Tuesday, January 08, 2013

Buku Klasik: TUNAS, antara majalah kanak-kanak terawal.

Oleh: Harith Faruqi Sidek


Majalah TUNAS merupakan antara majalah terawal yang khusus diterbitkan untuk memenuhi selera bacaan kanak-kanak. Majalah ini diterbitkan buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1953 dengan  gaya bahasanya yang tidak terlalu tinggi dan selaras dengan persuratan di peringkat sekolah. Majalah ini diterbitkan oleh penerbit tersohor di Singapura pada ketika itu, iaitu HARMY dan dipimpin oleh tokoh penulisan terkemuka, Harun Aminurrashid atau dikenali sebagai Pak HAR. Majalah ini diedarkan di sekitar Singapura, Tanah Melayu, Indonesia, Thailand, Brunei dan Sarawak.

Majalah TUNAS dijual dengan harga 20 sen senaskah.

Antara kandungan Majalah TUNAS bilangan 25 1953.

Diterbitkan oleh Penerbit HARMY

Pemimpin Majalah TUNAS, Pak HAR (Harun Aminurrashid)


Ruangan 'Sahabat TUNAS'

Antara peraduan yang dianjurkan dalam Majalah TUNAS.

Kamus TUNAS

Komik yang menjadi kandungan tetap Majalah TUNAS

Kisah tiga orang pelajar perempuan Madrasah Naim Lilbanat, Kota Bahru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir turut menjadi berita muka depan keluaran Majalah TUNAS.

Lagu 'Pagi-pagi Lagi' ciptaan Yub Rawan.

Artikel tentang Aminuddin Baki, pengasas GPMS.

Berita sukan, rakaman foto perlawanan bolasepak diantara Madrasah AlAttas dengan Sekolah Air Molek, Johor Baharu.

Artikel '30 Minit Bersama Adibah Amin'


Rencana Khas Pak HAR tentang hobi mengumpul stem.

Kisah kehebatan Latiff Mohiddin yang masih remaja pada ketika itu turut dimuatkan.


Antara kisah yang dimuatkan dalam sudut bergambar.

Lagu 'Malaya Tanah Semenanjung' ciptaan  Buyong Adil.

Majalah yang sudah dijilid ini adalah sebahagian daripada koleksi Harun Aminurrashid


Nama Pak HAR ditinta pada tulang naskah ini.

Majalah TUNAS ini adalah sebahagian daripada koleksi sumbangan Harun Aminurrashid yang berada di Perpustakaan UKM. Untuk merujuk bahan ini, penyelidik boleh berkunjung ke Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM yang terletak di Aras 6. Waktu operasi adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, sila hubungi 03-89215854 (Harith Faruqi Sidek) untuk sebarang pertanyaan.

No comments: