Wednesday, January 25, 2006

Rokok dan nilai akhlak

Benarkah jika kita seorang perokok, kita bukan dari golongan yang nilai akhlaknya dipersoalkan. Aku sangsi dengan kelaziman masyarakat mengaitkan perokok dengan tingginya nilai budi dan akhlak. Pernah beberapa kali, termasuk kes yang terbaru, ahli keluarga seorang mangsa pukul mendakwa anaknya seorang yang baik, TIDAK MEROKOK. Adakah maksudnya anak beliau baik kerana tidak merokok atau anaknya baik dan tidak merokok. Aku juga bekas perokok dan aku faham hati seorang perokok dan kini aku cuba fahami pula hati seorang yang tidak merokok, tapi yang pastinya aku bukan seorang anti-perokok. Jiak diperhatikan senario masakini, merokok yang boleh aku anggap sebenarnya umpama budaya, sudah makin susut penganutnya. banyak faktor yang menyumbang kepada pengurangan bilangan insan yang berbudaya merokok ini, antaranya sudah pasti dasar fiskal yang anti-perokok selain kempen global yang mula mengenepikan pengeluar-pengeluar tembakau dari hampir semua aktiviti sosio-ekonomi. Jika kita imbau kembali zaman-zaman era 60an-70an, rokok itu adalah lambang lelaki sejati, majoriti kaum adam era itu adalah perokok, malahan hampir semua lokasi dibenarkan merokok. Dalam panggung wayang boleh merokok, kakitangan kerajaan boleh bermesyuarat sambil jari mengkapit puntung-puntung rokok, malahan di meja pejabat pun ada bekas abu rokok yang memudahkan mereka merokok bila-bila masa mereka ingin. Jika kita lihat ikon-ikon dunia perfileman, pastinya akan ada poster publisiti mereka bersama rokok, lihat sahaja poster John Wayne, James Dean dan remaja-remaja era 70an pastinya tertarik dengan gaya John Travolta yang merokok dalam filem "Grease",malahan wira-wira filem tempatan juga tidak ketinggalan dengan imej ini. Tapi adakah benar manusia boleh terpanggil untuk merokok kesan dari pengaruh imej-imej ini?, Aku teringat zaman persekolah aku, pada ketika sedang menunggu bas, aku lihat seorang wanita tua sedang merokok, wannita tua itu kemudiannya menyapa seorang wanita muda disebelahnya, mereka kemudiannya berbual tanpa aku ingat butir-butir perbualan mereka, sehinggalah wanita muda tadi bertanyakan tentang fiil merokok wanita tua tadi. Aku hampir ketawa besar mendengar jawapan balas wanita tua itu, beliau mengatakan yang beliau merokok pada awalnya dengan tujuan menghalau nyamuk, tapi akhirnya fiil itu terus lekat sehingga ke hari itu, adakah jujur jawapan wanita tua itu, aku tak pasti yang pastinya aku pada masa itu belum lagi membudayakan merokok ini. Dalam kes aku, aku harus mengakui yang aku mula merokok bukan kerana terpengaruh dengan imej-imej di layar perak, sebaliknya dengan jiwa yang lemah aku terpengaruh dengan fiil rakan sebayaku yang majoritinya adalah perokok Mungkin aku ibarat mengikut pepatah inggeris "If you can't beat them, joint them"..,tapi aku sesungguhnya tidak setuju jika golongan berbudaya merokok ini dianggap rendah nilai akhlaknya kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi mereka merokok dan adakah mereka yang tidak merokok itu berakhlak tinggi? adakah akhlak aku semasa berbudaya merokok rendah dari akhlak aku yang kini tidak lagi merokok? ...entahlah.. tapi yang pastinya aku tidak mahu lagi berbudaya merokok.















Kawanku "Charles Darwin" juga seorang perokok

5 comments:

Anonymous said...

Dengar banyak profesi akan naik pangkat secara automatik..eg guru siswazah dari 41 ke 44, pensyarah dari 45 ke 54..kita tak de ura-ura..(kura-kura ninja...)

Harith Faruqi Sidek said...

Kura-kura naik perahu
Aku pun tak tahu

McBudu said...

Akhlak dan rokok? susah nak cakap sebab aku pun pernah jadi perokok, la ni dah pencen lah....Tapi yang jelas (mungkin kebetulan) rata-rata orang yang rosak akhlak seperti perompak, penyangak, pembuli dan macam-macam 'pe' lagi selalunya merupakan perokok. Malah merokok menjadi kemestian dalam profesyen mereka.

Sebaliknya mereka yang baik akhlak seperti tok-tok imam, tok-tok guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah majoritinya tidak merokok. Ini juga berkemungkinan profesyen mereka tidak membolehkan mereka menghisap rokok(?).

Kalau nak kata merokok merosakkan akhlak, aku tak nak komenlah sebab orang yang tak merokok pun ramai yang rosak akhlak. Tapi aku pasti yang perokok boleh merosakkan Paru-paru, gigi dan selera makan!

Harith Faruqi Sidek said...

betul tu...tapi yang paling seram ialah, merokok mungkin boleh menyebabkan anda tidak berpeluang menjadi bapa, ayah, daddy, abi, bapak, papa, baba atau yang sewaktu dengannya...seram wooo...

indica said...

Menarik tapi menyeramkan citer pase merokok ni..sbb aku ni perokok..jadi aku pun nak citer di blog aku versi org yg masih terperosok di lembah ini..