Sunday, October 11, 2015

Transmisi Automatik atau Manual pilihan pengguna?

Transmisi manual Honda Civic SH4 1990

Kenderaan dengan transmisi manual masih menguasai pasaran automotif global, namun di beberapa buah negara, kenderaan dengan transmisi automatik menjadi pilihan majoriti pengguna.
Bagi tahun 2012, hanya 36% dari keseluruhan pasaran automotif global terdiri dari kenderaan dengan transmisi automatik. Namun bagi pasaran Amerika Syarikat dan Jepun, transmisi automatik menguasai pasaran automotif mereka, malah di Amerika Syarikat kurang 10% kenderaan dengan transmisi manual didaftarkan.
Di Malaysia, secara pemerhatian, kenderaaan dengan transmisi automatik nampaknya begitu popular dikalangan pemilik yang bekerja di sekitar Lembah Kelang, malah sekolah memandu juga telah memperkenalkan dua kategori pengajaran, pemanduan manual dan pemanduan automatik dengan kadar yang berbeza. 


Rujukan:
_____ (8 January 2001). The global transmission market, Just-auto.com.

_____ (14 April 2015). JPJ kekalkan kadar bayaran lesen memandu, Bernama.

Leepu & Pittbull, Astro History Channel, 10 Oktober 2011.

Sutcliffe, Stevie (1 January 2014). The death of manual gearbox, Autocar.com.

Weinberger, Hannah (19 July 2012) Changing gears: is knowing how to drive stick in America still essentials?, CNN.

No comments: