Sunday, October 11, 2015

UKM 45 Tahun: Cadangan kampus tetap di Sungai Lalang, Semenyih.


Tahukah anda, Jalan Sungai Lalang, Semenyih dimana terjadinya nahas helikopter yang mengorbankan enam mangsa pada 4 April lalu pernah dicadangkan menjadi tapak kampus tetap Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut bekas Pendaftar Pertama Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Mohd Salleh, Semenyih merupakan lokasi ketiga yang dicadangkan untuk dibangunkan kampus tetap UKM selepas Sungai Pusu di Gombak dan Kuala Kubu Baru. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu diwawancara oleh Prof. Dr. Syed Arabi Idid (kini Dato' Seri) pada 3 Januari 1990, menurut Tun Abdullah, setelah beliau sendiri melawat tapak cadangan yang terletak di Jalan Sungai Lalang itu, ianya didapati tidak sesuai kerana keadaan hutan yang tebal. Rakaman penuh wawancara ini terdapat di Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang. 

Sumber:

Tun Abdullah Mohd Salleh, Wawancara oleh Syed Arabi Idid. 3 Januari 1990, Damansara

No comments: