Wednesday, October 26, 2005

Sibuk skett nih...

Perghh…dua hari tak memblog..sibuk sket la..skang ni tengah audit dalaman ISO..so ada hari jadi auditee..ada hari jadi auditor lak….ni aku nak “lontarkan” sedikit pengalaman aku dalam ISO ni, pengalaman ni bukan sekadar di organisasi aku saja, tapi juga hasil cakap dengar dari rakan-rakan dari jabatan lain. ISO ni memang ramai yang tengah ghairah nak buat..tapi hakikatnya implementasi itu kengkadang diragui…yelah..bila time nak audit, time tu la nak kemaskini semua rekod, mana yang tak lengkap tu dilengkapkan, mana yang tak ada diadakan, mana yang ada ditiadakan…so kalau kes jenayah tu dah boleh kena “charge” tu pasal merekacipta bukti dan menghapuskan bukti. Lagi satu sikap auditee dan auditor ni pun ada yang tak kena, ada auditor tu semacam sengaja nak mencari salah, kalau dapat kesan banyak NCR maka umpamanya dialah auditor yang bagus..teliti…padahal ada bukan semua NCR tu betul, kemudian auditee pulak ada yang tak boleh terima NCR, bertikam lidah dengan auditor…ni kes audit dalam la..kalau auditor SIRIM boleh cakap baik2, pendek kata kerana ISO, hubungan harmonis yang selama ini terbentuk sejak 20 – 30 tahun berkhidmat bersama lebur dek keegoan masing-masing..walaupun hakikatnya ia boleh dielakkan jika masing2 menghayati peranan sebenar auditor dan auditee…aku sendiri sebagai auditee, memang tak kisah kalau auditor nak bagi seberapa banyak NCR pun..sikit pun tak “terluka” malah aku lebih suka ada NCR (minor je la..kalau major pening gak)..sebab apa pertamanya, kadang-kadang kakitangan sokongan ni bila kita suruh buat sesuatu perkara itu, dia ambil ringan saja, tapi bila pihak luar yang jumpa kesilapan tu dan direkodkan, maka lebih mudah kita jadikan asas kukuh untuk mereka laksanakan perkara tu dengan lebih baik. Sebenarnya banyak lagi perkara pro dan kontra yang timbul dari perlaksanaan ISO ni…tapi malaslah nak taip panjang2…kang jadik esei lak..

2 comments:

Anonymous said...

di sokong 100%...kekadang ISO ni membebankan..

Anonymous said...

Sedikit sbyk ISO ni boleh meningkatkan kadar aliran darah seseorang. Bagi org yg gemar kpd adrenalin rush, elok le ISO ni, bagi yg cepat kalut kesian dibuatnya. Tu pasal ada olang kata .. ISO-Ia Susah Olang..