Sejak pendudukkan soldadu Anglo - Amerika dan sekutunya di bumi Iraq, tiada alamat-alamat yang menunjukkan imperialisme ini akan berakhir. Kenapa Anglo-Amerika dan sekutu mereka masih kekal di bumi Iraq, sedangkan Saddam Hussein yang mereka buru telah mereka sangkarkan...begitu juga dengan ”mitos” senjata berbahaya yang Colin Powell laungkan dulu. Jika diawal pendudukkan dahulu, lawan mereka ialah tentera nasional Iraq yang setia pada pimpinan parti baath naungan Saddam Hussein, setelah lawan ini dapat mereka tundukkan, muncul pula serangan balas yang datang dari pelbagai kumpulan gerila. Apa motif soldadu Anglo-Amerika ini terus menerjah pintu-pintu rumah penduduk islam Iraq? Apalagi yang mereka dambakan....rakyat Iraq sudah cukup lama deritanya, jika Saddam dituduh zalim? Apa pula sifat ”penyelamat dunia” ini kununnya. Aku mula terfikir...mungkin mereka mahu menghapuskan kesan ketamadunan islam zaman bahari yang wujud di kota2 lama Iraq, khususnya baghdad yang suatu masa dahulu dikenali sebagai ”Madinat as-salam” atau Kota Kedamaian. Jika disingkap sejarah islam zaman bahari, banyak evolusi tamadun yang berlaku di sana, tahukah anda disana terdapat banyak koleksi ilmu zaman yunani yang masih tersimpan dan diterjemah kedalam bahasa arab, sedangkan banyak koleksi ilmu zaman kegemilangan yunani ini telah dimusnahkan oleh zaman gelap eropah.
Kegemilangan ilmu yang lahir dari univeristi tertua di dunia iaitu Universiti Baghdad, malahan amalan memakai jubah graduan yang dikatakan bermula di Universiti Oxford dan Cambridge itu juga sebenarnya berasal dari sana, begitu juga dengan pengenalan huruf-huruf rumi yang dikatakan terhasil dari pemikiran pada ilmuan islam Iraq. Buah Tamar yang menghiasi hari-hari kita di bulan ramadhan ini juga asalnya dikesan di Tebing Sungai Tigris. Itu belum lagi dibicarakan tentang kehebatan dan kegemilangan empayar pemerintahan yang wujud di Iraq, zaman Khalifah Abbasiyah di Baghdan pimpinan Khalifah Al-Mansyur serta Khalifah Harun ar-Rasyid yang begitu terkenal. Pada abad ke-8 dan ke-9, Baghdad disifatkan sebagai Kota Terkaya di dunia, para pedagang China, India, dan Afrika Timur bertemu di sini, bertukaran barangan kebudayaannya dan melambungkan Baghdad menjadi medan intelektual. Hospital dan observatorium dibangunkan, maka lahirlah para penyair dan seniman lantas karya besar yunani diterjemahkan ke bahasa Arab. Hati saya amat terguris tatkala melihatkan visual laporan berita bagaimana kejatuhan Muzium Iraq, banyak artifak2 yang berharga musnah dan ada diantaranya dicuri....Perpustakaan Negara Iraq turut mengalami nasib yang sama, beribu manuskrip zaman bahari musnah akibat bencana perang ini.
Sehingga 2003, populasi penduduk Iraq dianggarkan seramai 5.7 juta orang....namun kini jumlah tersebut mungkin banyak kurangnya..makin lama penjajahan ini berlaku makin banyak nyawa yang melayang, harta benda yang musnah dan yang paling diralatkan ialah kemusnahan kesan evolusi ketamadunan Islam. Pernah terlintas di benak aku ni, mungkin suatu masa nanti khazanah dari Iraq yang tinggal hanyalah kisah ”Hikayat Seribu Satu Malam” (Arabian Nights) yang masyur itu ataupun kisah pengembaraan ”Sinbad”,itupun karya ini telah diterjemahkan ke layar perak mengikut acuan barat...dalam ertikata lain karya ini telah pun ”dijajah” .
1 comment:
Hikayat Seribu Satu Malam merupakan buku cerita yg julung kalinya aku baca dengan serius, sangat mengasyikkan. Baghdad Oh Baghdad juga mengingatkan aku kpd Taman Tergantung di Babylon yg aku baca masa sekolah rendah. Kini yg aku ada lagu Boney M, By the Rivers of Babylon..
Post a Comment