Saturday, October 03, 2015

Plaza Low Yat : Disebalik nama.

Mendiang Tan Sri Low Yat

Nama Plaza Low Yat adalah bersempena nama tokoh usahawan dalam bidang pembinaan hartanah dan perhotelan, Tan Sri Low Yat. Tan Sri Low Yat merupakan pengasas Low Yat Group yang ditubuhkan pada tahun 1947. Syarikat ini terkenal dengan beberapa projek pembinaan disekitar Kuala Lumpur, antara yang terawal ialah Hotel Federal.
Hotel Federal diiktiraf sebagai hotel bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia, ianya dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957, pada ketika negara meraikan sambutan kemerdekaan.
Tan Sri Low Yat turut menerajui pembinaan hotel terawal di Langkawi, iaitu Langkawi Country Club pada tahun 1971. Pada tahun yang sama, Tan Sri Low Yat meninggal dunia, legasi beliau disambung oleh anaknya, Tan Sri Low Yow Chuan.
Pada tahun 1999, Plaza Low Yat siap dibina dan terkenal sebagai pusat jualan peralatan berkaitan teknologi maklumat dan telekomunikasi, malah premis ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai 'Malaysia's Largest IT Mall' oleh Malaysia Book of Records pada tahun 1999.



Rujukan:

Angie Ng (14 July 2014) Low Yat's resort plans. The Star.

History and Milestone, lowyatgroup.com

Veena Babulal ( 31 August 2012) Hotel where Tunku dined. The Star.

Vijenthi Nair and Wong Pek Mei ( 21 June 2014). Hotel mogul Tan Sri Low Chuan wins tourism awards for outstanding contributions. The Star.

No comments: