Tahukah kita bahawa ada ramai sarjana dan pengusaha seni yang menikmati laba yang besar dan lumayan hasil sentuhan seni dan karya mereka. Dikhabarkan telah ada dikalangan mereka yang mempunyai Harta Intelek dalam bidang seni suara telahpun mencapai taraf jutawan (tomok terkecuali dalam kes ni...).
Perkembangan terkini ialah kaedah muat turun nada dering yang dianggap mampu menampung kesengsaraan akibat industri album yang lembab. Sejak 2005, berbilang penggiat seni yang hampir mencapai tahap jutawan melalui lagu popular mereka yang mendapat permintaan muat turun yang tinggi. Caj perkhidmatan dan langganan yang "mesra" pengguna dilihat menyumbang kepada perkembangan industri ini. Menurut Azrul Affandi Sobry (Berita Harian 10 Mei 2008), antara artis yang mendapat laba lumayan ialah Aizat, setakat ini beliau dipercayai telah menerima habuan sebanyak RM500 ribu hasil dari nada dering lagunya ”Hanya Kau Yang Mampu” yang telah mendapat 1.2 juta langganan. Lagu ”Zakiah” oleh kumpulan JinBara pula dipercayai akan memberi pulangan sekitar RM78 ribu kepada mereka, begitu juga dengan lagu ”Bila Aku Sudah Tiada” nyanyian Kumpulan Hujan dan Anuar Zain dengan lagunya ”Lelaki Ini”. Perbandingan dengan jualan album penuh misalannya, bagi kes kumpulan 6ixth sense, album mereka hanya terjual tidak pun lebih 15,000 unit, tetapi dengan langganan nada dering, lagu ”Tanpa” yang dipopularkan oleh mereka bakal membawa pulangan sekitar RM30 ribu.

Aizat..bakal jutawan?
Kes yang disebut diatas adalah kalangan artis yang agak baru dalam industri arus perdana, cuba kita bayangkan berapa pulangan karyawan besar seperti M.Nasir, Datuk Siti Nurhaliza atau bintang realiti, Mawi. Allahyarham Loloq misalannya, biarpun beliau telah meninggal dunia, melalui pengurusan yang berkesan, hasil royalti dari karya emas beliau pastinya memadai untuk menjanjikan kehidupan yang selesa buat keluarganya.
Jika pulangan harta intelek dari industri seni muzik mampu membuka mata kita, pulangan dari karyawan yang berkecimpung dalam alam kepengarangan juga tidak kurang hebatnya. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang juga seorang pengusaha buku mengakui, jika kena gayanya, seorang penulis itu boleh hidup mewah dari hasil karya yang popular, beliau memberi contoh buku ”Travelog Haji” karya Kamil Ibrahim yang sehingga bulan April 2009, telah terjual sekitar 50,000 naskah, dan kini masih diulang cetak. Selain hasil dari penerbitan buku, usaha perlesenan karya yang dieksport ke negara luar juga menjadi sumber yang baik, namun usaha kearah itu masih dingin. Dalam satu seminar berkaitan harta intelek, Prof. Abdullah sempat memberi maklumat yang dikira menarik, rasanya tidak ramai yang tahu bahawa karya animasi tempatan iaitu Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek telah dialih bahasa dan dieksport ke benua lain.
Rancangan Majalah Tiga setahun lalu pernah menyiarkan perihal kartunis tersohor negara, Dato’ Lat yang menjalani penghidupan yang mewah hasil karya beliau, manakan tidak siri kartun ”Budak Kampung ” karya beliau telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Selain dalam bentuk bercetak, harta intelek beliau ini juga telah dihasilkan dalam format animasi.
Dewasa ini soal harta intelek mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan, perlindungan keatas hak eksklusif harta intelek dapat dilaksanakan melalui akta hak cipta 1987. Agensi yang bertanggungjawab menguruskan aspek pendaftaran harta intelek, iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia juga semakin berkesan peranannya, bersempena dengan hari intelek negara baru-baru ini, agensi ini telah membuktikan betapa mereka serius dengan tanggungjawab yang diamanahkan.
2 comments:
Kesian wak Indo yang suaranya mula-mula menjadi nada dering SMS yang lebih kurang macam ni " ada SMs tuk minta dijawab..." habuk pun tak dapat dia.
mcbudu: huisssh...wak tu sekarang dah jadi jutawan dah..dia la ni jadi kabupaten atau wali kota sebuah bandar besar yang terpaksa dirahsiakan namanya atas dasar keselamatan. Dipercayai beliau juga antara penyumbang terbesar dalam dalam pemilu baru-baru ini.
Post a Comment