Oleh : Harith Faruqi Sidek
Menurut seorang ahli sejarah bernama Shahabudin Ahmad, nama asal tapak dimana kampus UKM Bangi dibangunkan ialah 'Bukit Puteri'. Pada asalnya kawasan ini didiami oleh masyarakat orang asal dari keturunan Temuan, namun demi pembangunan UKM, masyarakat ini telah berpindah secara dibawah satu akta pemindahan mandatori yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1974. Namun UKM tetap menghargai suku kaum tersebut dengan cara menamakan salah satu jalan didalam kampus UKM Bangi sebagai 'Jalan Temuan', iaitu jalan dimana terletaknya Pusat Pengajian Bahasa dan Lingusitik, Fakulti Pendidikan dan Jabatan Pengurusan Pembangunan.
- Sumber: Nadi Bangi, Jilid 2 (bil. 2), Julai 1978. ms. 8
No comments:
Post a Comment