Wednesday, April 29, 2009

Eh! boleh laa..

Maka terjawablah keresahan semalam, pagi ini jam 11.30 pagi isu gambar Ira yang dikhuatiri akan menimbulkan masalah dalam pembikinan pasportnya selesai dengan terzahirnya pasport si kecil ini. Rasanya petugas imigresen dan sedia maklum dengan karenah kanak-kanak seusia ira, lalu hasil gambar itu diterima dengan seadanya malah sudah dapat menduga situasi semasa gambar tersebut dirakam.


Sekadar maklumat tambahan, kos pembikinan pasport bagi kanak-kanak dibawah usia 18 tahun masih pada kadar RM150 (32 mukasurat).


Sudah selesai urusan pasport, sekarang urusan tuntutan bayaran pula, memandangkan jabatan Mak Yong berwajib atas urusan ini, maka biarlah diuruskannya perkara ini.

Terima Kasih buat jabatan imigresen kerana mengizinkan pembikinan pasport ini.

6 comments:

McBudu said...

Bila nak berangkat Pak Yob. Sebelum pegi kena raikan kat Kopitiam bangi ni...!

indica said...

Bagus imigresen ni..faham keadaan. Jgn makbapak yg posing kat gambar paspot dah le..

Harith Faruqi Sidek said...

mcbudu: insyaallah sekitar bulan september...lambat lagi tu..bab kopitiam tu bisa dibereskan.

indica:tak larat nak posing dah tua-tua ni...posing macam mana pun huduh jugak hasilnya yob...

As@Aza said...

bermula sudah perjalanan pak yob ke dunia baru ;)....lawak pun ada tgk muka ira kat passport tu...boleh simpan tunjuk kat dia bila dah besar nanti :)

lagi satu nak komen...aku nak tergelak tgk gambar pak yob kat profile tu...pak yob betul2 hidup mati dgn U*M nampak??? siap bubuh kad pekerja tuuuu yg aku tak tahan....kah...kah...kah....

Harith Faruqi Sidek said...

aza: he..he...tu profil baru..ingat nak letak IC..tapi kang tak pasal2 pasal dapat kat bangla.tu takda idea nak letak profil apa..kebetulan kad tu ada depan mata..aku sambar la...tapi dah di "doctored"kan dah kad tu..

U*M tak dihatiku.....tapi UiTM baru dihatiku...

payarumput21 said...

Salam Pak Yob..

Lama tak singgah sini.. :)

Simpan gambar tu.. and 5 tahun akan datang cuba tunjuk kat Ira.. mau dia meraung sebab malu..

And.. simpan lagi gambar tu... another 5 tahun.. tunjunk lagi.. hehehe..

Selamat berangkat.. semoga family juga PY sentiasa dilindungi Allah :)

Jangan lupa Blog..