Sunday, October 11, 2015

UKM 45 Tahun : PTSL jabatan perintis guna sistem kad perakam waktu.

Kad Perakam waktu dari model yang sama kini dipamerkan di Galeri Tuanku Canselor, Aras 2, Bangunan Canselori UKM.

Ini adalah mesin kad perakam waktu yang terawal digunakan di UKM. Sewaktu mula diperkenalkan pada Ogos 1978, Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan jabatan pertama yang menggunakan sistem kad perakam waktu ini bagi merekod kedatangan waktu kerja bagi 130 orang kakitangannya. Waktu perkhidmatan perpustakaan pada ketika itu adalah mulai jam 8.15 pagi hingga 11.00 malam. Mesin kad perakam waktu ini dipamerkan di Galeri Tuanku Canselor, aras 2, Bangunan Canselori UKM.

Rujukan:

Perpustakaan Tun Seri Lanang perintis kad perakam waktu. Nadi Bangi (Jilid 4), 10 Ogos 1981.

No comments: