Pagi tadi on the way p opis aku dengar ERA radio...topik perbincangannya berkisar tentang lagu kebangsaan kita "Negaraku" yang didakwa sebagai saduran dari lagu hawaii tajuk "Mamula moon nyanyian "Felix Mendelssohn and His Hawaiian Serenaders" dari album Paradise Isle...aku dah dengar lagu tu...masyaallah..memang sebijik iramanya..cuma temponya agak slow n mendayu...senikata of course tak sama. Perkara ni sebenarnya dah lama aku baca dalam akhbar...rakyat malaysia yang terjumpa lagu ni ialah Md Zain Shahdan, seorang kakitangan INTAN..kebetulan pada masa tu anaknya memainkan semula lagu dari koleksi lama beliau yang telah tersimpan selama hampir 10 tahun, dan dakwa beliau lagu itu dicipta sekitar tahun 1940 an. Ada pulak dakwaan lagu negaraku disadur dari lagu kebesaran negeri Perak yang juga diadaptasikan dari lagu "Terang Bulan" (pun aku dah dengar dah..sebijik sioooott) yang berkonsepkan keroncong serta popular di tanah jawa dan malaya sekitar tahun 1930an. Kalau lagu Perak tu disadur dari lagu mamula moon ni, memang masuk dek akal gak, pasal Sultan Perak (Raja Abdullah) pernah menetap di Pulau Seychelles setelah dibuang negeri oleh British ( kes J.W.W Birch la..), yang mencipta lagu Perak tu mengikut Prof. Khoo Khay Kim ialah Raja Chulan, anakanda Raja Abdullah, kebetulan sebuah band dari Perancis pernah mainkan lagu ni disana. Kalau disingkap kembali sejarah lagu "Negaraku", setelah mendapat kemerdekaan, satu pertandingan mencipata lagu kebangsaan telah diadakan, akhirnya lagu saduran dari lagu "Terang Bulan" ni yang terpilih, melodi lagu ini dipilih oleh jawatankuasa khas yang turut melibatkan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia yang pertama), malahan ada dakwaan adaptasi melodi dari lagu terang bulan itu adalah datangnya dari beliau.Sejak ternobatnya lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan, "beat"nya telah diubah 2 kali, pertamanya pada 1993, oleh Ahmad Dasilah (dulu kalau tengok rancangan hiburan kat RTM nama ni memang famous la....) kemudiannya pada tahun 2003 oleh Datuk Wah Idris ( tempo marching).Ahli sejarah sebenarnya takde bukti lengkap siapa pencipta asal melodi lagu ni..sampaikan ada yang mendakwa lagu ni sebenarnya ciptaan seorang komposer dan penyair terkenal dari Perancis yang popular sekitar abad ke-19, iaitu Pierre Jean de Beranger.Jadi aku terkenang kembali selama ni pagi2 buta aku nyanyi kat perhimpunan sekolah dari kecik sampai besor tu rupa-rupanya lagu Hawaii...hampeh betul la..memang sedih betulla kalau betul lagu negaraku diciplak dari lagu Hawaii tu....Baru-baru ni teruk si Hattan kena hentam dengan sorang ahli parlimen pasal nyanyi lagu negaraku tak ikut versi asal..siap nak dicampak kelaut lagi si Hattan tu...dituduh pengkhianat negara lagi...tapi bila difikirkan balik...kalau betullah lagu negaraku disadur dari lagu Mamula Moon ni...apalah nasib negaraku Malaysia...sudahlah undang-undang pun saduran British, lagu kebangsaan pun didakwa saduran jugak agaknya pasal ni la Bunga Kebangsaan pun sama dengan Hawaii, Bunga Ros...wallahua'lam...yang asli agaknya hanya "Orang Asli".
Lirik lagu Negeri Perak
Dilanjutkan, Allah usianya Sultan,
Adil dan murah, memerintah watan,
Ditaati rakyat kiri dan kanan,
Iman yang soleh Allah kurniakan,
Allah berkati Perak Ridzuan,
Allah selamatkan negeri dan Sultan.
Lirik lagu Terang Bulan VS Negaraku
Terang bulan (Negaraku)
Terang bulan di kali (Tanah tumpahnya darahku)
buaya timbul disangkalah mati (Rakyat hidup bersatu dan maju)
jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati (Raja kita selamat bertakhta)
Jangan percaya kepada lelaki (Rahmat bahgia, Tuhan kurniakan)
Berani sumpah tapi takut mati. (Raja kita selamat bertahkta).
jadi apakah kita perlu sebuah lagu yang benar2 wataniah? fikirkanlah......
2 comments:
Patut la aku rasa terbuai-buai aloha je bila nyanyi negaraku..
Aku rasa kamu maksudkan tu bunga raya(hibiscus rosa sinensis)...tu le pase, tengah lapor..
Lohh.. memang dah femes sangat laa yg lagu Negaraku nih saduran lagu Terang Bulan.. rasanye setiap rakyat Msia patut tahu or even dah tahu.. Dalam buku Sejarah sekolah menengah pun dah jelas cerita pasal nih.
Tapi saya rasa tak adil laa kata lagu Negaraku nih lagu saduran Mamula Moon sbb anda sendiri akui yang lagu TerangBulan nih lagu popular nusantara sekitar 1930an manakala lagu Mamula Moon tuh lagu 1940an. So, sapa sebenarnye yang ciplak sape agaknye ? Maksudnye, tak mustahil lah yang lagu Mamula Moon ni yg sebenarnya ciplak lagu TerangBulan.
Ingat lagi dak kes Bollywood curi lagu Iwan ( lagu "Yang Sedang Sedang Saja" ) pastuh bubuh dalam filem Hindustan, filem " MANN ".. ( lagu tuh dpt nama baru, "Tinna Tin Tana" ). Last2 filem Hindustan tuh yg dapat nama dan pastuh lepas jadi kontroversi, baru laa ramai orang sedar yang lagu tuh Iwan yg buat.
(rujuk : http://www.xsmusic.com.my/whatsup/june2000/xwrit/iwan.htm )
Haa.. kot2 gitu jugak laa kes nya ngan lagu Negaraku nih yer.... Sepatutnya lagu Mamula Moon yg sebenarnye kena question dalam kes ini.. he he.. mentang2 dia Mat Salleh, kita kasi pejam sebelah mata jer..
Post a Comment