Wednesday, May 06, 2009

Adakah aku Penagih Pen yang Tegar?

Entah macam mana sedang Pak Yob mengelamun dalam kekenyangan dalam waktu rehat di kamar pejabat tengahari semalam, sedang melepaskan pandangan ke setiap sisi dan penjuru kamar...baru Pak Yob perasan....betapa banyaknya pen yang berada dalam kamar pejabat pak yob ini. Majoriti pen-pen itu adalah gratis (ertinya Percuma, Kamus Dewan ms.413)....ada pemberian teman korporat, ada sebagai cenderamata, ada yang diterima sebagai anugerah...tetapi jumlah yang terkecil harus dikalangan yang dipunyai dengan wang saku sendiri.


Tiga rumpun pen-pen gratis...

Bukan hiasan...tapi sudah takdir tempatnya disitu

Biarpun gratis...atas nilai sentimental maka kekallah ia disitu.

Gratis dari negara diatas angin....
(dari kiri...Vietnam, Manchester Metropolitan University , John Moores Liverpool, UK Education, New Zealand, Australia dan Holiday Inn Sydney.

Siapa kata barang gratis tidak menang dipakai...terima kasih buat Maybank, Angah (Waikato N.Z), Science Direct dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murah tapi enak dipakai...nicorette, custom pen, Allan D'lious dan Zebra.

Trio Faber-Castell...mengapa boleh sampai tiga...ini kes hilang dan jumpa kembali.

Siri Sheaffer....sudah lama terbiar.

Siri Parker.....zamannya sudah berlalu...tapi prestasinya masih bagus.

Teman baru....si kembar Safari LAMY...sayang, ada satu warna kuning pemberian bapa mertua telah hilang...entah dimana.
Sebenarnya dirumah masih ada segenggam dua koleksi pen-pen gratis....malah ada yang telah disalahguna oleh Ira dengan menconteng sofa dan dinding....tak mengapa..asal jangan diconteng muka Pak Yob dan Mak Yong kelak sudahlah.

Sunday, May 03, 2009

Jika kucing pun ke Perpustakaan, anda bagaimana?


Si Fidel....kucing dengan baca@gaya hidup.

FIDEL, kucing hitam berusia lapan tahun, hampir setiap hari sejak dua tahun kebelakangan ini mengunjungi Perpustakaan Daerah Deal yang terletak di Deal, Kent, Britain. Ia mengikuti tuannya yang bekerja di perpustakaan itu.

Fidel akan menghabiskan masa di kerusi biru kegemarannya dan hanya akan meninggalkan perpustakaan apabila tuannya habis bekerja.
Staf perpustakaan itu memberitahu, mereka tidak pernah memberikan sebarang makanan kepada Fidel malah cuba menghalaunya, namun ia kembali semula.
Pengurus perpustakaan, Heater Hilton mengatakan Fidel amat popular di kalangan pengunjung perpustakaan.

"Saya fikir Fidel meminati lukisan kerana sering mengamati lukisan yang tergantung di dinding perpustakaan. Malah Fidel tiba lebih awal daripada pekerja perpustakaan dengan menunggu penuh sabar di pintu utama perpustakaan," ujarnya.
Fidel sebenarnya merupakan kucing terbuang yang diselamatkan tuannya dari sebuah pangsapuri di Deal.

(sumber :http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm)

Kata Pakyob: Mahukan khazanah ilmu, jejaklah kakimu di Perpustakaan, jamahlah himpunan ilmu dan maklumat ada, nescaya anda adalah jutawan ilmu.

Berbahasa silang campur ibarat separuh ular separuh belut: wajarkah ia dihalalkan ?.

Semenjak isu status agama bagi anak-anak yang penjaganya bertukar agama menjadi isu watan yang mengundang sisi perspektif yang pelbagai dari masyarakat, soal PPSMI nampaknya tenggelam atau seakan pitam. Bahasa jiwa bangsa, bahasa melambangkan bangsa dan berbudi bahasa amalan kita, begitulah norma-norma bahasa yang dikaitkan dengan nilai murni sebuah kehidupan, namun sejauh mana ianya dihayati dan dilestarikan dikalangan penuturnya.


Pendidikan aliran inggeris yang diperkenalkan oleh penjajah dipercayai menjadi pencetus kepada lahirnya penutur-penutur inggeris tegar dikalangan masyarakat Malaysia atau melayu khususnya. Dikalangan mereka yang mampu berbahasa inggeris inilah yang diangkat menjadi pegawai tinggi kerajaan, mereka yang senang dimata dan dihati pihak inggeris ini kemudiannya direstui menjadi pemudahcara dalam perundingan kemerdekaan negara sehinggalah ianya dizahirkan pada tanggal 31 Ogos 1957. Begitulah peranan bahasa, biarpun sewaktu mula menjejak kaki kali pertama di gugusan tanah melayu ini, pihak inggeris terpaksa akur lalu mempelajari bahasa dan tulisan masyarakat melayu, iaitu bahasa melayu dan tulisan jawi, namun setelah kuasa ditangan mereka lain pula halnya .Nasib Bahasa Melayu pula, biarpun diangkat sebagai bahasa rasmi, penghayatan dan pemerkasaannya seperti seakan tidak ikhlas malah bahasa inggeris sebagai bahasa kedua kononnya pula yang mendapat perhatian istimewa seolah-olah bahasa ini yang mengalami kepupusan.Begitulah perihal sejarah silam, namun tidak pula dinafikan bahasa inggeris itu penting dan sebaiknya dikuasai.

Sekitar era 50an, wujud kelompok elit yang mendapat pendidikan aliran inggeris bertutur dalam bahasa campuran melayu dan inggeris, gaya inilah yang dimaksudkan dengan umpama “separuh ular separuh belut”. Perihal laku kelompok ini telahpun disindir oleh seniman Tan Sri P.Ramlee melalui watak Labu dan Labi yang berkomunikasi dalam telor dan gaya seumpamanya sewaktu masing-masing bermimpi menjadi Majistret dan Doktor. Gaya sebegini masih hidup dalam masyarakat melayu, tidak kira sama ada si penutur itu sebenarnya mahir berbahasa inggeris atau tidak, malah sudah ada pembinaan ayat yang seakan sudah menjadi rasmi, umpamanya;

“ Bila nak kena submit paperwork ni?”

“ Bila kita punya next meeting ?

Melihat dari sudut yang positif, sebenarnya gaya ini biarpun tidak enak dari sudut kemurnian berbahasa, namun ianya setidaknya menambah penguasaan kosa kata terutama bagi mereka yang tidak lancar berbahasa inggeris, bagi istilah jargon khususnya. Persoalannya adakah menjadi satu kesalahan jika istilah bahasa inggeris ini dimelayukan?, bukankah amalan ini bukan lagi asing, umpamanya kita sudah pun kaya dengan kosa kata pinjaman, umpamanya informasi, kondusif, komitmen, definisi dan sebagainya yang jelas dipinjam dari bahasa inggeris. Budaya pinjam istilah ini rasanya telah mendapat restu dan dihalalkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, sama ada dengan rela hati atau berat hati keputusan ini diambil tidaklah diketahui sejauhmana.


Sedarkah kita bahawa bahasa melayu yang dikatakan dituturkan oleh sejumlah penutur diserata benua itu sebenarnya adalah dalam versi bahasa Indonesia, ini dibuktikan dengan telor yang mereka gunakan, pengalaman bertemu dengan beberapa sarjana barat yang kononnya mampu berbahasa melayu lebih mengundang kejutan dan ketakjuban, manakan tidak, ianya adalah bahasa Indonesia. Teringat seorang pemain import dari benua afrika yang suatu masa dahulu bermain untuk pasukan bolasepak Sabah, pemain ini begitu lancar berbahasa Indonesia, hasil pengalaman bermain beberapa musim di negara seberang itu. Bahasa Indonesia itu sendiri banyak mengamalkan peminjaman bahasa luar lalu memperkayakan lagi bahasa lantas memudahkan penutur asing menuturkannya memandangkan istilah yang digunakan seakan sama bunyi dan maknanya dengan perkataan asal.

Mungkin ciri istimewa bahasa Indonesia ini perlu dikaji, bukan mahu meniru tetapi diambil iktibar dan jika ianya satu perkara yang mempu memperkasakan bahasa melayu, mengapa tidak diserasikan formula itu mengikut acuan bahasa dan budaya melayu. Bahasa inggeris juga sebenarnya dibangunkan dengan asimilasi dan pinjaman dari 20 ribu kosa kata umum yang digunakan daripada bahasa Latin, Perancis, Greek, Sepanyol dan selainnya. Malah bahasa melayu itu sendiri kalau dibelek dan ditatap helaian daftar kosa kata bahasa melayu yang didaftarkan dalam Kamus Dewan, pastinya kita akan terjumpa perkataan yang asalnya dari benua luar, khususnya arab dan inggeris.

Jika semuanya sudah berbahasa dengan penggunaan kosa kata pinjaman, apa pula nasib kosa kata asal bahasa melayu, mungkin disinilah perlunya wujud ikon diperingkat nasional yang mampu memberi minat kepada khalayak ramai untuk berbahasa melayu dengan susun kata bahasa melayu tulen.Dahulunya perkara ini dapat dilihat melalui peranan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pidato dan ucapan beliau sering disulami dengan kosa kata melayu yang jarang kedengaran, tetapi dibawa semula untuk pendengaran dan pengetahuan masyarakat. Pada masa ini batang tubuh yang mampu membawa minat sebegini kepada masyarakat ialah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, meskipun berbahasa dengan santun melayu yang indah, beliau masih adakalanya mengungkapkan kosa kata melayu pinjaman.

Mungkin pendekatan ini seolah akan “merojakkan” khazanah bahasa melayu , namun jika ianya tidak menyimpang dari niat memperkasakan bahasa itu serta tidak mengganggu gugat akar budaya dan agama sesuatu bangsa itu, maka wajarlah ianya difikirkan.

Saturday, May 02, 2009

Tahniah Datuk Zawiyah Baba



Bersempena dengan Persidangan Kongres Pustakawan Asia Tenggara (CONSAL) di Hanoi, mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Zawiyah Baba telah menerima "Outstanding Librarian Award" (Pingat Emas). Beliau kini merupakan Felo Penyelidik Tamadun Dunia Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di UKM.

Sekalung tahniah Pak Yob ucapkan untuk Ybhg. Datuk, sememangnya pencapaian gemilang dan bakti berterusan beliau dalam lapangan kepustakawanan wajar mendapat pengiktirafan sedemikian. Pengalaman bersama beliau sewaktu menghadiri ICADL 2007 yang juga kebetulan diadakan di Hanoi, memberi peluang kepada Pak Yob mengenali tokoh ini secara lebih dekat, rendah diri dan tidak lokek ilmu dan pengetahuan, begitulah rumusan yang boleh dibuat.
Pencapaian beliau ini bakal meninggalkan jejak yang perlu dilalui oleh generasi yang seterusnya.

Friday, May 01, 2009

Sekitar Bengkel Pemeliharaan dan Penjilidan Bahan.








Nama Bengkel:
Pemeliharaan dan Penjilidan Bahan: Satu Pengenalan

Nama Kerta Kerja:
"Mencegah Lebih Baik dari Merawat" : Peranan Perpustakaan Dalam Pemeliharaan Bahan.

Wednesday, April 29, 2009

Eh! boleh laa..

Maka terjawablah keresahan semalam, pagi ini jam 11.30 pagi isu gambar Ira yang dikhuatiri akan menimbulkan masalah dalam pembikinan pasportnya selesai dengan terzahirnya pasport si kecil ini. Rasanya petugas imigresen dan sedia maklum dengan karenah kanak-kanak seusia ira, lalu hasil gambar itu diterima dengan seadanya malah sudah dapat menduga situasi semasa gambar tersebut dirakam.


Sekadar maklumat tambahan, kos pembikinan pasport bagi kanak-kanak dibawah usia 18 tahun masih pada kadar RM150 (32 mukasurat).


Sudah selesai urusan pasport, sekarang urusan tuntutan bayaran pula, memandangkan jabatan Mak Yong berwajib atas urusan ini, maka biarlah diuruskannya perkara ini.

Terima Kasih buat jabatan imigresen kerana mengizinkan pembikinan pasport ini.

Boleh Ke?

Malam tadi kami anak beranak ke "toko pukul gambar" ( kedai gambar daa....), tujuannya untuk buat passport untuk anak-anak dan visa kami sekeluarga. Semua berjalan lancar....ziyad, makyong, pak yob......bila tiba masa ira....masalah datang...dia meragam taknak ambik gambar pulak.....dah dipangku pun taknak....akhirnya lepas pi pusing-pusing kat kedai runcit sebelah dan diberi "wang politik" dalam bentuk gula-gula akhirnya masalah mula surut (surut je...bukan selesai)...dia dah boleh dipangku...cuma....tukang gambarnya kena tukar....pak yob yang kena ambik gambar....terketar-ketar jugak la pegang kamera yang dah sama berat dengan M-16 tu (masa ni rasa macam tukang gambar profesional ala "America's next top model tu...)...tapi hasilnya....ala kadar je la....jenuh jugak... badan diam..kaki bergerak...bila kaki diam...mulut pulak berkunyah...sudahnya tawakal aja la....rasanya macam kena ambik lain je gambar ni...mungkin kena ambik kat Aquaria atau Megakids baru dia boleh tertib kot.


mungkin sarajiha boleh kongsi pengalaman buat gambar visa untuk budak2 tu....rasa2 boleh lepas ke gambar ni?



gambar ni untuk passport, punyala serabai...mulut tu tengah kunyah gula2.



Yang ini untuk Visa....macam tak yakin je gambar ni boleh lepas...


tapi kalau ikut reference kat bawah ni...confident la PakYob gambar si Ira ni boleh lepas....



Monday, April 27, 2009

Seminar Pengetahuan Tradisi dan Harta Intelek, sempena Hari Intelek Negara.

Acara yang berlangsung pada 24-25 april lalu dapat pakyob hadiri dengan penuh. Dengan bekal minat yang mendalam, seminar ini merupakan antara seminar yang dirasakan amat singkat dek kerana khusyuk dengan pembentangan yang sangat bermaklumat dan menarik. Motif seminar ini sebenarnya adalah untuk memasyarakatkan maklumat tentang peranan institusi muzium dalam memartabatkan warisan khazanah negara atau harta intelek.


Pembuka acara...persembahan dari masyarakat pribumi suku kaum temiar, sahabat kita ini berasal dari sebuah perkambungan orang asal di Gombak, selangor. Vokalis persembahan ini juga merupakan tok bomoh bagi masyarakat ini.


Sebuah persembahan deklamasi sajak oleh Akiya, penggiat seni dari masyarakat pribumi, beliau kini mencurah bakti di LESTARI, UKM.


Ucaptama oleh Datuk Dr. Adi Taha, mantan Ketua Pengarah Muzium Negara, beliau kini berkhidmat sebagai Felo Utama Muzium warisan akademik UKM.


Pakar tersohor dalam ilmu berkaitan masyarakat Pribumi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hood Salleh, sebagai Pengarah Muzium Warisan Akademik UKM beliau merupakan aset yang amat bernilai bagi UKM.

Saturday, April 11, 2009

Halim Napi - The Chronicle





23 Jun 1994 - Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangordan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994

8 Ogos 1997 - Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan- Perak di Ipoh pada 5 Ogos 1997.

28 Ogos 1997 - Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000

23 Februari 1998 - Persatuan Bola sepak Kelantan mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.

5 Jun 2007- Halim menyaman Kafa atas dakwaan Kafa gagal memenuhi terma dan syarat kontrak yang ditandatangani 17 November 2006 hingga 31 Oktober 2007.

2008 - Tidak beraksi dalam saingan Liga M.

Januari 2009 - dipanggil menyertai semula skuad Kelantan oleh jurulatih, Peter Butler.

12 Mac 2009 - Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam 28 Februari lalu

7 April 2009 - Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Sultan Muhd ke-IV

Tuesday, April 07, 2009

The History of McLaren Formula 1 team

The McLaren Formula 1 team is rich in heritage, having been formed in 1963 by New Zealander Bruce McLaren. Bruce McLaren Motor Racing Limited as it was then known set to work on building a Formula 1 car, and three years later the team made its debut at the 1966 Monaco Grand Prix.
Founder - Bruce McLaren

The team scored their first race win in 1968, when Bruce McLaren piloted a McLaren-Ford to victory. Tragically though the New Zealander lost his life at a Can Am testing accident at the Goodwood Circuit in 1970, but the team continued his legacy, winning races in Formula 1 and expanding into Indy and Can-Am Racing.

In 1974 the team celebrated its first Formula 1 Drivers' and Constructors' Championship win, with Emerson Fittipaldi in the McLaren-Ford M23. The next Drivers' Championship came courtesy of English driver James Hunt, behind the wheel of the McLaren-Ford M23 in 1976.
To date the team has achieved the highest number of double race wins of any pair of Formula 1 drivers with team-mates Ayrton Senna and Alain Prost notching up 14 wins between them in the 1988 / 89 season. The Senna / Prost partnership also holds the accolade for the most grands prix wins in a season. In 1988 the pair won 15 out of the 16 races on the calendar.

The team has won four consecutive Drivers' and Constructors' Championships (1988-1991) and secured eight Constructors' World Championship titles, the first of which was in 1974. Today the team now has a record 12 Drivers' World Championship titles and eight Constructors' World Championships



The Champion
1. Emerson Fittipaldi (McLaren Ford) - 1974

2. James Hunt (McLaren Ford)- 1976

3. Niki Lauda (McLaren Tag Porshe Turbo) - 1984
4. Alain Prost (McLaren Honda) - 1985, 1986,1989
5. Ayrton Senna (McLaren Honda) - 1988, 1990, 1991
6. Mika Hakkinen (McLaren Mercedes) - 1998, 1999

7. Lewis Hamilton (McLaren Mercedes) - 2008

Saturday, April 04, 2009

Apa ke halnya ni....

minggu lepas Pak Yob dihadiahkan set penjagaan muka dan bau-bauan dari Mak Yong....yang perfume tu tak kisah le sangat..memang dah lazim pun...dia punya perfume pak yob belikan...Pak Yob punya dia yang belikan...tapi kalau perfume abis time ujung bulan...nasib-nasib le...pecah tabung sendiri le. Tapi perfume kali ni agak aneh sekali.....200ml tu...ni dah kes nak save ni? mahu 3 tahun pakai tak abis tu.....



Yang bab penjagaan muka tu....pun sama gak...selama ni memang dia yang supply pun...kita orang jantan ni mana nak jaga semua tu...tapi kesian gak kat dia...tiap kali beli tak pernahnye abis pakai...seminggu je buat rutin tu...pas tu..haram...bukan apa..leceh..pas cuci nak lap..lepas lap nak tepek krim pulak....orang pompuan tahan le benda2 cam ni....anyaway, kali ni rasanya nak try "istiqamah" dengan benda-benda ni, ...maklumla...dah tua-tua ni..tapi selalunya bini tak suka laki melaram..ni lagi di galaknya kita melaram....haru betui...

Sukaria Ceria Astro..


Masuk dengan harapan dapat bersuka-ria....


tempat kedua....not bad la....


Pulun ziyad pulun....aik! orang sebelah ngelat nampak..tu tangan sapa tu...

Dah boring dah.....tak tau nak pegi mana...


Mat Kacau dan Stacy....yang lagi tiga tu....aa..sapa ntah..


Gambar menjelaskan segalanya...sapa yang dapat bersuka ria sebenarnya...anak atau emak...emak atau anak.....yang pastinya bapak dapat penat saja...

Outreach Programme


Bla..bla..bla...goreng..goreng.....bla..bla....


macam tak puas hati je.....

Cuti-cuti.....


Ira bertatih dalam air...


Janda baik yang kaya....ada bot sendiri tu..


Cuti-cuti jugak...kerje kena jalan beb...


Balada Gadis Kecil........yang lenaa....


Ziyad buat muka ayu.....

Tuesday, March 03, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..



Ketawa?..Sedih?...Marah?....mungkin itu emosi yang berbaur dalam diri warga Malaysia...buat pertama kalinya ada sidang Dewan Undangan Negeri diadakan beratapkan langit dan pohon-pohon menghijau. Fenomena yang janggal bagi sebuah negara "maju" dan pantas membina ketamadunan rakyat dari tahun ke tahun. Mengapa tidak diadakan di Dewan dingin yang tersergam indah sambil punggung beralaskan kerusi empuk? mengapa dipilih pohon rendang dibawah panahan mentari sambil tubuh tegak berdiri? kita dalam pasca perang kah? atau kita baru dilanggar Garuda? atau Yahudi bangsat sudah menjilat tanahair kita lalu musnah segala "perhiasan" dunia kita? bukan..bukan....ini bukan perbuatan anasir luar yang menggila atau hukum alam.

Segala yang berlaku ini adalah perbuatan manusia...anak watan malaysia...pemegang kartu pengenalan Malaysia...bertutur dalam bahasa malaysia (jika benarlah) serta mengamalkan dasar "kepimpinan melalui teladan" serta "Perpaduan teras kecemerlangan."...akibat tamak haloba, rakuskan kuasa maka sebuah kerajaan yang sepatutnya menaungi rakyat menjadi porak peranda.....ini negeri Perak...bukannya Gangga Negara...atau kerajaan Berus yang silam...atau mungkin pemimpin zaman Gangga Negara dan Beruas lebih elok perilakunya.

Puaskah kita melihat dan mentertawakan insiden ini? kebejatan telahpun berlaku....tiada pihak yang mahu mengalah...yang kusut bertambah kusut...yang buruk lagi memburuk..yang busuk lagi membusuk!. Apa lagi yang mahu dikomen? Perak sudah hilang kilaunya.....alangkah baiknya kalau ini sekadar igauan sahaja...tetapi tidak...ini adalah realiti...cuba tampar pipi atau cubit peha...kita tidak tidur...kita dalam jaga...kita dalam waras...tapi ada "orang" tidak waras..."orang" yang lahapkan kuasa..walaupun dalam tidur.

Lepas satu persatu gelagat anih ini berlaku.....yang betul jadi salah..yang salah jadi betul...mengapa harus takut jika diri diruang yang benar? yang pastinya dunia sedang memerhatikan segala gelagat dunia politik di Malaysia....kalau ada indeks politik dunia...entah dimana rangking Malaysia ketika ini...mungkin lebih buruk dari rangking pasukan bolasepak malaysia agaknya.

Wallauaklam....moga yang bathil temui kegagalan dan yang benar diangkat ketempat yang sewajarnya...semoga keadaan kembali aman di Perak Darul Ridzuan.