Pada satu hujung minggu tanggal 22 Ogos 1998, 12 pelajar UiTM kampus Shah Alam berlibur sambil berekriasi di Bukit Cerakah. Satu pengalaman yang menarik dan tiap kali gambar ini ditatap, pasti terbit rasa rindu pada rakan-rakan, gurau senda, tawa ria semua kenangan waktu bergelar mahasiswa walaupun tak semuanya indah, tapi ianya tetap menjadi pengalaman yang paling sukar dilupakan. Sepertimana aksi anak muda dalam kehidupan kampus yang digambarkan melalui filem "Ali Setan", begitu jugalah pesis kehidupan kami di kampus. Kehidupan "gila-gila" yang sukakan kegemparan dan sentiasa mencari modal untuk menjadikan kehidupan kampus kami menggembirakan, biarpun poket kosong...hati tetap mahu gembira.
Idea rekreasi di Bukit Cerakah ini datang dengan spontan, justeru ia menjadi antara siri "idea gila" yang pernah kami lakukan bersama selain idea "mencukur misai" dan "menggondolkan kepala". Pengalaman indah tapi meletihkan, itu "upah" yang kami dapat dari aktiviti tersebut.
Pastinya 12 "gagak hitam" yang terlibat dalam aktiviti ini masih ingat kenangan yang berlalu hampir 9 tahun yang lalu.
Ad Ulo, Ah Fong, Ustaz, Sarjen, Kutty, Sireh, Bob, Lan Lecture, Sudirman, Semenyih, Gombal
dan E.T ( tukang ambik gambar).
4 comments:
Tak taulah pulak yang engkau pernah jadi gagak ni....
he..he..aku pun Transformer jugak..takleh jadi robot..jadi gagak pun jadilah...
He..he..mestinya terkenang saat manis ni. Kenangan yang paling aku suka masa kita kat rumah sewa di Jalan Jenahak tu.
ya jenahak.....sapa nama tuan rumah tu? tamrin ke? aku kalau p shah alam selalu saja round depan rumah tu...
Post a Comment