Thursday, August 30, 2007

Malaysia Menang!

Akhirnya pasukan bolasepak negara berhasil menghadiahkan sebuah kemenangan ulung sebagai habuan pencinta bolasepak negara. Kemenangan 3-1 keatas Myanmar dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka edisi terkini itu cukup bermakna. Tidak kebah lagi kemarahan rakyat malaysia apabila rasa diri dipalit keaiban akibat persembahan hambar pasukan negara di Kejohanan Piala Asia yang lepas, kini kerabat FAM seakan diberi pengampunan dengan kejayaan yang dicatat malam tadi. Persembahan pasukan negara memang mantap seawal minit pertama lagi ramuan yang dihasilkan oleh B.Satianathan memang berhasil mengulit pasukan Myanmar, hasilnya persembahan mereka jauh berbeza berbanding sewaktu muncul juara pada kejohanan yang sama sebelumnya. Seingat Pak Yob, pasukan inilah yang ditawarkan oleh FAM untuk berdepan dengan pasukan MyTeam ciptaan realiti tv, mungkin sebahagian besar pemainnya telah berubah, namun apa yang jelas...skuad ini mampu mengaum seperti mana pasukan "Harimau" yang pernah dibentuk oleh FAM suatu waktu dahulu.



Keseluruhan pasukan bawah -23 tahun negara ini harus diberi perhatian, pembentukkan mereka belum berakhir, Pestabola Merdeka bukan kemuncaknya, masih banyak lagi kejohanan yang menawarkan merit yang tinggi bagi ranking bolasepak dunia yang perlu dihadapi oleh skuad ini. FAM harus belajar dari pengalaman lampau, mungkin asuhan seperti mana yang diberi pada "SKUAD HARIMAU" boleh diadaptasi kembali. Skuad bawah-23 tahun ini bukan sahaja dapat menguasai elemen taktikal permainan, tetapi setiap pemain turut mempunyai kemahiran asas yang baik.



Tahniah Malaysia, Terima Kasih Pak Yob buat wira bolasepak negara.

No comments: