Monday, August 20, 2007

Jebon?

Kalau tak kerana P.Ramlee, mungkin perkataan Jebon itu tiada lagi dalam masyarakat melayu masakini. Apa maksud Jebon? dalam kamus dewan tiada tersenarai kalimah ini...mungkin maksudnya hanya diketahui oleh warga Jalan Ampas ketika itu.

4 comments:

Anonymous said...

Mi: Fuh..fuh..sambil meniup..
Pakcik Jebon: Hang sapa?
Mi: Antu Jebon pakcik..
Pakcik Jebon: Hantu JEBON!!!

Anonymous said...

sebenarnya filem ini diterbitkan pada era P.Ramlee berkarya di K.lumpur bkn di studio Jln.Ampas

Manet Dacosta said...

Mungkin Jebon diambil dari perkataan Gibbon.. huhuhu

Unknown said...

Pada tahun 1972 masa saya berumur 7 tahun bapa saya telah membawa saya melawat ibunya di Parit Buntar Perak, lebih kurang jam 2 pagi terdengar bunyi kecoh ayam dlm kawasan laman rumah , bapa saya telah membuka sedikit jendela tingkap kayu rumah dan berkata pd saya "Hah... Jebon , kau pernah tenguk Jebon ? Tu lah Jebon", saya pun pergi mengintai melalui tingkap tersebut dan dgn adanya lampu filamen yg tak begitu terang di anjung rumah saya telah dapat melihat seekor binatang yg kepalanya bewarna putih & badannya bewarna cokelat cerah panjang badan lebih kurang 1 kaki dan ekornya juga lebih kurang 1 kaki tengah menggonggong sebiji telur ayam kampung dimulutnya. Binatang itu kemudian telah melarikan diri masuk ke dlm belukar.
Lepas itu bapa saya berkata lagi "Hahh ... tu lah Jebon , dia tu jahat... suka mencuri ayam dgn telor ayam". Selepas itu tak pernah dah saya nampak Jebon sehingga sekarang.

Pada tahun ini (2017) apabila heboh pasal hal rupabentuk Jebon, saya berpusing pusing dlm internet akhirnya saya jumpa gambar Jebon seperti yg telah ditunjukkan bapa saya dan yg saya pernah lihat dulu. Binatang itu ialah "Malayan Weasel", tapi ia punya banyak nama lain dlm Bahasa Melayu, pd pendapat saya nama Jebon itu adalah sebutan biasa utk org org melayu di bahagian utara semenanjung spt di negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang & Perlis. Mungkin P.Ramlee menggunakan istilah itu sbb dia membesar di Pulau Pinang.