Hubungan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa telah bermula sejak
kurun ke-14 lagi, sepertimana diceritakan dalam naskah lama "Sejarah
Melayu" dan "Hikayat Hang Tuah". Sebagai contoh
pertembungandiantara Taming Sari dengan pahlawan lagenda melayu, Hang Tuah.
Catatan oleh Tom Pires turut menyatakan bahawa telah ada perkampungan orang jawa
dizaman Kesultanan Melayu Melaka, catatan beliau antara lain ada menyebut
nama-nama penempatan seperti Kampung Jawa dan Parit Jawa. Menurut Noriah Mohamed
(2001:13), Pulau Jawa merupakan 7% daripada keseluruhan kepulauan Indonesia
dengan kepadatan penduduk sekitar 60 juta orang, dan dipercayai proses migrasi
orang jawa ke Tanah Melayu telah bermula sejak 1870an lagi.
Merantau atau Minggat
Menurut Khazin Mohd. Tamrin (1978), penghijrahan orang Jawa
ke Tanah Melayu adalah melalui dua keadaan, iaitu;
Merantau : Orang Jawa merantau ke Tanah Melayu atas banyak
sebab,antaranya untuk memperbaiki taraf hidup, sama ada dengan bekerja
dengan pedagang asing yang berlayar diantara kawasan di Nusantara atau
berniaga sendiri. Tidak kurang juga orang Jawa yang merantau ke Tanah Melayu
atas tujuan mempelajari ilmu atau mengembangkan ilmu.
Minggat : Faktor ini ialah atas sebab melarikan diri dari
sesuatu perkara yang berlaku keatas diri mereka sewaktu di tanah leluhur mereka.
Antara faktor yang boleh disabitkan ialah atas sebab persengketaan politik,
jenayah atau isu kekeluargaan.
Terdapat juga orang jawa yang datang ke Tanah Melayu secara paksa,iaitu diculik oleh sindiket pedagangan manusia yang menyediakan bekalan buruhkepada pedagang yang berlabuh di Tanah Melayu. Diceritakan orang jawa yang menjadi mangsa penculikan ini akan dibawa ke Singapura untuk dijadikan buruh. Terdapat juga kes dimana orang-orang jawa yang mahu mengerjakan haji telah ditipu oleh para sendiket ini, mereka tidak dihantar ke tanah suci untuk mengerjakan haji,sebaliknya dijual kepada peladang-peladang di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.(Khazin Mohd. Tamrin ,1978:710).
Namun ada juga faktor lain yang membawa orang jawa berhijrah
ke Tanah Melayu seperti mana yang disebut oleh Nelmawarni dan Nordin (2011),
Penghijrahan orang jawa dari kepulauan Nusantara adalah kerana mencari
pekerjaan, antara jenis pekerjaan yang dilakukan ialah buruh kontrak, buruh
bebas atau sebagai peneroka tanah. Malah ada juga dikalangan orang jawa di Tanah
Melayu yang berhijrah secara tidak dirancang, contohnya mereka yang singgah di
Pulau Pinang dan Singapura sewaktu dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah, ada diantara
mereka ini tidak meneruskan perjalanan atau pelayaran ke Mekah, sebaliknya
berubah fikiran lalu menetap terus di Tanah Melayu, dan ada juga yang tinggal
terus di Tanah Melayu selepas pulang dari mengerjakan Haji.
Jika dibandingkan dengan orang Minangkabau yang turut sama
berhijrah ke Tanah Melayu, Orang jawa dilihat lebih cenderung bekerja dengan
kerajaan, sementara orang Miangkabau lebih suka berniaga, malah budaya “makan
gaji” adalah tidak digalakkan / disukai oleh orang Minangkabau yang merantau. Namun
orang Jawa yang bekerja sebagai buruh ini telah menyebabkan populasi mereka
tersebar ke seluruh jajahan koloni inggeris dan Belanda, dari Tanah Melayu,
Afrika Selatan (dibawa oleh Belanda) malah hingga ke kepulauan Carribean.
Penghijrahan orang jawa di Selangor
Pada sekitar tahun1890an, masyarakat melayu yang menetap di
Kuala Lumpur adalah terdiri daripada pedagang daripada Sumatera dan Jawa
(Gullick, 1993:34). Di daerah Klang, telah dikesan aktiviti perdagangan yang
diketuai oleh pedagang jawa yang diketuaioleh Syeikh Mohd Taib (MISC 183/80
Kuala Lumpur). Pada tahun 1930an, kebanyakkan peniaga melayu yang berniaga di
kawasan Batu Road, Melaka Streetdan Malay Street adalah terdiri daripada orang
Jawa dari Sumatera. Masyarakatj awa di Selangor kebanyakkannya memilih
penempatan di kawasan pertanian, mereka memilih cara hidup dengan bercucuk tanam
dan berkebun. (Noriah Mohamed,2001:223)
Faktor perkembangan pesat industri pelombongan bijih timah di
kawasan lembah Sungai Kelang juga telah menarik penghijrahan ramai orang jawa ke
daerah ini. Berbanding dengan orang cina dari tanah besar, orang jawa ini
menjalankan kegiatan melombong bijih timah secara kecil kecilan di kawasan
pendalaman.(Khazin, 1978:73).
Menurut Noriah Mohamed(2001:147), kawasan yang dikesan
mempunyai penduduk berketurunan jawa yang ramai di Selangor ialah:
1)
Tanjung Karang
2)
Sabak Bernam
3)
Kuala Selangor
4)
Kelang
5)
Banting ( Kuala Langat)
6)
Sepang
Membuka penempatan di Daerah Klang
Dalam laporan Pegawai Daerah Klang sewaktu melawat Teluk
Menegun dan Kampung Jawa dalam tahun 1890, beliau ada mencatatkan penemuannya
tentang kawasan penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Hasil temuramah dengan
beberapa orang penduduk lama serta waris kepada peneroka kawasan yang asal,
Khazin Mohd Tamrin( 1978: 77) telah menemui maklumat tentang asal usul pembukaan
beberapa kawasan penempatan di Klang.
a) Kampung Jawa
Meskipun kebanyakkan penempatan di Negeri Selangor dibuka
oleh orang Bugis yang merantau, tetapi terdapat juga bukti penempatan yang
dibuka oleh orang Jawa yang berhijrah ke Selangor, terutamanya di Klang. Menurut
Khazin (1978:73), Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1860an, antara nama
yang disebut sebagai pelopor pembukaan kawasan ini ialah Haji Hussein dan Haji
Mohammad Tahir yang berasal dari BatuBara, Sumatera. Kawasan ini dikatakan
telah dibuka sekitar tahun 1875 oleh Haji Latiff yang dikatakan berasal
dari Semarang.( Khazin, 1978: 73).
a) Bukit kapar.
Kawasan ini dikatakan telah dibuka dalam tahun 1920an lagi,
ianya diketuai oleh Abdul wahid b. Ahmad.
b) Meru.
Meru telah dibuka oleh Haji Shariff bin Haji Abdul Razak
sekitar tahun 1909. Maklumat ini disampaikan oleh anak beliau yang menjadi Ketua
Kampung dalam satu temuramah pada 21 April 1974.
c) Kampung Rantau Panjang
Kawasan penempatan ini telah dibuka oleh Haji Siraj bersama
sahabatnya Haji Hassan pada tahun 1919.
d) Kampung Sungai Jati
Kawasan Sungai Jati di Jalan Kampung Jawa telah dibuka oleh
Haji Sidek dan Haji Mohd Damin.
Papan Tanda ini pastinya belum wujud ketika orang-orang jawa mula berhijrah ke Klang dan Kuala Selangor |
Penempatan Orang Jawa di Ulu Langat
Di kawasan Ulu Langat juga telah dikesan mempunyai penempatan
yang dibuka oleh orang Jawa. Sebuah kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung
Jawa telah dibuka sekitar tahun 1916 oleh sekumpulan orang Jawa yang dibawa
masuk oleh Inggeris. Kumpulan orang Jawa ini pada asalnya bekerja sebagai buruh
kontrak di Ladang Kopi di sekitar Pantai Selangor (Khazin, 1978:78). Walau
bagaimanapun, tidak dapat dapat dipastikan sama ada penempatan yang dimaksudkan
itu adalah sebuah perkampungan kecil yang dibuka oleh orang jawa sekitar tahun
1920, perkampungan ini terletak di Batu18, Jalan Sungai Lui.
Membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor
Menurut Khazin Mohd Tamrin(1978:78), perancangan kerajaan
British telah menyumbang kepada penghijrahan orang Jawa ke Daerah Kuala
Selangor. Penghijrahan ke kawasan seperti Tanjung Karang dan Sabak Bernam adalah
disebabkan oleh aktiviti pertanian seperti padi dan kelapa yang mereka usahakan.
Penghijrahan yang berlaku sekitar tahun 1930an ini bukan sahaja melibatkan orang
jawa yang datang dari Pulau Jawa, tetapi juga mereka yang telah menetap di
kawasan berhampiran, umpamanya dari Hilir Perak. Walaubagaimanpun, sebelum
adanya penghijrahan besar-besaran ini, sebilangan kecil orang jawa telah pun ada
di Sabak Bernam.Generasi pertama orang Jawa di Sabak Bernam ini menyara hidup
sebagai pekebun kecil dan dipercayai mula berada dikawasan tersebut 20 tahun
lebih awal, iaitu sekitar 1910.(Khazin Mohd Tamrin,1978:79).
Kampung Api-api dalam Daerah Kuala Selangor dikatakan telah
dibuka oleh orang jawa yang berasal dari Banyumas, kumpulan orang-orang jawa ini
diketuai oleh Tuan Haji Abdul Moin.Penerokaan mereka sehingga wujudnya Kampung
Api-api adalah berdasarkan geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan British
yang bertarikh 1901, tetapi anggaran tahun kampung ini dibuka adalah berdasarkan
usia pokok kelapa yang ditanam oleh orang-orang jawa dikawasan itu yang
dianggarkan telah mencapai usia 30 tahun pada ketika itu.
Anak Tuan Haji Abdul Moin, iaitu Tuan Haji Idris Haji Moin
bersama sahabatnya, Salamenko pula bertanggungjawab meneroka kawasan Pasir
Tuntong. Salamenko kemudiannya telah berhijrah keluar dari kawasan Pasir
Tuntong, lalu membuka penempatan di Sungai Yu. Seterusnya kawasan-kawasan lain
turut dibuka oleh generasi orang jawa yang seterusnya,seperti penempatan di
Kampung Ijok, Bukit Badong dan Bukit Kuching. Kumpulan orang-orang jawa yang
membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor ini dikatakan berasal dari Daerah
Pacitan, Magelang dan Ponorogo. Pada tahun 1945, kampung Batang Berjuntai telah
dibuka oleh seorang berketurunan jawa yang bernama Jemain bin Kasok, namun pada
ketika itu, kawasan itu lebih dikenali sebagai kampong Jaya Setia atau Batang
Trill.
Membuka Penempatandi Daerah Kuala Langat
Antara kawasan yang dilihat menjadi tumpuan penghijrahan
orang jawa di Selangor adalah di Daerah Kuala Langat. Dibawah pemerintahan British,
perolehan atau penerokaan tanah harus dilakukan dengan rasmi, iaitu dengan
mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Inggeris.Meskipun mendapat persaingan
daripada penduduk tempatan dalam memperolehi hak penerokaan kawasan di Daerah
Kuala Langat, British dikatakan cenderung memberi permit atau kebenaran kepada
orang-orang Jawa berbanding orang tempatan, malah dari kacamata British,
orang-orang jawa yang berhijrah ini disifatkan sebagai “The Best Colonist”.
Merujuk kepada Khazin Mohd Tamrin (1978:76), sehingga 1888, beberapa buah
penempatan di Daerah Kuala Langat ini telah dibuka oleh orang jawa, antaranya
Kelanang yang dibuka oleh Haji Kiai Kadir dan Tanjung Dua oleh Encik Sadik.
Khatimah
Meskipun telah berada di daratan yang baru, orang jawa yang
berhijrah ke Tanah Melayu ini dilihat masih setia membawa bersama adat dan budaya
leluhur mereka, amalan seperti rewang, kondangan dan sebagainya masih jelas
diamalkan di kebanyakkan penempatan yang mereka buka. Selain daripada itu,
kaedah pemilihan ketua bagi sesebuah penempatan mempunyai kelainan diantara satu
kawasan dengan kawasan yang lain,contohnya di beberapa penempatan di Klang,
seseorang pemimpin kampung atau lurah
dipilih dari kalangan mereka yang mula-mula membuka penempatan tersebut. Satu
lagi kaedah memilih lurah adalah
melantik mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berbanding kebanyakkan orang
didalam penempatan tersebut, biasanya ilmu agama dan ilmu yang berkaitan dengan
kemahiran hidup.
Rujukan :
Khazin Mohd. Tamrin.(1978). Orang Jawa di Selangor Kedatangan
dan Penempatan.Jebat (7/8), 68 - 85.
Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan danPenempatan 1880 – 1940.
Kuala Lumpur: DBP. (Kat D 595.2 .J4.K45 n.5)
Koleksi Cerita Rakyat : Daerah Kuala Selangor. (2006). Selangor: Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
(UPEN).
Nelmawarni Bungo & Nordin Hussin. (2011).Merantau ke
Kuala Lumpur: Tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang. Geografia,7,
116 - 131.
Noriah Mohamed. (2001). Jawa Di Balik Tabir. Bangi:
Penerbit UKM. ( 42 PL 5161.N67 n.5)
Omar Yusoff & Noriah Mohamed.(2010). Daripada Jawi
Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau
Pinang pada Abad ke-21. SARI, 28 (2), 63 - 82.
21 comments:
Interesting reading. Thanks
( 42 PL 5161.N67 n.5)
ni apa ye? ISBN ke nom siri ke ape ek? hehe..sy nak buat citation..terima kasih.. :)
Oh...nombor tersebut adalah no.panggilan bahan berkenaan di perpustakaan tun seri lanang, UKM...saya letak supaya mudah utk dicapai kembali....utk citation boleh abaikan nombor berkenaan....terima kasih.
Prof dr kazen dan prof noeiah sememngnya antara yg membuat kajian tentang masyarakat jawa di Malaysia/Selangor. Blog yang baik saudara Harith..
Salam Z NIzam,
Terima kasih kerana singgah di Blog ini, benar seperti makluman saudara, kedua sarjana tersebut memang menjadi rujukan dalam kejian berkaitan masyarakat jawa di Malaysia khususnya.Kebetulan saya berpeluang mengenali Dr. Khazin dan Prof. Noriah MOhammad sewaktu mereka berkhidmat di UKM.
Very interesting indeed. Salam hangat dari Jakarta *rudy
salam saudara Rudy,
Terima Kasih,
Bagaimana posisi orang jawa di malaysia? apakah mendapat pembedaan seperti India dan Cina? atau melebur bersama melayu, mengingat persamaan agama,ciri fisik?
Menarik sekali, mungkin perlu dikaji semula nama asal daerah di Jawa. Kemudian perlu diteruskan perhubungan dengan para leluhurnya agar dapat terjalin hubungan budaya yang kukuh dan dapat dikembangkan menjadi hubungan ekonomi serta pelancongan.
Good Refference
Salam from Indonesia
Terima kasih atas rencana di atas. Sangat mencerahkan bagi seorang yang berketurunan Jawa seperti saya.
Salam,
Terima Kasih semua...semoga bermanfaat, sila rujuk bahan yang saya gunakan untuk penulisan ini untuk maklumat yang selebihnya.
salam, saya tengah buat kajian tentang masyarakat jawa di selangor. Kalau orang luar nak masuk library ukm boleh ke? Atau ada buku buku ilmiah di jual di kedai kedai buku tentang masyarakat jawa? Thanks
Salam,
Kalau tuan dari agensi yang mempunyai MoU dengan Library UKM, tuan boleh terus guna, tetapi kalau persendirian atau dari korporat, tuan boleh rujuk status di meja penasihat perpustakaan terlebih dahulu, biasanya kami nasihatkan agak tuan pastikan dahulu bahan yang hendak dirujuk itu ada didalam koleksi kami sebelum membayar yuran rujukan (sekiranya dikenakan).
#indog
Assalamualaikum Tuan Harith...
Alhamdulillah syukur saya kehadrat Allah Swt kerana dapat dipertemukan dengan Prof.Dr.Kazen dan ngeteh bersama beliau dan isteri, di simpamg balak kajang pada 16 Ogos 2018. Agak sedikit uzur tapi mampu untuk berkongsi pengalaman beliau.
Pada awalnya saya tidak mengenali beliau dan terus sembang santai sehingga bertemu topik Jawa yang dilontarkan oleh beliau. Dan beliau pun mengeluarkan rumusan tentang orang2 jawa di selangor dalam kajian beliau semasa di UKM. Akhirnya saya bertemu artikel ini dan mengetahui beliau adalah seorang cendikiawan. Tapi sayang saya tidak mengambil no. telefon beliau.
harap Tuan Harith dapat membantu saya. Pls . email saya : mustafa.matsom@yahoo.com.my Tel:01128358716 - whatsapps only TQ
Sangat menarik, baca juga nih Daftar Tarif Tol dan Jalur Mudik
Salam wbth, saya sedang mencari susur galur keturunan saya dikatakan drp Hj Hassan ponorogo.Datang ke selangor dan anak2 beliau buka kawasan di kuala langat.Harap dapat bantu saya.t kasih
Menarik kalau kita kaji pasai orang Jawa ni. mertua saya adalah orang Jawa. Sedikit sebanyak kita belajar mengenai budaya orang jawa itu sendiri.
Master Harith, boleh dapatkan lagi buku ni sekarang?
terbaik Harith Faruqi, saya pun rujuk dalam blog ni. TK
Post a Comment