Tuesday, January 01, 2013

Buku Klasik : Buku Kenang-kenangan 10 tahun Utusan Melayu (1949)

Oleh : Harith Faruqi Sidek



Kulit hadapan buku Utusan Melayu 10 Tahun.

Untuk siri buku klasik yang sulung ini, saya tampilkan sebuah buku kenang-kenangan 10 tahun Utusan Melayu yang diterbitkan pada tahun 1949. Buku terbitan Utusan Melayu Press Ltd, Singapura ini dijual dengan harga RM2.50 pada ketika itu, ianya mengandungi 53 buah artikel dengan halaman keseluruhan sebanyak 258 helai. Antara penyumbang artikel dalam naskah ini ialah; Yusof Ishak, Keris Mas, Abdul Samad Ismail, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Abdullah Sudin, Tan Hock Lim, Abdul Aziz Ishak, Dr. Husin Al-Junid dan Othman Kalam. Naskah bertulisan jawi ini adalah sebahagian daripada koleksi sumbangan Allahyarham Harun Aminurrashid yang berada di dalam Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan UKM.


Halaman kandungan. 
29 Mei 1949, Yusof Ishak meninta kata penghantar untuk naskah ini.

Artikel Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tentang peristiwa-peristiwa di  negeri Kedah yang menarik perhatian beliau  sekembalinya dari England. Tunku pada ketika itu merupakan Yang Dipertua UMNO Kedah.

Artikel 'Orang Melayu dan Hospital'  oleh Dr. Salmah, tidak pasti adakah penulis ini ialah Dr. Salma Ismail yang merupakan  wanita melayu pertama menjadi Doktor Perubatan.

Artikel menarik yang ditulis oleh Tan Hock Lim, kakitangan berketurunan cina yang bekerja sebagai Penyimpan Kira-kira di Utusan Melayu.

Sebuah artikel tulisan Aminuddin Baki yang mewakili Badan Pengasas Gabungan Penuntut Melayu Semenanjung.
Ingin tahu cerita ganjil yang berlaku di Batu Pahat ?

Penghargaan buat kaum wanita dijadikan sisipan tengah.

Halaman bergambar, penghargaan khas Utusan Melayu buat kakitangan wanita.

Foto bersejarah: Penubuhan Kesatuan Wartawan Melayu SeMalaya pada 18 Ogos 1940. 

Othman Kalam, 'Suara' Radio Malaya.

Keris Mas yang bertanggungjawab bagi penerbitan 'Utusan Zaman' dan 'Mastika'

Tugas di Bahagian Edaran, akhbar Utusan Melayu dihantar ke Tanah Melayu melalui jalan udara dari Singapura.

Kakitangan di bahagian iklan dibawah pimpinan Abdullah Sudin

Suasana kerja di bahagian pengatur huruf.
Iklan kasut Bata...RM6.90 sepasang!!

Iklan basikal Raleigh, jenama yang mempunyai kilang membuat basikal terbesar di dunia pada ketika itu.

Brylcreem, produk perapian rambut lelaki turun temurun, ' umpan bolasepak' itu juga digunakan hingga ke hari ini.

Kedai Banjir di Ochard Road....tidak pasti masih wujudkah lagi.

Kulit belakang memaparkan iklan sabun cap singa.

Untuk merujuk bahan ini, penyelidik boleh berkunjung ke Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM yang terletak di Aras 6. Waktu operasi adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, sila hubungi 03-89215854 (Harith Faruqi Sidek) untuk sebarang pertanyaan.

No comments: