Wednesday, February 08, 2006

Al-fatihah...

S.Jibeng atau nama sebenarnya Jaafar Siddiq, seorang insan seni pergi menemui ilahi. Beliau pergi menemui maha pencipta pada usia 64 tahun. Sebagai seorang insan "istimewa" kehadiran beliau dalam masyarakat mendapat perhatian dan namanya sentiasa meniti dibibir, terutama pencinta irama "60an" seperti aku. Allahtarham S.Jibeng sudah sinonim dengan kaca mata hitam, malahan sejak kecil lagi jika berseloroh dengan kaca mata hitam, pastinya nama S.Jibeng akan disebut. Biar menjadi bahan sendaan dan sindiran, namun jauh disudut hati pelaku, semuanya bukan dengan niat merendahkan bakat beliau, malah ianya berupa apresiasi kepada seorang insan seni yang unik serta istimewa. Siapa sangka seorang penyanyi buta boleh bertahan dalam arena hiburan sekian lamanya hinggalah jasad dikandung bumi, mungkin jika industri hiburan kita sehebat Amerika, nama S.Jibeng mungkin lebih hebat dari Stevie Wonder yang juga "istimewa". Antara lagu beliau yang memang aku minati ialah Inai di Jari (antara lagu tema video kawin aku..) dan selamat tinggal pujaan dan kalau menjelang hari lebaran pastinya lagu Musafir di Aidilfitri akan berkumandang. Semoga beliau akan aman bersemadi mengadap ilahi, serta dicucuri rahmat keatas roh beliau. Alfatihah.......



Inai Di Jari

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata

( korus )
Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu-rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkeorban dalam bercinta

( ulang korus )
Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami

1 comment:

indica said...

Aku juga kagum dgn S. Jibeng kerana namanya tetap popular hingga ke hari ini, jika tidak kerana lagu, ia juga popular dgn speknya.
Selain Inai di jari, aku kurang ingat tajuk lagu-lagu Allahyarham tapi yg pasti lagu-lagunya menghiburkan dan adakala begitu meruntun perasaan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Alfatihah.