Bas N.E.T.S di stesen Kota Bahru, Kelantan ( Foto: Jabatan Penerangan) |
Sejarah pengangkutan awam negara telah bermula sejak sebelum merdeka lagi, bagi negeri kelantan, ianya bermula dengan tertubuhnya syarikat pengangkutan awam pertama dan terbesar, iaitu North Eastern Transport Service atau dikenali sebagai N.E.T.S. Syarikat milik orang melayu ini ditubuhkan dalam tahun 1947 dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam menggunakan 27 buah bas bersaiz kecil yang boleh memuatkan 10 orang penumpang pada satu-satu masa, bas seperti ini dikenali juga sebagai 'Mosquito Bus'. Dalam tahun-tahun awal perkhidmatannya, syarikat ini hanya beroperasi di laluan sekitar bandar sahaja dek kerana kemudahan jalan raya yang menghubungkan kawasan bandar dengan pedalaman belum dibina.Selain dari pengangkutan awam, syarikat ini turut menyediakan kemudahan bas sekolah.
Menarik....pakaian seragam konduktor bas N.E.T.S yang bersongkok. (Foto: Jabatan Penerangan) |
Kondukter Wanita.....tiada deskriminasi gender di N.E.T.S (Foto: Jabatan Penerangan) |
Semakin teguh
Dengan prestasi syarikat yang semakin teguh, dalam tahun 1949, N.E.T.S telah menambahbaik perkhidmatan mereka dengan menambah 50 buah bas baru yang lebih besar dengan kapasiti penumpang seramai 25 orang dalam satu-satu masa. Dalam memastikan perkembangannya, syarikat ini telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan yang berkaitan, umpamanya kemudahan pinjaman dari RIDA dalam tahun 1957, wang pinjaman yang diluluskan telah digunakan bagi membeli 47 buah bas. Pinjaman seterusnya dalam tahun 1965, dimana ianya digunakan bagi menampung kos pembelian 113 buah bas lagi.
Sekitar tahun 60an, dengan pertambahan bilangan bas syarikat serta kemudahan jalanraya yang semakin baik, N.E.T.S dapat meluaskan laluan perkhidmatan mereka. Antara kawasan yang mendapat perkhidmatan syarikat ini ialah kawasan diantara Pasir Mas - Tanah Merah - Kuala Krai - Machang dan Pasir Puteh, sementara perkhidmatan bas ekspress disediakan bagi perjalanan yang melalui Terengganu - Bachok - Tumpat. Mulai 1 April 1962, N.E.T.S telah menambah perkhidmatan bas ekspress mereka ke Kuala Terengganu dari empat perjalanan kepada 6 perjalanan dalam sehari. Dalam pada masa itu, syarikat juga mempunyai 450 orang pekerja dan jarak laluan 750 batu seluruh negeri kelantan dengan purata perjalanan 11 batu setiap hari.
Mogok kakitangan
Seperti mana kebanyakkan perusahaan lain yang berasaskan pengangkutan, syarikat ini juga tidak lari dari berhadapan dengan mogok pekerja. Dalam tahun 1956, pengangkutan awam di Kelantan telah lumpuh akibat mogok yang dilancarkan oleh para pekerja N.E.T.S, mogok ini berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga mengundang campur tangan kerajaan pusat. Peristiwa mogok ini turut berulang dalam tahun 1963, kali ini lebih buruk apabila melibatkan campurtangan anggota keselamatan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Dari NETS menjadi SKMK
Pada tahun 1967, NETS telah dijenamakan semula dengan nama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), perkara ini diumumkan oleh Encik Ghaffar Baba ( Allahyarham Tun ) yang pada masa itu merupakan Pengerusi MARA.
Rujukan :
63 sacked busmen get jobs back ( 24 September 1956), The Straits Times. p.7
Bus Crisis - govt. offers to help ( 4 October 1956), The Straits Times. p.7
Bus Companies hit back : 200 locked out, snub for union. ( 30 July 1956), The Straits Times. p.4.
Bus strikers held: Two in hospital ( 28 December 1963), The Straits Times. p.1
Bus union officials in sacking talks. ( 11 January 1958), The Straits Times p. 9
He'll check on dispute ( 12 February1958), The Straits Times, p.4
It's RIDA to the rescue of a bus firm ruined by pirated taxis ( 6 January 1955), The Straits Times. p.7
Koleksi Foto Jabatan Penerangan Malaysia . Diakses di http://ifoto.penerangan.gov.my/.
'Malays Only' share offer by RIDA ( 2 August 1963), The Straits Times. p.10.
More Buses. (26 March 1962), The Straits Times. p.2
Notices : The Motor Vehicles (Commercial Use) Regulations (21 jun 1949), The Straits Times. p.2
Pirate taxis 'steal' $1,500 a day : silent passengers foil police (24 January 1955), The Straits Times. p. 7
Sharikat Kenderaan NETS Berhad, Buku Cenderamata Perayaan Hari Malaysia 1965. 1965 : 89.
The Key to business success - Ghaffar ( 4 September 1967), The Straits Times. p.7
Sebuah bas N.E.T.S sedang dibaiki di bengkelnya di Kota Bahru (Foto: Jabatan Penerangan) |
Teliti...seorang mekanik sedang bekerja di depot N.E.T.S. (Foto:Jabatan Penerangan) |
Sekitar tahun 60an, dengan pertambahan bilangan bas syarikat serta kemudahan jalanraya yang semakin baik, N.E.T.S dapat meluaskan laluan perkhidmatan mereka. Antara kawasan yang mendapat perkhidmatan syarikat ini ialah kawasan diantara Pasir Mas - Tanah Merah - Kuala Krai - Machang dan Pasir Puteh, sementara perkhidmatan bas ekspress disediakan bagi perjalanan yang melalui Terengganu - Bachok - Tumpat. Mulai 1 April 1962, N.E.T.S telah menambah perkhidmatan bas ekspress mereka ke Kuala Terengganu dari empat perjalanan kepada 6 perjalanan dalam sehari. Dalam pada masa itu, syarikat juga mempunyai 450 orang pekerja dan jarak laluan 750 batu seluruh negeri kelantan dengan purata perjalanan 11 batu setiap hari.
Berpusu-pusu....gelagat pengguna bas NETS. |
Tertib...bas NETS sedia berkhidmat (Foto: Jabatan Penerangan) |
Mogok kakitangan
Seperti mana kebanyakkan perusahaan lain yang berasaskan pengangkutan, syarikat ini juga tidak lari dari berhadapan dengan mogok pekerja. Dalam tahun 1956, pengangkutan awam di Kelantan telah lumpuh akibat mogok yang dilancarkan oleh para pekerja N.E.T.S, mogok ini berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga mengundang campur tangan kerajaan pusat. Peristiwa mogok ini turut berulang dalam tahun 1963, kali ini lebih buruk apabila melibatkan campurtangan anggota keselamatan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Barisan Bas milik syarikat NETS...(Foto:Jabatan Penerangan) |
Dari NETS menjadi SKMK
Pada tahun 1967, NETS telah dijenamakan semula dengan nama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), perkara ini diumumkan oleh Encik Ghaffar Baba ( Allahyarham Tun ) yang pada masa itu merupakan Pengerusi MARA.
Rujukan :
63 sacked busmen get jobs back ( 24 September 1956), The Straits Times. p.7
Bus Crisis - govt. offers to help ( 4 October 1956), The Straits Times. p.7
Bus Companies hit back : 200 locked out, snub for union. ( 30 July 1956), The Straits Times. p.4.
Bus strikers held: Two in hospital ( 28 December 1963), The Straits Times. p.1
Bus union officials in sacking talks. ( 11 January 1958), The Straits Times p. 9
He'll check on dispute ( 12 February1958), The Straits Times, p.4
It's RIDA to the rescue of a bus firm ruined by pirated taxis ( 6 January 1955), The Straits Times. p.7
Koleksi Foto Jabatan Penerangan Malaysia . Diakses di http://ifoto.penerangan.gov.my/.
'Malays Only' share offer by RIDA ( 2 August 1963), The Straits Times. p.10.
More Buses. (26 March 1962), The Straits Times. p.2
Notices : The Motor Vehicles (Commercial Use) Regulations (21 jun 1949), The Straits Times. p.2
Pirate taxis 'steal' $1,500 a day : silent passengers foil police (24 January 1955), The Straits Times. p. 7
Sharikat Kenderaan NETS Berhad, Buku Cenderamata Perayaan Hari Malaysia 1965. 1965 : 89.
The Key to business success - Ghaffar ( 4 September 1967), The Straits Times. p.7
No comments:
Post a Comment