berita malam tadi ada menyiarkan komentar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkenaan kontroversi yang menyelubungi lagu negaraku. Beliau dengan tegas menyelar pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan lagu tersebut. Sejak akhir2 ini beliau kelihatan agak tertekan dengan kontroversi yang tidak sudah berkaitan dengan lagu Negaraku, bermula dengan isu Hattan kemudian Radio Era pula menjadikan isu "Negaraku lagu saduran" sebagai topik utama dalam segmen "Topik Pagi" mereka, bila radio memainkan peranan, maka suara rakyat dapat dikongsi bersama, ternyata rata-rata pendengar mahukan lagu Negaraku diolah melodinya tanpa mengusik bait-bait lirik yang dikatakan ilham dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pendedahan di media cetak pula bermula dengan penemuan Encik Md Zain Shadan kemudiannya komposer terkemuka tanahair, saudara Ramli MS dalam ruangan Aspirasi Bintang Popular akhbar sisipan Berita Minggu Ahad lalu turut mengutarakan isu yang sama, cumanya beliau turut mencadangkan penukaran iramanya tanpa mengubah senikata asal lagu tersebut. Sementara itu, Pemuda UMNO turut bersuara dalam isu ini, pergerakkan itu ternyata tidak bersependapat dengan Datuk Seri Rais Yatim yang mahukan lagu negaraku dikekalkan seperti mana versi asal yang diperkenalkan pada tahun 1956 (mirip lagu "Mamula Moon"), Pemuda UMNO sebaliknya mahukan negaraku didendangkan dalam versi 2003 yang berkonsepkan Moderato dolce kerana ia jelas lebih bersesuaian dan membangkitkan perasaan lebih bersemangat ketika menyanyikannya selain gubahan lagu Negaraku pada tahun 2003 itu juga telah mendapat persetujuan dari kabinet dan Yang Di-Pertuan Agong pada waktu itu serta telah digazetkan oleh Parlimen. Ternyata isu ini mula membuka mata ramai pihak, cuma aku masih ternantikan suara-suara tokoh-tokoh nasionalis yang masih ada pada ketika lagu negaraku itu diperkenalkan pada tahun 1956, mungkin mereka inilah yang dapat memberikan gambaran sebenar atau justifikasi sebenar berkenaan isu "Negaraku" vs "Mamula Moon".
1 comment:
Aku lebih suka Negaraku berentak March..lebih bersemangat.
Post a Comment