23 Jun 1994 - Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangordan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994
8 Ogos 1997 - Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan- Perak di Ipoh pada 5 Ogos 1997.
28 Ogos 1997 - Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000
23 Februari 1998 - Persatuan Bola sepak Kelantan mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.
5 Jun 2007- Halim menyaman Kafa atas dakwaan Kafa gagal memenuhi terma dan syarat kontrak yang ditandatangani 17 November 2006 hingga 31 Oktober 2007.
2008 - Tidak beraksi dalam saingan Liga M.
Januari 2009 - dipanggil menyertai semula skuad Kelantan oleh jurulatih, Peter Butler.
12 Mac 2009 - Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam 28 Februari lalu
7 April 2009 - Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Sultan Muhd ke-IV
4 comments:
Dia kena tukar potfolio, may be tomoi is a good option.
gedebe nih...
Kalu tak silap, dia dah ada zaman aku suka tgk bola dulu...
yg bela lembu dia ke?
indica: dia ni pernah main untuk perak tahun 1996..masa tu perak suam-suam kuku je.antara pemain masa tu tuan kamree, Shebby Singh,Gopinath Naidu..pemain import abukari damba sama samuel chebli ..masa tu badan dia tegap...tak macam skang...dan memang dia bela lembu kambing sebelum joint team kelantan tahun ni.
Post a Comment