Kebelakangan ini di kaca televisyen sering diudarakan iklan tentang OKU (Orang Kurang Upaya), masyarakat "istimewa" digesa mendaftar secara rasmi sebagai Orang Kurang Upaya. Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2005 telah memberi perhatian khusus kepada golongan ini. Kerajaan prihatin terhadap golongan OKU serta sentiasa memastikan mereka dapat bersama berperanan dalam usaha pembangunan negara. Lebih banyak kemudahan mesra OKU akan disediakan seperti kawasan barrier-free, kemudahan ICT dan assistive technologies. Juru bahasa isyarat akan ditambah untuk membantu golongan kurang upaya pendengaran dan percakapan. Bagi memastikan kesemua OKU menerima kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, kempen mendaftar OKU akan diperhebatkan. Kerajaan juga mencadangkan pelepasan cukai tambahan bagi OKU dinaikkan daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit. Bagi pasangan yang kurang upaya pula, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai tambahan yang kini diberi sebanyak 2,500 ringgit dinaikkan kepada 3,500 ringgit.
Program Pemulihan Dalam Komuniti bertujuan membantu OKU menjalani program pemulihan kecacatan dan pembangunan dalam keluarga dan komuniti agar dapat berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Kerajaan sedar tidak semua ibu bapa mampu menghantar anak kurang upaya untuk mendapatkan pendidikan khas ini. Bagi meringankan beban dan membolehkan kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan yang sewajarnya, Kerajaan mencadangkan supaya elaun bulanan sebanyak 25 ringgit seorang diberi kepada pelajar kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti dan Sekolah Khas kelolaan pertubuhan sukarela kebajikan. Kerajaan ingin memastikan bahawa institusi pemulihan dan perlindungan menyediakan makanan dan minuman seimbang kepada penghuninya yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, warga tua dan OKU. Kerajaan amat prihatin ke atas kebajikan penghuni institusi ini dan mencadangkan supaya perbelanjaan makanan dan minuman harian mereka dinaikkan daripada 3 ringgit 90 sen seorang kepada 8 ringgit seorang.
Tetapi itu semua adalah peranan dipihak kerajaan, bagaimana pula golongan massa yang membentuk komuniti kita? adakah kita sedia berkorban untuk golongan ini? adakah kita benar-benar ikhlas dalam membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik?, saya cukup meragui kesediaan kita insan normal dalam memudahkan kehidupan golongan OKU, sebagai contoh, jika kita prihatin mengapa kita sewenangnya meletakkan kenderaan dipetak letak kereta yang disediakan untuk golongan ini?, jika kita simpati mengapa kita "cerobohi" tandas-tandas yang disediakan untuk golongan OKU? jika kita penyayang mengapa bila terlihat sahaja golongan ini, mengapa kita sebolehnya menjauhkan diri?....kita boleh bangga dengan kemajuan ICT di organisasi kita, tapi adakah kemudahan untuk OKU ini kita sediakan atau dinaiktarafkan? berapa banyak institusi keilmuan yang menyediakan bahan ilmiah dalam sistem Braille atau kemudahan yang seumpamanya bagi membantu golongan mahasiswa OKU? adakah memadai kita bertepuk tangan tanda kagum sewaktu mereka menaiki pentas menerima golongan ijazah? tahukah atau sedarkah kita derita dan onak duri yang terpaksa mereka tempuhi demi memiliki ijazah tersebut? sepatutnya "harga" ijazah yang mereka terima lebih bernilai di pasaran kerja, tapi hakikatnya "Sijil Am Pelajaran" jauh bernilai di mata majikan-majikan yang tidak prihatin.
Ingin jugak aku tanyakan berapa banyak pusat membeli belah yang kononya berbintang2 tarafnya itu menyediakan kemudahan yang sempurna untuk OKU? dari segi mobiliti mereka? adakah mereka harus terus bergerak dari satu aras ke satu aras dengan menggunakan lif? mengapa tidak semua Pusat membeli belah atau bangunan kerajaan menyediakan kemudahan eskalator landai sepertimana yang terdapat di Alamanda, Putrajaya? bukankah ianya lebih mudah dan pantas?. Inilah hakikat citra sebahagian dari masyarakat kita yang "bertamadun", kita selalu marah bila hak kita dicabuli atau diabaikan, mungkin kita akan hanya sedar bila kita sendiri ditakdirkan terpaksa mendaftar sebagai OKU...fikir-fikirkan lah...
2 comments:
Aku selalu insaf bila terpandang OKU. Tapi ada juga OKU yg jauh lebih hebat dari kita krn yg pasti semangat juang sebahagian OKU adalah jauh lebih tinggi. Cuma kesedaran kita terhadap golongan OKU tak sehebat setengah negara luar.
escalator landai yg kat K4 tu ke? or is it Moving Walkway mcm yg selalu kat airport tu?
aku first time tgk kompleks belibelah yg ada moving walkway ni kat MBK.
yup yang kat K4 tu...moving walkway boleh jugak, tapi eskalator tu lbh praktikal pasal mengelakkan penggunaan tangga, lif etc....cam kes kat opis aku baru ni..ada kakitangan OKU terkurung dalam lif..kan ke naya tu..
Post a Comment