Sunday, October 11, 2015

Trajedi S.Balasundram dan Tin Song Sheng



Tragedi silam yang menggemparkan tanahair. Ia seharusnya meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak.

1. S.Balasundram.
Kanak-kanak mangsa dera ini ditemui berdekatan tandas HKL pada13 Mei 1990. Beliau menjadi mangsa penderaan bapa kandung sendiri. 2 hari kemudian, kanak-kanak malang berusia 26 bulan ini meninggal dunia. Peristiwa malang ini membawa kepada pengenalan talian aduan penderaan bebas tol 'Teledera' 800-3040 selain pengenalan Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991.


2. Tin Song Sheng
Kanak-kanak ini dilaporkan hilang pada 15 Januari 1996 selepas waktu persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Taman Rasah, Klang. 19 tahun berlalu, Tin Song Seng masih belum ditemui.


Rujukan:

Annie Freda Cruz. Missing Boy: Four men sought after phone tip. New Straits Times. 3 February 1996.

Baby Bala died and child abuse awareness was born. New Straits Times, 15 May 1994.

Gan, Tin menunggu kepulangan Shong Sheng. Utusan Malaysia, 28 Julai 1998.

No comments: