Sunday, October 11, 2015

"Duli Yang Maha Mulia" jadi lagu rasmi negeri Selangor.



Pada 16 Februari 1967, lagu "Duli Yang Maha Mulia" gubahan Saiful Bahri telah diangkat sebagai lagu rasmi negeri Selangor. Lagu ini dirasmikan pada 8 Mac 1967 setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah serta Majlis Mesyuarat Dewan Diraja pada 20 Februari 1967.
Sewaktu menghasilkan lagu "Duli Yang Maha Mulia", Saiful Bahri merupakan Pengarah Orkestra Filem Negara Malaysia dan beliau juga bertanggungjawab menggubah semula lagu kebangsaan "Negaraku".
Lagu "Duli Yang Maha Mulia" merupakan lagu ketiga yang diangkat sebagai lagu rasmi, lagu pertama berjudul " Cantik Manis" yang diperkenan oleh DYMM Almarhum Sultan Sulaiman Shah bersama Raja Haji Bot pada tahun 1908. Sementara lagu kedua pula mempunyai rentak kebaratan kerana digubah oleh Daniel Ortega, seorang pemuzik dari Filipina. Lagu "Duli Yang Maha Mulia" kekal menjadi lagu rasmi negeri Selangor hingga ke hari ini.

Rujukan:

Hari Ini Dalam Sejarah/ Arkib Negara Malaysia. 1987

Selangor to have new anthem next year (5 Julai 1966), The Straits Times, p.11.

Terang Bulan recommended as anthem ( 6 Ogos 1957), The Straits Times, p.1

No comments: