Selain daripada itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum kedatangan Imperialis Inggeris. Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan oleh imperialis inggeris, maka lenyaplah khazanah warisan dek "kejahatan" kuasa imperialis. Hairan juga, bagaimana seorang Inggeris bernama Stamford Raffles boleh menjadi begitu dominan dalam sejarah Singapura, walhal dahulunya singapura adalah dibawah Kesultanan Johor.
don't know where 2 go...no Sing Dollar...no shopping spree...huh!
Masjid Sultan....islamic heritage...
Purple Getz????....singapore version only aaa??
Arab Street.....where money lives and gone...
Restoran Zam Zam....."marvelous" Murtabak and Teh Sarbat...
Sebelum aku sampai, memang ada bisik-bisik yang mengatakan singaporean ni sombong sikit, tapi ternyata aku yang dibisikkan kepada aku tu hanya bisikan mitos, rombongan kami mendapat layanan yang baik, malahan dijamu sampai tak cukup perut.Sebelum berangkat pulang kami sempat dijamu murtabak di Restoran Zam-Zam, aku rasa aku tak pernah jumpa Murtabak seumpamanya di Malaysia, memang berbeza...harganya? aku tak pasti kerana ianya ditaja oleh seorang budiman singapura. Selesai bersantap kami hanya berlegar-legar di sekitar masjid Sultan memandangkan kebanyakkan ahli kabilah yang lelaki tidak membuat tukaran matawang. Berbeza pula dengan yang wanita, walaupun dalam jadul lawatan tiada agenda "shopping spree" ternyata ianya ada dalam jadual mereka. Namun teringatkan isteri tersayang kat rumah aku gagahkan juga kaki ini ke kaunter "penggurup wang", note RM50 aku hulurkan...sayu hati bila yang dikembalikan hanya $21 Singapore Dollar. Duit sudah ada dalam tangan, tapi aku tak tahu apa nak dibeli....rata-rata kedai sudah pun menamatkan waktu perniagaan, yang ada hanya kedai-kedai saudagar kain berketurunan india atau arab. Apa yang boleh aku dapat dengan $21 Singapore Dollar dalam kantung kocek....minyak wangi? tak mungkin, mungkin minyak attar yang selayaknya. Akhirnya aku nekad menjengah sebuah toko kain di hujung Arab Street, sehelai "Shawl" menangkap pandanganku, apatah lagi kain yang sama berkos ratusan ringgit di kota kuala lumpur, setelah membelek beberapa helai yang lain untuk kepastian tiada yang lebih menarik, aku terus "berakad" membeli "Shawl" tersebut dengan harapan dapat menggirangkan hati sang isteri tatkala menyambut aku pulang kelak. Tapi hati aku tetap tidak selesa kerana gagal mendapatkan sebarang oleh-oleh untuk anak kecilku serta temanku Saudara Termizi memandangkan tiada lagi toko yang dibuka, kecuali semuanya berdagangkan kain, harap mereka tidak ambil hati. Bagi diriku tiada yang lebih bernilai selain pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba dari lawatan ini.
3 comments:
Mmg menarik dapat melawat National Library dan universiti2 terkemuka S'pore tu. Aku dulu hanya dapat ke NUS dan NTU shj. OK le tak byk beza cuma maybe ada le lebih sket dr segi office deco .. state of the art building sket. Tapi yg impress aku dulu, jalan2 dlm kampus NTU tu dibersihkan guna tractor mounted vacuum cleaner... Kat tempat kita ada ler nampak pakcik-pakcik guna alat blower yg sandang kat bahu tu je..he he
Aku pun rasa diorang ni tak le sombong sbb layanan masa aku group tour dulu tu pun ok ..mesra pelanggan. Masa aku pi sensorang dulu pun aku pernah bertanya2 dan berborak dgn seorang mamat cina tu, very friendly and helpful.
Mmg byk Getz kat Spore tu..tapi ko perasan tak..kete2 diorang rata-rata berkilat. Ada sekali tu aku termasuk ke basement parking satu shopping mall di orchard road tu..aku ingat showroom kete..sbb nampak berkilat-kilat je..wakaka. Dgr citer kalo kete berkeladak kena 'fine'..tu mcm aku tak boleh masuk le kot. So aku beranggapan diorang ni kete byk terperap kat rumah, tak jalan jauh2..so byk le masa nak wax polish dsbnya.
He he.. tak payah le susah2 pasal ole2 utk aku. Ingatan nak bagi tu pun dah cukup mengharukan..he he..
yang aku perasan diorang tu ramai yang gaji besau2, tapi p keje naik public transport...gamaknya parking tak cukup kot...lagi satu yang menarik perhatian aku ialah di NUS ada satu dewan yang diberi nama Dewan Yusof Ishak (tuan punya Utusan Melayu sejak sebelum merdeka, adik beliau Aziz Ishak adalah bekas menteri pertanian zaman Tunku), sebab kebanyakkan bangunan2 lain semuanya diberi nama sempena tokey2 atau pemimpin dari bangsa cina singapore.
sebenarnya masa di NUS, NTU dan NLB tu kurang sangat bangsa melayu yang berselisih, dimana agaknya mereka? aku jugak kesal kerana tidak berkesempatan melawat Istana Kampung Gelam.
insan tu tok siak masjid sultan gamaknya, moto tu moto dia la kot...he..he..tu baru tok siak tu..belum tok imam lagi..mercedes mata belalang kot..
Post a Comment