Monday, August 20, 2007

boys day out...

latihan vokal..

sesi memanaskan badan..

Yob jr.


Hari sabtu lepas, mak yong ( bini pak yob ) ada aktiviti riadah bowling di alamanda...ada tournament peringkat pejabat antara bahagian or antara cubicle aku pun tak sure, so aku ngan yad "terbiar" merayau-rayau kat kompleks paling terkenal di wilayah Putrajaya itu. Yad aku belikan sebuah buku berirama dari cerita animasi "cars", kebetulan MPH tengah buat sales di dataran tengah kompleks alamanda, kami juga berpeluang melihat dengan dekat model proton persona yang "kununnya" menjadi pride n joy syarikat mobil raksasa negara itu, pada pengamatan aku, tak banyak bezanya dengan model Gen2, mungkin lebih kompetitif dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan, namun aku tidaklah jatuh hati dengan model ini, bukan aku anti -proton sebab aku juga pernah jadi ahli PROCC ( proton car club),cuma tidak untuk model ini.

Mak Yong habis main jam 11.15, kami denda dia belanja makan tengahari di RASA, pekena nasi goreng cina dalam kuali yang memang menjadi kesukaan aku.

Pukul 1.30, Kami bawa Ira untuk sesi fisioterapi untuk melegakan kahak dalam badan, kesian Ira, sayu hati bapa ini melihat anak kecilnya menjalani sesi yang begitu dramatik yang pastinya amat menyeksakan bagi seorang bayi kecil.








2 comments:

Anonymous said...

aii bapak yob..i pun penah alami situasi mcm tu..sayu jgk dibuat..apakan daya..mama dia dah rau macm ujan..kakak pun sama..bibik melopong.last2 kena cas rm30 kt annur..itulah pengorbanang

Harith Faruqi Sidek said...

Aik apasal ko kena RM30? aku kena RM35....kira aku punya pengorbanan lebih besor la kan...he..he..