Sunday, October 11, 2015

Jalan raya pertama di Kampung Sungai Ramal Dalam.


Jalan raya pertama di kampong Sungai Ramal Dalam siap dibina pada tahun 1967 dengan belanja sebanyak RM45 ribu. Jalan sepanjang 1.6 kilometer itu menjadi laluan utama di kampong berkenaan yang mempunyai penduduk seramai 2000 orang pada ketika itu. 
Jalan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris pada 11 Mac 1969. Projek jalan raya ini merupakan salah satu dari empat projek dibawah Rancangan Luar BandarDaerah Hulu Langat. Tiga projek lain dibawah rancangan yang sama turut dibina di Kampung ini, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam (kos RM85 ribu), Masjid Sungai Ramal Dalam ( kos RM20 ribu) dan sebuah Balairaya (Kos RM5 ribu).

Sumber:

Sa-ribu nasi bungkus utk jamuan buka jalan raya ( 1969, mac 10 ), Berita Harian, p.4 

Sham, M. (1968, May 9). Harun diminta membuka jalanraya di kampong. Berita Harian, p. 8.

No comments: