Wednesday, October 07, 2015

Bilakah orang Malaysia mula makan ikan sardin dalam tin ?

Oleh: Harith Faruqi Sidek



Sejarah Industri makanan dalam tin bermula di eropah sejak tahun 1975 di perancis, pada tahun 1804, Nicolas Appert (1749-1841) memperkenalkan kaedah pengawetan makanan dalam tin dan mula mengilangkan penemuan beliau di Perancis secara kecil-kecilan. Pada tahun 1818, Seorang saudagar British, Peter Durand telah memperbaharui cara pengilangan makanan dalam tin agar ianya tahan lebih lama, dan beliau memperoleh paten keatas penemuan berkenaan pada 25 Ogos 1810. Mulai dekad 1860an, industri makanan dalam tin telah berkembang dengan pesatnya di Eropah, pelbagai jenis makanan telah ditinkan, termasuk kekacang, sayuran, daging, susu dan produk perikanan, terutama ikan sadin.

Ikan sadin merupakan produk perikanan dalam tin yang sangat popular diseluruh dunia hingga ke hari ini. Produk Ikan sadin dalam tin dipercayai mula memasuki pasaran di Malaya ketika era pentadbiran British lagi, iaitu sekitar tahun 1914. Produk ikan sadin ini dikatakan diimport dari Portugal dan Spain. Pada tahun 1919, pasaran ikan sardine dalam tin di Malaya mulai dikuasai oleh produk dari amerika syarikat kerana faktor harga yang lebih murah berbanding pesaing yang lain. Pada ketika itu ikan sardin ditinkan dalam tin bujur dan didalamnya mempunyai antara 5 hingga 7 ekor ikan.

Pada tahun 1926, Malaya merupakan pasaran terbesar bagi produk ikan sardine dalam tin yang diimport dari Amerika Syarikat (Suyekichi, 1929). Makanan ini bukan sahaja menjadi pilihan para pegawai eropah yang tinggal di Malaya, tetapi juga rakyat tempatan, terutama kaum cina. Pada tahun 1938, bermulanya pengilangan makanan dalam tin di Malaya, ia dipelopori oleh syarikat Malayan Products Canning Co. Ltd yang mengeluarkan produk buah-buahan serta jus buah-buahan dalam tin, syarikat yang terletak di Pulau Pinang  ini kemudiannya mengembangkan produksi mereka dengan mengeluarkan ikan mackerel dalam tin, dan menjadi pesaing kepada ikan sardin.

Rujukan:

                 (13 April 1926). Malayan Tin, The Singapore Free Press.

                 (2 September 1926). California conquers sardine trade, The Singapore Free Press.

                 (26 Jun 1941). Malaya is canning its own food, The Straits Times.

                 (27 March 1939).”Ikan Sardine” in the kampong diet: the miner and the malay on the rivers in the ulu, The Straits Times.

                 (4 September 1926) California sardine: popular article of diet in Malaya, The Straits Times.

 Couture, Lisa, "The History of Canned Food" (2010). Academic Symposium of Undergraduate Scholarship. Paper 4.


Uno Suyekichi (1929). The Sardine Canning Industry in California (Masters of Arts Thesis, University of Southern California, USA).

No comments: