Wednesday, November 16, 2005

Hari Raya Mamat Khalid

Raya kedua aku berkesempatan menonton rancangan “Track Celebrity” versi raya punya…kisahnya si budak Jimmy p travel ngan brader Mamat Khalid (pengarah filem careka yang kelakor tahap maksimum). Diorang p menjejak kembali kenangan Mamat Khalid hidup sebagai perantau di Negara Jerman Barat (waktu tu tembok berlin ada lagi)….memang manarik la brader mamat ni punya pengalaman hidup….ditambah lagi dengan gaya beliau bercerita…gagap-gagap slang perak…teringat kat member aku si Mangga. Aku mula kenal mamat khalid ni sejak dia jadi pengkritik AF je..sebelum ni haram tak kenal pun…tapi sebenarnya karya-karya dia ni telah lama tertaut kat hati aku…ye la, sampai sekarang ni asal ada nak wat rombongan aje..mesti ada mulut-mulut lawak yang menyebut “rombongan cik Kiah..”….selepas drama tu tiap2 kali raya mesti ada Drama arahan Mamat kat NTV7…jalan ceritanya mudah…kisah kehidupan harian..tapi cara beliau menghidupkan watak dan situasi menyebabkan cerita itu menarik dan kelakar. Drama “Hari Raya Abdullah Rafee” juga cukup menarik…pengalaman hari raya zaman 60an diimbas kembali…zaman hirup ais kepal….ngan kedai ais yang jual ais berbalut surat khabar / tahi papan. Drama lain arahan Mamat yang aku “layan” cam Jiran, Pinang Durian, Pukul 2 Petang, Mat Nor Khusairi & The Velvet Boy dan Filem Lang Buana…..projek beliau yang belum ditayangkan lagi ialah “Man Laksa”, filem ini diadaptasikan dari pengalaman Mamat sendiri di zaman Kanak-Kanak beliau….aku rasa Mamat ni pun suka cerita kenangan jugak la…macam Mr. Mangga gak…maklumla sekapai.. Aku juga baru tahu yang Mamat Khalid ni adik bongsu kepada “Lagenda” Kartun Malaysia..Datuk Mohammed Nor Khalid a.k.a Lat.

Mamat Khalid...

3 comments:

indica said...

Aku pun rasa si mamat tu pun cam aku jugak..suka bebenor dgn citer nostalgia. Tu pasal le aku boleh layan dia punya drama-drama including travelogue beliau menyusuri jln kenangan semasa beliau sengkek mengkek di Frankfurt dan Berlin tu. Menarik walaupun diselitkan dgn kelentong2 spt signage "Tok Mudim Kampong, Sila Buat Tempahan". Baru aku tau dia ni adik Datuk Lat, patut le kelako, dan gagagap dia tu menambah kelako...dan kisah kartun Lat "Keluarga Si Mamat" tu rupanya menggunapakai nama dia. dan baru aku tau drama-drama santai nostalgia tu dia ni punya kerja. Masa AF dulu aku tertanya-tanya sapa pulak mamat perak gagap tapi kelako ni..tgk gaya dan slang cam spesis Datuk Lat je, rupanya betoi... Dah tau tu, kalo ada masa boleh le aku tgk "Man Laksa" dan "Zombie Kampong Pisang"... Kalo usop selam dan Ajak Moiden punya pilem aku susah nak ikut, heavy sangat..

Harith Faruqi Sidek said...

usop selam ngan ajak moiden tu komersil je lebih..cerita stereotype je..balik2 cinta uda dan dara...aku suka karya Mamat Kalid (drama / filem), Rashid Sibir (drama), Aflin shauki (filem) n Yasmin Ahmad (Iklan/Filem)....

Unknown said...

drama mohd rafi berhari raya .. ada ke