datuk Seri Rais Yatim yang mahukan lagu negaraku dikekalkan seperti mana versi asal yang diperkenalkan pada tahun 1956 (mirip lagu "Mamula Moon"), Pemuda UMNO sebaliknya mahukan negaraku didendangkan dalam versi 2003 yang berkonsepkan Moderato dolce kerana ia jelas lebih bersesuaian dan membangkitkan perasaan lebih bersemangat ketika menyanyikannya selain gubahan lagu Negaraku pada tahun 2003 itu juga telah mendapat persetujuan dari kabinet dan Yang Di-Pertuan Agong pada waktu itu serta telah digazetkan oleh Parlimen. Ternyata isu ini mula membuka mata ramai pihak, cuma aku masih ternantikan suara-suara tokoh-tokoh nasionalis yang masih ada pada ketika lagu negaraku itu diperkenalkan pada tahun 1956, mungkin mereka inilah yang dapat memberikan gambaran sebenar atau justifikasi sebenar berkenaan isu "Negaraku" vs "Mamula Moon".
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah....

YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005(Khamis), jam 7.55 pagi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Malaysia telah kehilangan "First lady". Kepada YAB Dato' Seri Abdullah, cekalkan hati dan redha dengan ketentuan ilahi ini, semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman......Amin
Kasih sayang seorang suami tidak terbatas semasa nyawa dikandung badan, tapi berpanjangan sehingga ilahi memanggil pulang. Kasih sayang itu disulami kiriman doa agar jasad di barzakh beroleh ketenangan.

Wednesday, October 19, 2005

Fakta menarik mengenai Taufan...

Kejadian taufan yang melanda Amerika Syarikat memang dasat...Bush U've got served!!..tapi apa yang menariknya ialah nama yang diberikan kepada taufan2 ni...mengikut sejarah, nama taufan ni bermula pada tahun 1940 an, pada masa tu taufan2 ni di'indicate' dengan turutan abjad je...taufan A, Taufan B, taufan C...sehinggalah pada tahun 1978. Mulai 1979, taufan2 yang datang ni telah mula diberi nafas baru...nama2 lelaki dan wanita mula digunakan bagi mewakili taufan2...antara taufan yang "Glamer" ialah Arlene, Bret,Cindy,Franklin,Irene,Jose,Katrina, Nate,Rita,Stan dan Tammy. Di negeri China pun trend yang sama digunakan, maka lahirlah nama taufan seperti Longwang,Yutu,Fengshen,Dujuan dan Haima, di Jepun pulak ada nama Tenbin,Usagi,Kanmuri dan Koppu...tapi memandangkan di Malaysia takde taufan, maka hanya ribut je la yang ada nama, ribut2 yang pernah melanda malaysia bernama Rumbia, Tapah, Nangka, Meranti dan Mawar.....alkisah...

Tuesday, October 18, 2005

Belasungkawa....



Semalam seorang tokoh yang besar jasanya didalam korpus sejarah sukan badminton negara telah pulang ke Rahmatullah...beliau ialah Dato' Haji Sidek Kamar, ayahanda kepada barisan lagenda badminton negara..Misbun, Razif ,Jalani, Rahman, Rashid serta Zamaliah (dua lagi anak beliau iaitu, Rohzita dan Mohd Shahrezan tidak terlibat aktif dalam sukan ini). Dato' Haji Sidek yang dilahirkan pada 19 Januari 1936 di Banting, Selangor sebenarnya merupakan seorang Peladang dan peniaga Kelapa Sawit, namun beliau mempunyai minat serta bakat dalam sukan badminton malah beliau pernah menjuarai Kejohanan di Peringkat Daerah Kuala Langat serta "Malay Junior Champion" sekitar tahun 1960an. Meskipun pencapaian beliau dalam sukan ini tidak mencapai tahap kebangsaan, namun legasi yang beliau lahirkan telah menguasai dunia badminton antarabangsa, hasil bimbingan yang tekun, beliau telah berjaya melahirkan barisan jagoan badminton bertaraf dunia yang merupakan dikalangan anak kandung beliau sendiri. Misbun ( Juara Kebangsaan 1980-1984 dan 1986-1987), Razif dan Jalani ( Juara All England 1982, Juara Grand Prix Dunia 1989, Emas Sukan Komanwel 1990, Juara Dunia 1990 dan 1991, Juara Piala Thomas 1992 serta Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1992), Rashid (Juara Sukan Komanwel 1990 dan 1994, Juara Piala Thomas 1992, Pingat Gangsa Sukan Olimpik 1996) , Rahman ( Juara Piala Thomas 1992) dan Zamaliah (Pingat Perak Sukan Komanwel 1994). Atas jasa dan sumbangan besar beliau, Universiti Putra Malaysia telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Sukan kepada beliau pada tahun 2003. Sememangnya ajal pertemuan itu adalah ketentuan ilahi, pada usia 69 tahun, Dato' Haji Sidek Kamar pergi menemui ilahi pada tanggal 17 Oktober 2005 jam 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jenazah beliau disemadikan di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
(Misbun, Rahman, Razif, Rashid, Jalani)

Syabas Kerajaan Negeri Perlis....


Pagi ni aku baca akhbar dan amat tertarik pada laporan berita di laman 25, dibawah ruangan Dalam Negeri..."Umrah Percuma berkesan atasi kakitangan suka berhibur"..hmm mungkin ramai akan tertanya..benda free ni berkesan ke? kang cam p makan angin lak...maklumla duit tak keluar sesen pun...Idea ini terbit dari pemikiran Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (memang terkenal dengan idea unik..), menurut beliau, langkah ini akan memberi kesan positif kepada kakitangan kerajaan dan ahli politik yang suka berhibur dan membuang masa di Pusat Karaoke. Program ini sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak awal september lalu dan ternyata "batch" pertama yang dihantar tu telah menunjukkan perubahan yang positif seperti "hati mereka tergantung di Masjid" (ayat ni sebahagian dari hadith yang disampaikan oleh ustaz Hakim Zainal dua malam lepas dalam sesi tazkirah sebelum solat terawikh). Pada aku, tindakkan kerajaan Perlis ni patut dipuji dan menjadi amalan di peringkat kerajaan pusat..inilah yang rakyat tunggu2 sangat ...bukan lagi berbelanja besar buat "road show" buat seminar penerangan apa itu "Islam Hadhari" tapi implimentasinya tetap kabur...syabas Datuk Seri Shahidan Kassim serta Mufti Negeri Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin. Memang tak boleh dinafikan, trend "lepak" di Karaoke dan dangdut menjadi satu amalah segelintir kakitangan kerajaan....yang hairannya golongan ini bukan dikalangan mereka yang berumur belia...tapi dah nak masuk umur pencen pun...hairan..hairan...mungkin kesan dari didikan "english medium" yang mereka terima di zaman muda...sebelum kehadiran Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tapi itu semua hanyalah sekadar kemungkinan, faktor sebenar hanya Allah yang tahu.
Trend "Gila Golf" camna lak yek......

Monday, October 17, 2005

"Negaraku" lagu saduran....

Pagi tadi on the way p opis aku dengar ERA radio...topik perbincangannya berkisar tentang lagu kebangsaan kita "Negaraku" yang didakwa sebagai saduran dari lagu hawaii tajuk "Mamula moon nyanyian "Felix Mendelssohn and His Hawaiian Serenaders" dari album Paradise Isle...aku dah dengar lagu tu...masyaallah..memang sebijik iramanya..cuma temponya agak slow n mendayu...senikata of course tak sama. Perkara ni sebenarnya dah lama aku baca dalam akhbar...rakyat malaysia yang terjumpa lagu ni ialah Md Zain Shahdan, seorang kakitangan INTAN..kebetulan pada masa tu anaknya memainkan semula lagu dari koleksi lama beliau yang telah tersimpan selama hampir 10 tahun, dan dakwa beliau lagu itu dicipta sekitar tahun 1940 an. Ada pulak dakwaan lagu negaraku disadur dari lagu kebesaran negeri Perak yang juga diadaptasikan dari lagu "Terang Bulan" (pun aku dah dengar dah..sebijik sioooott) yang berkonsepkan keroncong serta popular di tanah jawa dan malaya sekitar tahun 1930an. Kalau lagu Perak tu disadur dari lagu mamula moon ni, memang masuk dek akal gak, pasal Sultan Perak (Raja Abdullah) pernah menetap di Pulau Seychelles setelah dibuang negeri oleh British ( kes J.W.W Birch la..), yang mencipta lagu Perak tu mengikut Prof. Khoo Khay Kim ialah Raja Chulan, anakanda Raja Abdullah, kebetulan sebuah band dari Perancis pernah mainkan lagu ni disana. Kalau disingkap kembali sejarah lagu "Negaraku", setelah mendapat kemerdekaan, satu pertandingan mencipata lagu kebangsaan telah diadakan, akhirnya lagu saduran dari lagu "Terang Bulan" ni yang terpilih, melodi lagu ini dipilih oleh jawatankuasa khas yang turut melibatkan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia yang pertama), malahan ada dakwaan adaptasi melodi dari lagu terang bulan itu adalah datangnya dari beliau.Sejak ternobatnya lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan, "beat"nya telah diubah 2 kali, pertamanya pada 1993, oleh Ahmad Dasilah (dulu kalau tengok rancangan hiburan kat RTM nama ni memang famous la....) kemudiannya pada tahun 2003 oleh Datuk Wah Idris ( tempo marching).Ahli sejarah sebenarnya takde bukti lengkap siapa pencipta asal melodi lagu ni..sampaikan ada yang mendakwa lagu ni sebenarnya ciptaan seorang komposer dan penyair terkenal dari Perancis yang popular sekitar abad ke-19, iaitu Pierre Jean de Beranger.Jadi aku terkenang kembali selama ni pagi2 buta aku nyanyi kat perhimpunan sekolah dari kecik sampai besor tu rupa-rupanya lagu Hawaii...hampeh betul la..memang sedih betulla kalau betul lagu negaraku diciplak dari lagu Hawaii tu....Baru-baru ni teruk si Hattan kena hentam dengan sorang ahli parlimen pasal nyanyi lagu negaraku tak ikut versi asal..siap nak dicampak kelaut lagi si Hattan tu...dituduh pengkhianat negara lagi...tapi bila difikirkan balik...kalau betullah lagu negaraku disadur dari lagu Mamula Moon ni...apalah nasib negaraku Malaysia...sudahlah undang-undang pun saduran British, lagu kebangsaan pun didakwa saduran jugak agaknya pasal ni la Bunga Kebangsaan pun sama dengan Hawaii, Bunga Ros...wallahua'lam...yang asli agaknya hanya "Orang Asli".
Lirik lagu Negeri Perak
Dilanjutkan, Allah usianya Sultan,
Adil dan murah, memerintah watan,
Ditaati rakyat kiri dan kanan,
Iman yang soleh Allah kurniakan,
Allah berkati Perak Ridzuan,
Allah selamatkan negeri dan Sultan.
Lirik lagu Terang Bulan VS Negaraku
Terang bulan (Negaraku)
Terang bulan di kali (Tanah tumpahnya darahku)
buaya timbul disangkalah mati (Rakyat hidup bersatu dan maju)
jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati (Raja kita selamat bertakhta)
Jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati. (Raja kita selamat bertahkta).
(perhatikan tarikhnya..1940-1945...kita merdeka 1957)
jadi apakah kita perlu sebuah lagu yang benar2 wataniah? fikirkanlah......

Thursday, October 13, 2005

Semalam di Alamanda.....


Semalam aku terpaksa "tuang" solat terawikh...bukan apa, susu anak abih..so aku p la beli kat Alamanda....p la shopping kat Carrefour sana, sambil intai2 peti ais ngan mesin basuh (maklumla nak masuk rumah baru...he..he..)...kebetulan kat situ ada plak diorang wat Best Buy...CD lagu RM5...aku belek2 jumpa CD "William Hung"...dah alang2 RM5, aku pun angkut la CD tu...on the way balik tu aku pasang dalam kereta....i tell u what...memang kelakau giler......memang terhibur...CD tu ada 14 trek...tapi selang beberapa lagu ada what he called Inspirational Thoughts about Passion, Perseverance and to be your self....memang mamat ni nyanyi dengan penuh confident and he do it his way....aku paling suka bila dia nyanyi lagu favourite aku " I believe I can Fly ", "Hotel California", "Can You Feel The Love Tonight" and "Y.M.C.A".....walaupun sumbang mambang aje ..memang betul2 best buy la CD ni.siap dapat DVD video lagi....so pada aku, kalau korang dapat nyanyi lebih baik dari si William ni memang u all can make albums there la..(wanna give a try Mr. Mangga? do your very own version of "Pamit" song)..peh tu aku sambar 3 lagi vcd cite melayu klasik....Setinggan (cite hantu jepun..masa aku kecik2 cite ni la yang paling seram penah aku tengok selain cite "Anita Dunia Ajaib"..sampai sejuk kaki2...), Si Luncai ( ni cite lawak ...badul, ayappan, mamhmud jun..aku memang peminat diorang ni..) Dr. Rushdi ( ni aku beli pasal aku kumpul cite P.Ramlee...cite ni blom ada dalam koleksi lagi so aku beli laa..)...hari ni aku cadang nak bukak posa kat McDonald la...satu kapla RM18...kira ok la tu..saja carik kelainan....

Tuesday, October 11, 2005

Memori Ramadhan...Vol.2


Pengalaman berpuasa masa di sekolah menengah takde la thrill sangat..aku sekolah menengah mula2 kat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), sekolah ni kira "Boys School" la, skang dah takde dah sekolah ni...dah jadi kolej rasanya..kat seksyen 11, Shah Alam, peh tu aku pindah ke sekolah menengah agama Hulu Langat, Cheras...antara pengalaman berpuasa yang aku alami dizaman "secondary education" ni la....

1. Masa kat SAMTTAJ kitorang selalu dijemput berbuka puasa kat Masjid Shah Alam, memang best la makanan dia kalau nak dibandingkan dengan juadah kat Dewan Makan Sekolah...maklumla Sultan Selangor belanja..

2. Masa form 1 ada sorang Dorm-mate aku ni selalu ngompol (bahasa saintifik untuk kencing malam)..memandangkan kitorang pakai katil double decker, aku dapat katil atas, mamat hancing ni katil bawah...jadi bila mamai2 bangun p sahur tu aku selalu p transit kat katil dia...maka time tu la jugak aku terkena "jerangkap samar" tu...nak tahu dia kencing ke tak senang je...dia mesti cover dengan tabur bedak zaitun...so kalau kita bau bedak zaitun atau bangun dari katil dia dengan berkemutih bedak melekat kat badan...paham-paham je la...tapi bila dah mamai tu mana nak ingat.

3. Aku cukup tak berselera makan sahur time sekolah menengah.....balik2 kari ikan ngan teh o...kari cair lak tu...hampesss betuii..

4. Masa time puasa, mama selalu bekalkan ikan bilis goreng...tapi tak sampai dua hari...kena kenduri ngan kawan2 malam tu jugak cerah balang ikan bilis goreng aku.....

5. Solat terawikh selalunya kitorang buat kat dewan besar....pasal surau kecik..dewan sekolah mana ada air-cond...peh tu takda option lak tu...nak tak nak kena gak wat 20 raqaat...abih lencun kain pelekat aku..

6. Masa time petang2 kitorang boleh keluar p beli juadah...masa tu takda "Pasar Ramadhan"...yang ada orang niaga tepi2 jalan tu la...maklumla budak2 duit pun ciput...kira dapat beli goreng pisang seringgit bawak balik pun kira dah happening la..tak pun beli air gas sebotol pun dah kira hebatla...tak nyempat2 nak habiskan makanan kat dewan makan, pasal nak makan goreng pisang yang beli tadi.

7. Masa bulan posa ni , memang dalam kelas tu ngantuk giler...pantang ada masa free..tidur la aku...masa tu aku selalu duduk kat sebelah Izad...memang budak ni kuat betul tidor...sampai uztazah masuk pun dia tidor gak...sudahnya ustazah panggil dia Boyak..maka lekatlah nickname dia boyak....aku memang suka sangat time tu...pasal dia panggil aku specky...so bila dia ejek aku specky, aku panggil dia boyak...

8. Masa time bulan posa ni...masa semayang jemaah subuh la yang paling kelakau..masa ni la nak tengok ada mamat2 yang secara tiba2 nak terjatuh ke belakang masa semayang..., sujud tak bangun2, tahiyat akhir orang dah bagi salam, dia dok kaku pejam mata lagi, tak kurang jugak yang terus sujud masa imam baca doa qunut...ni semua kes tido dalam semayang la ni........tapi aku ok...he..he..tak penah kantoi..

9. Masa kat sekolah ada gak bebudak yang ponteng puasa...tapi ngenangkan kaedah diorang ponteng puasa tu...geli tekak aku...ada ke patut bancuh air sirap dalam gayung, pehtu kacau ngan getah paip dalam tandas dulu....ntah apa2 anasir yang ada kat getah paip tu, tak kuasa aku nak cerita.....kununnya p mandi la bawak gayung...so orang tak syak...piiirahhhh!

10. Geng yang tak posa ni bila kena tangkap ustaz suruh berarak kat sekolah pegang sepanduk ngan gantung kad board kat leher tulih " saya tak puasa hari ini"....peh tu kena masuk tiap2 kelas mintak tanda tangan cikgu2 yang tengah mengajor time tu..

11. Kalau balik kampung cite yang popular takde lain la....mesti "Rumah Kedai"..yang berlakon si Sudiro Sukirman, Harun Salim Bachik, arwah Yusof Muhammad (Pak Halim)...tiap2 tahun mesti ada cite ni....pehtu ada lak cite alih bahasa arab...masa tu yang ada TV1, TV2, TV3...time pukul 6.30 keatas tu boring giler.....semua channel tunjuk waktu berbuka puasa....

12. Masa kat SAMTTAJ Aku selalu gak p sekolah tak mandi pagi...he..he...apa boleh buat..lepas solat subuh sambung tido....tau2 dah time nak p sekolah...alamat lap muka ngan kumur je la...he..he.. apa nak malu, bukan aku sorang je cam tu....lagipun sekolah tu semua lelaki...he..he..

ginilah rupanya zaman puasa remaja....

Monday, October 10, 2005

Memori Ramadhan.....



ni aku nak cite sket "pengalaman" aku berposa masa kanak-kanak hingusan dulu...aku pun dah tak ingat umur berapa aku start posa..tapi seingat aku la sejak aku sekolah rendah lagi.....bab posa ni mama ngan baba aku jaga betul..agaknya pasal aku ni anak sulung kot..n masa tu diorang muda lagi ..pasal time adik aku yang bawah2 ni..bley ada excuse plak..tapi ngelat tetap ngelat jugak...maklumla masa budak2 dulu kan buas lagi..mana tahan..antara pengalaman yang aku ingat lagi la..

1. Mama selalu buatkan ais kepal masa time sahur...ala ais yang dikisar pehtu dikepal jadi bentul bola, pas tu dituang pulak kordial kat atas ais tu..paling aku suka kordial sarsi ngan sirap..

2. Ngelat posa masa sekolah rendah...masa rehat main dengan sebuasnya peh tu masa time nak semayang zuhur, time amik wuduk tu teguk la air paip tu puas2 he..he..(padahal dalam kolah mesjid ntah apa2 anasir ada kat dalam....) mesjid tu namanya Masjid Raja Muda Musa, Semenyih..

3. Selalu gak masa kanak2 dulu menggembeng tenaga ngan adik2 curik makan buah kurma dari peti ais....

4. Masa kecik2 dulu selalu heran...masa bukak posa kenapa mama ngan baba makan sikit tak macam kitorang....berkeping2 kuih, berpinggan2 nasik, bergelas2 air kitorang lantak masa berbuka..

5. Kitorang takkan buka posa selagi baba tak baca doa bukak posa....

6. Masa kecik2 dulu makan kurma masa berbuka ni kira atas dasar paksaan...baba marah kalau tak makan kurma...tapi adik aku yang bongsu..selamba je tak makan kurma ...baba tak kata apa dah...

7. Masa aku kecik dulu...bukak posa cukup lambat...7.45 ada..paling awal 7.30...prghhh...seksa nak tunggu..lembik seluruh badan...

8. Time tarawih aku rajin...pasal ada moreh...bukan nak tarawih sangat pun...dalam 20 rakaat tu ada la dalam 6 ke aku buat..yang lain duduk kat belakang main...tak pun main basikal kat luar surau..eleh..aku tengok pakcik2 nga abang2 yang tukang sediakan moreh tu pun tak cukup semayang tarawih...he..he..time moreh best, ada mee goreng ngan teh o cap mesjid...ntah macam mana satu hari tu aku boleh ikut idea ada sorang budak ni masukkan kacang goreng dalam air teh...sambil minum makan kacang..ntah apa2 ntah..tapi aku antara bebudak yang 'stay back" tolong basuh pinggan mangkuk...tolong lipat tikar plastik..

9. Masa kecik2 seingat aku jarang bukak posa kat luar...kecuali masa dah ujung2 ramadhan..masa tu on the way balik kampung...selalu la kitorang bukak posa kat Hotel yang kitorang duduk..bukan makan makanan hotel pun...mama selalu usung rice cooker p hotel..makan lauk bawak dari rumah...rice cooker tu kira utk masak nasik ngan perangat lauk la...serunding for sure ada punya...kitorang selalu nginap kat hotel Royal Casuarina, Ipoh, Exelcior, Ipoh ada jugak kengkadang kat Rest House Kuala Kangsar....tak tau la ada lagi ke idak hotel2 ni...aku mesti dapat "extra bed" punya, maklumla adik beradik ada 7 orang...Mr Mangga tau la kot tempat2 ni..

10. Masa nak bulan ramadhan aku cukup tak suka pakcik yang umum tarikh posa tu (penyimpan mohor raja-raja tu la..), tapi bila nak raya pakcik tu la yang tak sabar2 aku tunggu depan tv....he..he...

alahai zaman budak-budak.......

Dilemma Ramadhan....


Saban tahun menjelangnya Ramadhan, selain berpuasa tidak boleh tidak umat islam akan didendangkan dengan fadhilat solat sunat tarawikh. Tapi yang selalu dibincangkan dikalangan mereka bukan ganjaran solat sunat itu, sebaliknya jumlah raqaat yang dilakukan oleh mereka. Selain jumlah raqaat, surah2 yang dibawa oleh imam turut menjadi topik perbualan, ada yang gemarkan imam yang mengimamkan solat tarawikh dengan ayat dari juzu' amma (ayat lazim) dan ada pula yang teruja dengan kelunakkan bacaan surah2 al-quran yang dibawa oleh imam yang berstatus "al-hafiz".......tapi bagi pandangan peribadi aku, jika ditanya lapan atau 20 raqaat, akan ku jawab yang penting "Istiqamah"....tak salah jika memilih 8 raqaat (tidak termasuk sunat witir), disitu juga insyaallah dijanjikan pahala dan ganjaran dari Allah. Begitu juga dengan ayat lazim atau surah lain dalam al-quran, mungkin ada yang lebih khusyuk bersembahyang dengan bacaan ayat lazim, maka itu pastinya lebih baik. Harus diingat, ibadah kita bukan dinilai oleh sesama manusia, tetapi oleh Allah S.W.T.....kesimpulannya, lebih banyak ibadah kita kerjakan, lebih banyak ganjaran dari Allah kita terima, insyaallah....

Wednesday, October 05, 2005

“The Librarian : Quest for the Spear ” merekonstruksi imej baru Pustakawan


Saya pernah membicarakan soal imej stereotype yang sering ditempelkan pada pustakawan, imej kuno, fesyen yang out of date , pembengis, usia emas dan tidak versatile itu yang kerap dimainkan oleh pembikin filem tidak kira dalam atau luar Negara. Namun rekomendasi filem “The Librarian : Quest for the Spear ” oleh rakan baik saya menyebabkan saya harus memiliki filem ini. Filem ini saya perolehi dalam format DVD, malangnya pada waktu itu saya belum memiliki pemain cakera DVD, lalu filem itu saya simpan untuk seketika waktu sambil berkira-kira untuk membeli pemain cakera DVD. Berselang tiga hari kemudian (kebetulan wang gaji dah diterima), pemain cakera DVD saya beli , agak lucu jugak bila dikenangkan matlamat utama mahu memiliki pemain DVD itu adalah semata-mata kerana mahu menonton filem “The Librarian : Quest for the Spear ” .

Setelah selesai menonton filem ini, saya merasakan “kesegaran” imej pustakawan yang dibentuk oleh skrip garapan David Titche dan diarahkan oleh Peter Winther ini. Filem fiksyen ini sebenarnya mempunyai plot penceritaan ala “Indiana Jones” , bezanya filem ini disulami dengan kesan khas dan komedi. Watak utama filem ini dimainkan oleh actor Noah Wyle sebagai Flynn Carsen atau “The Librarian”. Beliau mendapat tawaran bekerja sebagai pustakawan di “Metropolitan Public Library” secara tidak sengaja dan perlu menjalani sesi temuduga yang disertai oleh ramai calon. Akhirnya beliau berjaya, dan dilantik menjadi Pustakawan di Bahagian Antikuiti (ibaratnya Bahagian Arkib dan Galeri PTSL), Metropolitan Public Library. Walau bagaimanapun, filem ini tidak menggambarkan tugas terperinci seorang pustakawan, namun filem ini berjaya mengubah imej stereotype yang sering digunakan untuk watak seorang pustakawan di layar perak.

(Penulisan ini bakal dimuatkan dalam Buletin ILHAM akan datang)

Tuesday, October 04, 2005

Buy Indons (new Malaysian Soccer foreign policy)


looking at how successful Selangor team pulling their fans back to fill up their Gigantic stadium was more valuable than winning the cup....selangor cash-in from their gate collection far better than the cash prize they bags by winning a Treble this season. Well, we all knew that the Fans are not 100% selangor fans, there are big percentage among them coming to the stadium just to support Bambang Pamungkas and Elie Aiboy....see how smart selangor team management are. They not just getting a big talent with small budget, but also getting far more richer when all the Indons all over Klang Valley bought their match tickets...the question is, was it a "Smart Partnership" or it just more to profit strategy (but we cannot denied that this players do make a big impact to selangor's road to victory). yes, it is a smart-partnership, in terms of recruiting a good players within a small budget then contributing to make the team account bigger, but what happen to our local talents??? since the day of Mokhtar Dahari, Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh...there's nobody in Selangor current team really fit to fill their shoes. Today, in Kosmo , Perak were reported trying to lure 2 Indon players, Kurniawan Dwi Yulianto (having a short stint with italian seria A team, Sampdoria during his hey day) and Boas Salossa (could make his way to selangor this year if not because of age barrier).....actually i would love to see our team pay more intention on nurturing the young talents by conducting a training stints or loan them to more higher level soccer league...i'm not talking about sending them to English Premier league team ( too costly maa..and our player would never get a chance to play their trade there)...what about sending to Autralian Soccer League...as we can see there are dozens of quality players there and the socceroos now is an AFC's member. There are many world class players produced by the league, don't tell me u don't know Harry Kewell (Liverpool), mark Viduka and Mark Schwarzer(Middlesbrough), Brett Emerton and Lucas Neil(Blackburn), Tim Cahill (Everton), Marco Bresciano(Parma), Craig moore (newcastle),Stan Lazaridis (Birmingham), Zeljko kalac (A.C Milan), John Aloisi (Alaves) were Australian, and some of their under 20 now playing under big european team like Nathan Coe and Carl Valeri (InterMilan), Tom Willis (Newcastle), Spase Dilevski (PSV Eindhoven),Scott McDonald (Southampton). Can u remember how was the impact given by lots of Austalian imports in our league before? remember Mehmet Durakovic, Dave Marshall,Robert Dunn, Ross Greer, Josip Biskic (Selangor), Alan Davidson (Pahang), Warren Spink, Joe caleta, Marshall Soper (Perak), Abbas Saad , Alistair Edwards, Darren Stewards(Johor), Scott Ollerenshaw (Sabah)David Evans (Sarawak).....besides that, there's also a pack of world cup players playing in Malaysia, such as Emile Mbouh Mbouh (Cameroon), Stephen Keshi (Nigeria), Karel Stromsik (Chechoslovakia)..what a pity..Good players keep on knocking our door but our so-called professional players still playing like school boys and easily acting like a Star player (in a land of blinds, one eye is a king )....Kejor Yob Kejor...

Monday, October 03, 2005

Malaysia in the 80's...


he..he..another soccer classic review...Malaysia on their World Cup qualification round (Asian Zone).... this is not the best line-up in the 80's..but still featuring better players than our present team....Malaysia failed to qualified but we are among the best asian team in that era....there was 2 players from Perak in the team, Azizol Abu Haniffa and P.Ravindran..the others are Salim Mahmud (Kelantan), Lee Kin Hong,S.Ravichandaran and Perak-born Azmi Mahmud (Kedah), Serbegeth Singh or Shebby , Lee Tiong kim and See Kim Seng(Kuala Lumpur), Ahmad Yusof (Pahang) and Dollah Salleh (Selangor)....

Yob 4ever.....


Remember this line-up....i just can't remember a few members of this mid 80's team...maybe mr Tmidzie or Abg Mat Mid still got their names in their memory box.....