Friday, October 28, 2005

Aku dan kenangan.....

Mengenang kembali zaman kanak-kanak memang seronok, aku memang rancak sampai tak ingat dunia kalau jumpa kawan2 yang dapat mengenang kembali cerita2 zaman dulu-dulu.Zaman aku kanak-kanak dulu personaliti t.v yang masih aku ingat pada era tersebut seperti Taufik Latif (populariti ketika itu setaraf Aznil Hj Nawawi), Hashim Embi, Harjit Singh Hullon, Ahmad Dassilah, Wan Chik Daud, Kamaruddin Ahmad,Salassiah Zakaria, Wazata Zain ngan dia punya “Jalut” ,Rahim Razali.

Pelawak yang aku minat Yahya Sulong , R.Jaafar (trade mark dia “Puih...”), Ayappan (aku suka stail dia gelak, memang tak jumpa dah la), Badul, Hamid Gurkha (paling aku minat ), Param pendek, Jamali Shadat ngan suara “Atan” dia, Ibrahim Pendek, Amran Kenit, Kamal Pendek, Tawil

Filem melayu masa tu cam Prebet Lapok, Setinggan (Seram wooo..), Si Luncai, Adik Manja (Adibah Nor ngan dialog “Panggil saya....Cikgu Bedah”), Darah Satria (Asal hari pahlawan je mesti tayang..aku suka lagu intro dia), Bukit Kepong (Filem kegemaran aku sepanjang zaman),
"Si Luncai" "Prebet Lapok"

Penyanyi yang aku ingat top masa zaman tu cam Andre Goh, Quniery M, Aman Shah, M. Daud Kilau, Herman Tino, Alleycats, Flybaits, black dog bone, sweet charity, Hamzah Dolmat, Kahar Hamid (Suara sebijik cam P.Ramlee)
Herman Tino
Hero sukan zaman tu mokthar dahari, santokh singh, arumugam, james wong, g torairaju, soh chin aun, rabuan pit., kalau nak tengok muka diorang tengokla “Arena Sukan”. Kalau bola ada “Road to Wembley”,.(abang mat mid sure melekat kat depan tv punya masa rancnagan ni...maklumla penyokong setia Derby County) ada jugak Italian Soccer.

Aku zaman kanak-kanak suka main Kalkitos...ngan kereta mainan (aku ada koleksi mainan ni..tapi dapat kat adik aku..hancurrrrr..masa tu “Matchbox” ngan “Majorette” la top , Hot Wheels takda lagi masa tu) asal p shopping complex je mesti mintak mama beli Kalkitos ngan kereta mainan.

Time kat sekolah aku suka main Konda Konde, Galah Panjang (court badminton ngan bola tampar jadi mangsa..pasal dah sedia ada garisan), Police and Thief (zaman sekolah aku sebut “polis entry”...aku selalu main game ni ngan budak pompuan India..selalunya aku jadi “thief” diorang jadi polis....laju giler diorang lari...naik semput aku dikejornye...yang masih aku ingat Renggayangi.), Ting ting, sep tiang (sampai penuh karat tiang tu lekat kat baju...aku ingat tiang tu berkarat dek peluh kitorang ni jugak la...), Guli (zaman tu 30 sen dah dapat satu bunjut guli...aku tak berapa terer main guli ni..manjang kalah, Tiup batang ais krim (sanggup p selongkar tong sampah sekolah pasal nak carik batang ais krim), tepuk kad ( ni kad kecik yang ada gambar ultramen, superman dll tu..), Tutup Botol (cam main seremban gak..tapi moden sket pasal pakai tutup botol, seremban pakai batu jalan...) Bola Tekan (ni aku main sampai sekolah menengah ni....he..he.)

Masa zaman sekolah, kasut sekolah selalu jadi item kebanggaan...masa tu kalau dapat pakai kasut Aliph White Shadow (kasut Hi-Cut) kira hebatla...tapi mama selalu belikan kasut BM2000, Marco, Bata (ala yang diorang wat main sepak takraw tu)...kalau yang murah lagi tu ada Foong Kiong atau kawan2 india aku selalu pakai kasut getah putih.


Kemudian aku mula dihiburkan dengan rancangan seperti Cumi dan Ciki, Buck Rogers, Kunta Kinte (adaptasi dari novel asal berjudul “Roots” pernah kubaca), The Osmonds (donny and marie), Eight is Enough (cite pasal keluarga yang ada 8 orang anak..) Mickey Mouse Club (aku suka lagu tema dia M.I.C.K.E.Y..M.O.U.S.E), Mind Your Language (“Thousand Appology” dialog dari watak bernama Ali),Opah (Drama terpanjang pernah aku tonton dengan lagu tema “Dia seorang tua...pengasih dan penyayang....la..la..la..) , PJ (ala-ala Dallas Malaysia la, Kisah perjalanan hidup keluarga korporat , masa tu aku minat betul kat watak Puspa (Melissa Saila) ), Puspawarna ( skang dah upgrade jadi Hiburan Minggu Ini kot ), Bj and The Bear ( cite hero bawak trelar panjang ngan Beruk), Sherif Lobo (cite menyebabkan semua kawan2 aku yang ada bapak nama Shariff kena ejek jadi Shariff Lobo...berdosa betui aku ni..iskh..), Oshin ( mula2 aku suka cite ni...peh tu bosan lak...panjang betul siri ni..cite dari dia kecik sampai besor..). The Greatest American Hero (Hero pandai terbang tapi time landing bersepah...lagu tema dia best “believe or not, i’m working on it.......”), The A Team (Aku suka Murdoch ngan B.A), Remington Steeel (Pierce Brosnan jadi hero utama), Hart to Hart (Robert Wagner, cite penyiasat suami isteri), Spencer for Hire, Dynasty, Dallas, Little House On The Praire (agak bosan tapi mama suka tengok so aku pun layak gak...mana ada channel lain masa tu..),Max Headroom (rancangan carta UK)


Zaman aku takda majalah ujang....tapi mama selalu belikan Kuntum, Bujal ngan Bambino...Gila-Gila tu mama tak kasi baca..tapi kalau balik kampung, aku selalu p rumah sedara aku yang ada koleksi Gila-Gila..

Snek zaman aku dulu tak lain dan tak bukan lagi..Cheekedeez, O-Ya, Cheezel,Bubble Gum (ala chewing gum yang cam guli tu..ada 3 bijik kaler merah, hijau, hitam), Mamee (aku penah gaduh ngan makcik aku pasal dia nak bagi aku makan mamee yang dimasak dulu...apparaaa.masa tu kulit mamee kaler biru harga 20 sen) mamee mini (cam mamee gak tapi kecik...harga dia masa tu 5 sen je sebungkus). Roti Kaya (aku suka roti yang kaya Babu roti tu masak sendiri...perghh manis sedap..rindu kat Babu tu..penah satu hari tu Babu ni kena tumbuk ngan satu lagi babu roti yang kitorang tak suka..berebut pelanggan la masa tu).

Banyak lagi cite ni tapi mungkin Mr.Mangifiera lebih banyak nostalgianya dalam era ini.

4 comments:

indica said...

Hehehe..Cikgu Bedah dlm Adik Manja tu Adibah Amin le..bukan Adibah Noor. Masa sekolah rendah dulu aku pernah baca novel dia "Seroja Masih Di Kolam". Tapi dah lupa cerita pasal apa..

Ko minat Herman Tino ke?

Unknown said...

Teringat waktu kecil...maaf menyinggah di laman tuan. Saya boleh dikategorikan generasi muda sedikit drpd tuan...ada beberapa cerita yg dicungkil kurang tahu, mungkin saya baru dilahirkan ketika itu. Tapi, satu tulisan yg ikhlas.

Unknown said...

Semua yang tuan sebut, sy pernah menempuhinya, maknanya kita mgkin sebaya gitu. Mmg semuanya indah dan x dpt disamakan dgn skrang. Andai masa buleh diputar kerana waktu tu kita hidup bertemankan arwah ibu dan bapa.

HighFidelity said...

Semua diatas adalah sama seperti yang saya lalui. Ya betul mungkin usia kita adalah dalam lingkungan yang sama. membaca penulisan tuan membuatkan saya termenung sejenak memikirkan zaman semasa kanak kanak dahulu.